Facebook Twitter
    Trending
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    • Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya
    • Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar
    • 150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

      June 16, 2025

      150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

      June 16, 2025
    • Kerjaya

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

    9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

    By September 21, 2023Updated:September 25, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SUDAH menjadi menjadi impian semua orang untuk mendapat gaji yang lumayan demi masa hadapan lebih baik.- PRESSFOTO/FREEPIK

    TIDAK dinafikan, gaji adalah aspek utama yang dipertimbangkan ketika menerima tawaran pekerjaan.

    Sudah menjadi menjadi impian semua orang untuk mendapat gaji yang lumayan demi masa hadapan lebih baik.

    Sehubungan itu, merujuk kepada Knowledgehut, Relevan kongsikan sembilan pekerjaan dengan bayaran gaji tertinggi di dunia pada 2023.

    1. Ketua Pegawai Eksekutif

    Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bertanggungjawab menentukan dan mengendalikan hal ehwal korporat syarikat, membuat keputusan korporat yang penting, mengurus sumber dan menyelia semua operasi pengurusan seperti menyelaras, merancang dan mengarahkan aktiviti di peringkat tertinggi.

    Atas sebab itu mereka dibayar gaji yang tinggi. Skala gaji tahunan boleh meningkat kepada AS$310,000 (RM1,455,140) atau lebih lagi jika bekerja di syarikat terkemuka.

    1. Pakar perubatan

    Bidang perubatan sentiasa mendapat permintaan tinggi dan antara yang menerima gaji paling lumayan adalah seperti berikut:

    • Pakar Kardiologi: Pakar jantung dan saluran darah ini menerima gaji pokok bermula AS$233,584 (RM1,096,443) setahun.
    • Pakar bius: Pakar bius memperoleh kira-kira AS$328,526 (RM1,542,101) setahun.
    • Pakar Ortodontik: Gaji berkisar antara AS$259,163 (RM1,216,511) hingga AS$301,549 (RM1,415,471) setahun.
    • Pakar Neurologi: Mereka mempunyai kepakaran berkaitan sistem saraf dengan julat gaji AS$237,309 (1,113,928) hingga AS$635,601 (RM2,983,511) setahun.
    1. Peguam korporat

    Peguam korporat ialah penasihat perniagaan undang-undang untuk perniagaan dan institusi.

    Tugas utama mereka adalah menasihati pelanggan tentang hak dan tanggungjawab undang-undang. Julat gaji peguam korporat adalah sekitar AS$94,180 (RM442,080) sehingga AS$240,000 (RM1,126,560) setahun.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  

    1. Saintis data

    Mereka menggabungkan kemahiran sains komputer, pemodelan, statistik, analitik dan kemahiran matematik untuk mendedahkan jawapan kepada beberapa soalan utama yang boleh membantu organisasi membuat keputusan. Gaji tahunan seorang saintis data boleh mencecah sehingga AS$150,000 (RM704,100) setahun.

    1. Jurutera perisian kanan

    Dengan bantuan alat teknologi seperti kod dan platform, jurutera perisian bertanggungjawab untuk membuat pilihan reka bentuk.

    Mereka mencipta prototaip yang memenuhi keperluan pelanggan. Gaji tertinggi jurutera perisian kanan sekitar AS$100,000 (RM469,400) hingga AS$114,000 (RM535,116) setahun. Ia bergantung kepada syarikat, pengalaman dan kemahiran.

    1. Pembangun web

    Pembangunan web adalah bidang yang menguntungkan pada zaman moden yang dikuasai oleh teknologi.

    Tugas utama adalah untuk mereka bentuk, membina dan mengubah suai laman web. Portfolio yang baik dan rujukan yang kukuh boleh mempengaruhi gaji sehingga mencecah AS$146,430 (RM687,342) setahun.

    1. Pengurus jurutera

    Penyeliaan dan pengurusan adalah peranan utama mereka. Pengurus jurutera juga bertanggungjawab ke atas pelbagai projek, pasukan dan berbagai pelanggan.

    Multi-tasking adalah salah satu kemahiran insaniah penting yang diperlukan. Gaji asas untuk pengurus jurutera ialah AS$149,000 (RM699,406) setahun.

    ARTIKEL BERKAITAN: Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

    1. Pengurus sistem IT

    Perkembangan sektor teknologi maklumat (IT) dan dunia teknologi adalah sebab di sebalik keperluan yang lebih besar untuk pengurus sistem IT.

    Pengurus sistem IT memainkan peranan penting dalam membina halangan untuk melindungi sistem daripada penggodam dan perisian lain yang tidak diingini.

    Gaji purata untuk pengurus sistem IT adalah antara AS$87,761 (RM411,950) hingga AS$127,000 (RM596,138) setahun.

    1. Pengurus projek

    Pengurus projek bertanggungjawab memimpin pasukan untuk menyiapkan projek dalam garis masa dan belanjawan yang ditetapkan. Peranan itu menuntut kemahiran kepimpinan yang cemerlang, pertimbangan yang wajar dan pemahaman menyeluruh tentang industri. Gaji pengurus projek berbeza-beza bergantung kepada saiz dan jenis organisasi, tetapi gaji purata berkisar antara AS$83,390 (RM391,432) hingga AS$140,000 (RM6571,160) setahun. – RELEVAN

    dunia featured gaji lumayam
    Artikel Terkini

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025

    99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

    June 24, 2025

    Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

    June 23, 2025

    Mampukah generasi kita beli rumah?

    June 19, 2025

    Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

    June 18, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.