Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

    Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

    By Umi FatehahSeptember 25, 2023Updated:September 26, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu? - GAMBAR HIASAN ANDREQ PIACQUARDIO

    HARI Isnin ialah hari di mana kita semua perlu pergi kerja atau sekolah seperti biasa setelah bercuti dua hari pada hujung minggu. 

    Tetapi, kenapa hujung minggu hanya mempunyai dua hari iaitu Sabtu dan Ahad? Siapa yang membuat keputusan kita perlu bekerja selama lima hari tetapi cuti pada hujung minggu dua hari sahaja? 

    Mengapa mereka tidak menetapkan hari bekerja selama dua hari dan hujung minggu selama lima hari?

    Jika anda memikirkannya, dua hari bekerja sahaja tidak akan memberi banyak masa untuk menyelesaikan semua perkara yang perlu diselesaikan. 

    Berapa banyak yang boleh anda pelajari jika anda hanya pergi ke sekolah dua hari setiap minggu? Berapakah bilangan kereta yang akan dibina sekiranya kilang hanya dibuka dua hari seminggu?

    Tidak dinafikan kita semua sangat sukakan hari minggu kerana dapat berehat daripada kehidupan bekerja atau pembelajaran  yang memenatkan. Tetapi, tahukah anda bahawa konsep cuti dua hari pada hujung minggu hanya wujud kurang daripada 100 tahun? 

    Revolusi Perindustrian

    Konsep cuti dua hari pada hujung minggu mula wujud lewat tahun 1800-an selepas Revolusi Perindustrian berlaku. Pada ketika itu, kilang besar yang mengeluarkan barangan pengguna mula mengubah ekonomi pertanian tradisional menjadi perindustrian.

    Revolusi Perindustrian berlaku sekitar tahun 1760 – 1840. – GAMBAR HIASAN WIKIPEDIA

    Apabila petani tradisional mula bekerja di kilang, mereka sering tidak suka bekerja pada waktu tertentu. Hal ini kerana mereka sudah biasa menetapkan jadual mereka sendiri di ladang. 

    Mereka juga tidak menyukai hakikat bahawa ramai pemilik kilang memaksa mereka bekerja tujuh hari seminggu. 

    Mereka mula merungut dan meminta cuti bagi meluangkan masa bersama keluarga. Aduan ini akhirnya berkembang menjadi mogok buruh yang berlaku di seluruh Amerika Syarikat. 

    Dalam tempoh mogok ini, ketegangan antara penguatkuasa undang-undang dan buruh yang menunjuk perasaan, ramai yang cedera dan kehilangan nyawa. Banyak nyawa dipertaruhkan untuk memperjuangkan hari cuti hujung minggu.

    Mendapatkan cuti untuk beribadat pada hari Ahad agak mudah, kerana merayakan hari Ahad sebagai hari rehat sudah menjadi tradisi Kristian yang telah lama wujud. Oleh kerana sejumlah besar pendatang bangsa Yahudi pada akhir 1800-an, pemilik kilang juga mempunyai ramai pekerja yang mahu hari Sabtu iaitu hari rehat tradisional Yahudi.

    Lama- kelamaan, pemilik kilang menyedari bahawa cara paling berkesan ialah memberi hari pelepasan (hari cuti) pada Sabtu dan Ahad. Namun, pekerja kilang Yahudi dan Kristian tidak bertanggungjawab sepenuhnya untuk kewujudan hujung minggu.

    Henry Ford

    Henry Ford. – WIKIPEDIA

    Pemilik kilang terkemuka, Henry Ford juga memainkan peranan yang besar. Walaupun kerajaan persekutuan tidak mengehadkan syarikat menetapkan 40 jam bekerja dalam seminggu sehingga 1938, Ford mula memberi pekerja kilangnya cuti hujung minggu dua hari pada awal 1900-an.

    Ford melakukannya kerana dia ingin menjual kereta yang dibuat pekerjanya. Dia menyedari bahawa pekerjanya sendiri adalah antara pelanggan terbaiknya. Jika dia ingin menjual lebih banyak kereta, dia memutuskan bahawa pekerjanya memerlukan cuti agar dapat memandu dan menikmati kereta yang dibuat.

    Namun, tidak semua orang cuti pada hari Sabtu dan Ahad. Sesetengah syarikat perlu beroperasi setiap hari tanpa hari cuti. 

    Jadi, majikan akan menyusun jadual pekerja supaya ada yang akan bercuti pada hujung minggu dan hari bekerja biasa bagi memastikan operasi syarikat  terus berjalan. – RELEVAN

    Previous ArticleGluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya
    Next Article Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.