Facebook Twitter
    Trending
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    • Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    • Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026
    • Kewangan

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mengenali trend NPC

    Mengenali trend NPC

    By Umi FatehahOctober 5, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Mereka akan tampil di hadapan kamera dan membuat pergerakan sama berulang kali, bergantung kepada hadiah yang diberikan penonton. - GAMBAR HIASAN LIZA SUMMER/PEXELS

    RAMAI menjadi keliru apabila kelibat beberapa pengguna TikTok melakonkan watak sebagai robot tanpa perasaan menjadi sohor.

    Mereka akan tampil di hadapan kamera dan membuat pergerakan sama berulang kali, bergantung kepada hadiah yang diberikan penonton. Yang pertama kali menonton akan kaget, malah jengkel.

    Trend itu dikenali sebagai non-player character (NPC). Nama itu diambil dari terminologi permainan video. NPC merupakan watak yang diprogramkan untuk mengucapkan beberapa baris ayat atau menyampaikan misi tetapi tidak boleh dimainkan.

    Watak NPC kini menjadi trend di TikTok, termasuk di Malaysia. Kerja mereka: tampil di hadapan kamera, lakonkan watak NPC dengan mengulang-ulang skrip sama setiap kali diberikan hadiah.

    Terdapat banyak jenis hadiah dan nilainya, seperti bunga ros, roti canai, nasi lemak dan ais krim.

    Apabila ada penonton yang memberi hadiah aiskrim, mereka akan memberi reaksi seperti “ice cream, so good!”. Begitu juga dengan hadiah-hadiah yang lain. 

    Ada juga penstrim langsung yang mempunyai watak dan skrip berlainan setiap hari. Kata mereka, ini bagi mengelakkan orang berasa bosan menonton watak yang sama.

    Hadiah-hadiah yang diberi oleh penonton boleh dibeli menggunakan syiling TikTok. Syiling TikTok itu pula boleh dibeli menggunakan wang sebenar melalui transaksi dalam talian.

    Syiling itu dijual dalam bentuk ‘bundle’ atau pakej bermula dengan serendah RM0.99 untuk 14 syiling. Manakala pakej termahal dijual pada harga RM1,199.90 untuk 16,500 syiling.

    SYILING TIKTOK

    Penstrim yang secara aktif memperoleh wang daripada membuat strim langsung NPC di TikTok menerima pulangan dalam bentuk wang dan boleh dipindahkan ke dalam akaun bank. Namun, TikTok akan mengambil sebahagian besar daripada keuntungan yang penstrim peroleh sebagai caj servis dan sebagainya.

    Meskipun anda mungkin berasa aneh dengan trend ini, tetapi ada yang mendakwa, keuntungan yang diperoleh boleh mencecah RM10,000 sebulan. 

    Jadi, tidak hairanlah mengapa semakin ramai orang yang membuat strim langsung NPC ini. Bukan generasi muda sahaja yang terjebak, malah ada juga beberapa penstrim yang berumur 40 tahun ke atas.

    Duduk di hadapan telefon dan menstrim langsung diri mereka sudah menjadi pekerjaan sampingan bagi beberapa individu. 

    Walau bagaimanapun, trend NPC dijangka tidak dijamin akan kekal relevan dalam dunia penciptaan kandungan. 

    Dalam kebanyakan kes, apabila penstrim menamatkan strim langsung NPC, penonton semakin berkurangan untuk hari-hari yang seterusnya. Pada peringkat awal, mereka mungkin mempunyai ribuan penonton. Tetapi lama kelamaan, hanya ratusan sahaja yang tinggal.

    Segelintir individu yang terdiri daripada pencipta kandungan dan pakar dalam dunia digital berpendapat trend NPC ini mungkin akan kekal lebih lama daripada yang dijangkakan.

    Ia mungkin berpotensi untuk terus kekal dalam dunia penciptaan kandungan sebagaimana kandungan autonomous sensory meridian response (ASMR) masih lagi popular sehingga ke hari ini.

    Trend NPC ini juga sebenarnya adalah sebahagian daripada usaha para pencipta kandungan mencari cara baharu untuk menjana wang melalui media sosial. Walaupun trend ini berkemungkinan tidak akan kekal, pastinya ada lagi trend-trend yang akan dihasilkan. – RELEVAN

    Previous Article5 langkah bantu rakyat beli rumah
    Next Article Toko Buku Rakyat dan Tokosue: Menggerakkan ekosistem buku

    Artikel berkaitan

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026

    Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

    June 4, 2026
    Artikel Terkini

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.