Facebook Twitter
    Trending
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pilih doktor estetik bertauliah untuk dapat kulit cantik

    Pilih doktor estetik bertauliah untuk dapat kulit cantik

    By Umi FatehahSeptember 8, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PILIH doktor bertauliah untuk dapat kulit cantik. - GAMBAR HIASAN ENGIN AKYURT/UNSPLASH

    DALAM dunia di mana kulit kita sentiasa terdedah kepada pencemaran alam sekitar, tekanan, dan haus dan lusuh dalam kehidupan seharian, amalan rawatan muka (facial) muncul sebagai tempat perlindungan peremajaan dan pemulihan.

    Amalan perubatan estetik semakin meningkat di peringkat global termasuklah di Malaysia. Walaupun amalan perubatan estetik tidak diiktiraf sebagai kepakaran perubatan di Malaysia, ia bersifat saintifik dalam pendekatan dan amalannya.

    Seperti kepakaran perubatan dan pembedahan lain, amalan perubatan estetik disokong oleh perubatan berasaskan bukti.

    Disebabkan ramai orang mahu jadi cantik dan mahu mendapatkan rawatan muka, ada beberapa individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan menawarkan perkhidmatan secara tidak bertauliah.

    Sudah berkali-kali kita lihat cerita berkaitan kulit muka menjadi semakin rosak selepas mendapatkan rawatan di klinik-klinik estetik. 

    Setelah disiasat, rupa-rupanya mereka mendapatkan rawatan di beautician atau pakar kecantikan, bukan doktor estetik. Ada juga yang mendedahkan mereka berkunjung ke tempat tidak bertauliah untuk mendapatkan rawatan muka.

    Garis panduan perubatan estetik

    Pada 2013, Kementerian Kesihatan menerbitkan Garis Panduan Amalan Perubatan Estetik yang pertama untuk Pengamal Perubatan Berdaftar.

    Garis panduan ini disediakan dengan mengumpul pendapat pakar daripada pelbagai pihak berkepentingan di Kementerian Kesihatan, universiti, badan profesional dan pengamal swasta. 

    Garis panduan ini juga menyatakan bahawa semua pengamal perubatan berdaftar yang layak dan ingin mengamalkan amalan perubatan estetik hendaklah mendaftar di bawah Pejabat Pendaftaran Kebangsaan Pengamal Perubatan Berdaftar yang Mengamalkan Amalan Perubatan Estetik. 

    Pengamal perubatan yang memenuhi kelayakan yang diperlukan dan berjaya melengkapkan penilaian Pertubuhan Doktor Estetik Berdaftar Malaysia akan diberikan Letter of Credentialing and Privileging (LCP) untuk Amalan Perubatan Estetik. 

    Tauliah ini membolehkan pengamal untuk mengintegrasikan perkhidmatan estetik perubatan ke dalam himpunan profesional mereka dan didaftarkan dalam pendaftaran negara.

    Jelas Pengarah Perubatan di Dermourra Medical Clinic, Dr. Nadya Amin Shaharudin, sekiranya kita mendapatkan rawatan daripada pakar kecantikan dan di tempat yang tidak bertauliah, ia akan menjadi masalah besar kepada pesakit. 

    “Keadaan kulit muka mungkin akan menjadi lebih teruk berbanding sebelum mendapatkan rawatan. Perkara inilah yang paling kita semua takutkan kerana pada asalnya kita berjumpa dengan doktor estetik untuk mencantikkan kulit. Tetapi, disebabkan tersalah pilih klinik dan doktor, kulit kita pula dikompromi.

    “Hal ini kerana pakar kecantikan mungkin tidak dilatih dengan baik, tidak menggunakan peralatan dan ubatan dengan cara yang betul. Jadi, seeloknya kita sebagai pengguna selidik dahulu sama ada klinik dan doktor tersebut selamat atau tidak,” tegas Nadya.

    Segala kesan daripada rawatan muka tersebut ditanggung derita emosi, mental, fizikal dan kewangan oleh pesakit itu sendiri. 

    Menurut perkongsian di media sosial, mereka boleh membuat aduan dan laporan terhadap klinik tersebut. Tetapi peluang untuk mendapatkan ganti rugi dari segi wang dan kulit asal adalah sangat-sangat tipis.

    Nadya juga menegaskan bahawa kerosakan pada kulit disebabkan oleh rawatan yang tidak diketahui keselamatannya juga mungkin mengambil masa yang sangat lama untuk disembuhkan. Kesakitan bukan sahaja terasa pada kulit muka, malah sakit dari segi mental dan emosi.

    Justeru, lebih baik berhati-hati dan ambil masa untuk memilih klinik dan doktor yang betul agar kita tidak menderita di kemudian hari. – RELEVAN

    doktor estetik featured kecantikan kesihatan kulit cantik
    Artikel Terkini

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.