Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Lambatkan penuaan dengan pemakaian retinol

    Lambatkan penuaan dengan pemakaian retinol

    By Umi FatehahSeptember 7, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    LAMBATKAN penuaan dengan pemakaian retinol. - GAMBAR HIASAN вениамин-курочкин/ PEXELS

    SEIRING peredaran waktu, keinginan untuk memerangi tanda-tanda penuaan telah menjadi matlamat bersama untuk semua peringkat umur dan jantina.

    Dalam bidang penjagaan kulit, tidak dinafikan rawatan antipenuaan merupakan salah satu rawatan yang mempunyai permintaan tinggi.

    Menurut Pengarah Perubatan di Dermourra Medical Clinic, Dr. Nadya Amin Shaharudin, salah satu cara atau rutin penjagaan kulit untuk melambatkan kesan penuaan adalah dengan menggunakan retinol.

    Retinol adalah sejenis vitamin A dengan banyak kegunaan dalam penjagaan kulit. Ia digunakan untuk merawat jerawat dan mempunyai kesan antipenuaan.

    Retinol bertindak dengan menggalakkan pengeluaran sel kulit (proliferasi). Ia juga mampu membantu membuka liang pori yang tersumbat dan menyebabkan jerawat. 

    Penggunaan retinol juga dapat meningkatkan kolagen dalam kulit yang secara tidak langsung mengurangkan penampakan garis kedutan halus pada muka dan membuatkan kulit lebih sihat dan segar.

    Tetapi, perlu diingatkan ada cara yang betul untuk memakai retinol dengan berkesan. Nasihat Nadya Amin, seeloknya dua minggu sebelum mula memakai retinol, anda perlu kerap memakai pelembab muka dan pelindung matahari. 

    PANDUAN memakai retinol

    Selain itu, anda dinasihatkan untuk memakai semula pelembab dan pelindung matahari setiap tiga hingga empat jam atau setiap kali waktu solat. Perkara ini dilakukan untuk menguatkan kulit agar dapat mengurangkan kesan tindak balas pemakaian retinol kerana ia dikhuatiri terlalu kuat untuk kulit. 

    Penting juga untuk anda menguatkan rutin penjagaan asas terlebih dahulu. Antara produk asas yang wajib ada dalam setiap rutin ialah pencuci muka, pelembab dan pelindung matahari.

    RUTIN penjagaan muka untuk siang dan malam.

    Retinol juga mempunyai pelbagai jenis iaitu Adapalene, Alitretinoin, Bexarotene, Tazarotene dan Tretinoin. Untuk mengetahui yang mana satukah bersesuaian dengan kulit, seeloknya dapatkan nasihat doktor pakar kulit atau doktor estetik. 

    Anda dinasihatkan mula memakai retinol bermula pada usia pertengahan 20-an iaitu 25 tahun ke atas. Namun, ia boleh digunakan pada peringkat umur lebih awal terutamanya bagi mereka yang berjerawat (dengan pemantauan doktor). – RELEVAN

    Previous ArticleHati-hati kejar cantik, jangan pakai produk merkuri
    Next Article UPU: Lebih 70,000 calon STPM/Setaraf berjaya dapat tawaran

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.