Facebook Twitter
    Trending
    • 7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja
    • Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki
    • Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun
    • Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya
    • Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?
    • Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya
    • Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu
    • 9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

      September 26, 2023

      Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

      September 25, 2023

      Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

      September 22, 2023

      Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

      September 21, 2023

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023
    • Kewangan

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023

      Hampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya

      September 13, 2023
    • Pendidikan

      Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

      September 26, 2023

      Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

      September 19, 2023

      Aplikasi kesihatan mental:  90% rakyat Malaysia berisiko kehilangan data

      September 13, 2023

      UPM terbit modul perintis nano untuk pelajar sekolah menengah

      September 13, 2023

      Cara buat pengesahan setuju terima dan permohonan rayuan UPU

      September 7, 2023
    • Kerjaya

      7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

      September 26, 2023

      Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

      September 25, 2023

      9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

      September 21, 2023

      4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

      September 21, 2023

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi

    Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi

    By Zubaidah IbrahimSeptember 19, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    AHLI farmasi membantu menguruskan penyakit ringan, memberi nasihat dan membantu untuk mendidik orang ramai tentang pelbagai aspek penyakit dan rawatan yang ada.

    FARMASI sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Di situlah tempat mendapatkan ubat-ubatan, suplemen kesihatan dan juga barangan penjagaan diri.

    Dalam kajian pada 2021, rakyat Malaysia dilaporkan pergi ke farmasi komuniti secara purata sebanyak 31 kali setahun. Setelah bertahun lamanya, para pengguna sudah semakin sedar mengenai peranan ahli farmasi.

    Ini berkemungkinan didorong oleh pandemik Covid-19 apabila orang ramai mendapatkan bantuan ahli farmasi mengenai panduan penggunaan alat untuk melawan virus tersebut.

    Realitinya, masyarakat kurang sedar kewujudan ahli farmasi. Merekalah hentian pertama yang boleh dipercayai untuk nasihat perubatan dan kesihatan am.

    Sehubungan itu, bersempena dengan Sambutan Hari Farmasi Sedunia pada 25 September ini, Profesor Madya Dr. Wong Pei Se dari Fakulti Farmasi, Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) ingin berkongsi mengenai peranan ahli farmasi komuniti dalam sistem penjagaan kesihatan.

    Tema sambutan pada tahun ini ialah ‘Farmasi memperkukuh sistem kesihatan’.

    “Ahli farmasi komuniti boleh membantu menguruskan penyakit ringan, memberi nasihat dan membantu untuk mendidik orang ramai tentang pelbagai aspek penyakit dan rawatan yang ada.

    “Mereka juga membimbing pelanggan ke laluan perubatan yang betul sekiranya anda tidak pasti sama ada perlu berjumpa doktor atau doktor mana yang perlu jumpa?” katanya.

    Potensi pencegahan

    Kajian menunjukkan bahawa, perkhidmatan ahli farmasi dalam komuniti membawa kepada hasil perubatan dan penjagaan pesakit yang lebih baik.

    “Kami mahu memberi bantuan awal sebelum orang mendapat serangan jantung atau strok dan sebelum menghidap diabetes yang membawa kepada masalah buah pinggang.

    “Ini menjadi salah satu peranan terbesar yang dimainkan oleh ahli farmasi iaitu menyokong kehidupan sihat dan penjagaan diri dalam komuniti.

    “Ahli farmasi berada dalam kedudukan yang optimum untuk membantu orang ramai mencegah penyakit dan kekal sihat melalui nasihat kesihatan asas mengenai rejim senaman, pemakanan dan suplemen kesihatan,” ujar lagi.

    Mereka membantu orang ramai menguruskan penyakit tidak berjangkit seperti diabetes dan masalah jantung.

    Banyak farmasi menyediakan perkhidmatan pemeriksaan dan pemantauan tekanan darah, paras gula dan kolesterol.

    Walaupun ada banyak peranti yang boleh digunakan di rumah, perkhidmatan ini menjadi alternatif bagi mereka yang tidak bersedia melabur membeli peranti atau tidak selesa untuk membuat ujian itu sendiri.

    Ia menjimatkan masa orang ramai untuk pergi ke hospital atau klinik. Ini juga bermakna pesakit tidak perlu menangguhkan pemantauan selama berbulan-bulan sebelum tiba temu janji susulan mereka.

    Akses yang mudah

    Terdapat kira-kira 3,000 buah farmasi di Malaysia. Di kawasan bandar, anda akan berjumpa sebuah farmasi dalam jarak setiap tiga hingga 10 kilometer.

    “Anda tidak perlu mendaftar atau membuat temu janji di farmasi. Perundingan adalah percuma dan hanya perlu bertanyakan beberapa soalan tentang tahap kesihatan anda.

    “Sebagai contoh, ramai yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat tidak akan pergi berjumpa doktor terlebih dahulu.

    “Mereka lebih cenderung untuk mencuba produk di farmasi terlebih dahulu dan jika ini gagal, barulah mereka akan berjumpa doktor,” terang Dr. Wong.

    Dalam keadaan begini, ahli farmasi boleh membimbing pelanggan memilih penjagaan kulit yang ada, selain menasihati pelanggan seandainya keadaan mereka memerlukan berjumpa doktor.

    “Ahli farmasi kini menjadi penyedia perkhidmatan penjagaan primer yang sangat mudah diakses.

    “Apabila klinik sesak dan terdapat beban tidak terjangka pada sistem, farmasi boleh membantu mengoptimumkan sistem penjagaan kesihatan,” katanya.

    Masa hadapan farmasi

    Sama seperti industri lain, farmasi turut berkembang bagi memenuhi keperluan masyarakat.

    Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, platform digital telah diketengahkan dek kerana pandemik dan farmasi tidak ketinggalan menerima lonjakan teknologi ini.

    “Semasa sekatan pergerakan dikuatkuasakan, farmasi mula melakukan penghantaran dan platform kesihatan digital menjadi kaedah komunikasi yang sangat biasa.

    “Pelanggan akan menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp untuk mendapatkan nasihat serta memesan produk lebih awal untuk memudahkan pengambilan atau penghantaran.

    “Trend ini berterusan walaupun selepas pandemik dan terus menyumbang kepada keselesaan pengguna,”ujarnya.

    Menggerakkan komuniti ke hadapan

    Beberapa aspek tertentu sebuah farmasi yang seakan-akan mencipta penghadang di dalam pemikiran orang ramai.

    “Farmasi dilihat sebagai sebuah perniagaan. Terdapat persepsi bahawa ahli farmasi hanya mahu menjual produk.

    “Orang ramai merasakan bahawa apabila lebih banyak mereka bercakap, maka anda akan lebih lagi mahu menjual sesuatu kepada mereka,” kata Wong.

    Tambah beliau, privasi juga merupakan isu yang besar. Berbeza di klinik, farmasi tidak mempunyai bilik perundingan peribadi dan ini mungkin menghalang orang ramai daripada bertanya lebih banyak isu peribadi.

    “Jika anda mempunyai soalan yang sangat peribadi dan anda mendapati ada sepuluh orang di hadapan anda, berkemungkinan besar anda tidak mahu bertanya apa-apa.”

    “Biarpun terdapat kesangsian-kesangsian tersebut, tidak dinafikan ahli farmasi masih berada di kedudukan unik sebagai sebahagian daripada komuniti.

    “Mereka mengetahui gaya hidup serta tabiat kejiranan dan ini boleh menjelaskan isu kesihatan setempat,” katanya.- RELEVAN

    farmasi featured kesihatan masyarakat
    Artikel Terkini

    7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

    September 26, 2023

    Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

    September 26, 2023

    Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

    September 26, 2023

    Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

    September 25, 2023

    Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

    September 25, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.