Facebook Twitter
    Trending
    • Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu
    • 7 penyesalan terbesar dalam kewangan
    • Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5
    • ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya
    • Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

      June 10, 2026

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026
    • Kewangan

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Hati-hati kejar cantik, jangan pakai produk merkuri

    Hati-hati kejar cantik, jangan pakai produk merkuri

    By Umi FatehahSeptember 7, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    HATI-hati kejar cantik, jangan pakai produk merkuri

    DALAM dunia yang sentiasa berkembang, keinginan untuk kekal cantik selama mungkin melangkaui jantina, umur dan sempadan budaya. Memang lumrah manusia mahu menjadi cantik seperti yang diimpikan. 

    Ada juga yang menganggap kecantikan sebagai syarat untuk bahagia sehingga sanggup menggunakan produk yang mengandungi bahan berbahaya seperti merkuri.

    Menurut Pengarah Perubatan di Dermourra Medical Clinic, Dr. Nadya Amin Shaharudin, kebanyakan orang menggunakan produk timbang kilo atau mengandungi merkuri kerana mahukan jalan pintas untuk mendapatkan kulit yang ‘cantik’.

    PENGARAH Perubatan di Dermourra Medical Clinic, Dr. Nadya Amin Shaharudin

    “Rata-rata mereka cakap, hasil pemakaian produk merkuri membuatkan kulit mereka nampak cantik, cerah dan mulus. Tetapi hakikatnya, merkuri menipiskan kulit. 

    “Apabila kulit mula menipis, di sinilah semua masalah kulit bermula. Skin barrier (lapisan melindungi kulit) sudah rosak, jadi kulit akan menjadi lebih sensitif, lebih mudah untuk naik jerawat dan meningkatkan risiko untuk berlakunya kanser kulit,” tegasnya.

    Nadya Amin menambah, salah seorang pesakit yang datang ke kliniknya untuk membuat rawatan menggunakan produk yang mengandungi merkuri lebih 10 tahun lepas.

    Ini menunjukkan, walaupun sudah meninggalkan produk tersebut lama dan mula menggunakan produk yang diiktiraf serta selamat, kesannya kepada kesihatan kulit mungkin hanya muncul beberapa tahun selepas itu.

    Antara kesan pemakaian produk merkuri yang biasa berlaku ialah tumbuh jerawat yang banyak dan jeragat.

    Bolehkah dirawat?

    Nadya Amin menjelaskan, pelan penjagaan kulit dan tempoh diambil untuk membaik pulih kulit terpulang kepada tempoh anda menggunakan produk tersebut. Juga diambil kira, apakah jenis kerosakan atau masalah kulit yang dihadapi.

    “Sebagai contoh, kesan daripada menggunakan produk merkuri ialah naik jerawat yang banyak dan serius. Salah satu rawatan yang bersesuaian ialah chemical peel. Ada banyak jenis dan tahap rawatan chemical peel ini. Terpulang kepada keadaan kulit.

    “Selain itu, rawatan muka seperti laser juga dicadangkan. Sekiranya perlu, pesakit juga akan diberi beberapa jenis ubat-ubatan bagi membantu proses membaik pulih,” jelas beliau.

    Jika anda mengalami masalah jerawat, ia masih boleh dibaiki dan dibaik pulih. Namun, jika jeragar, rawatan berbeza, lebih rumit dan mengambil masa yang lebih lama.

    Jelas Nadya Amin, meskipun Kementerian Kesihatan sudah mengeluarkan senarai produk yang mengandungi bahan beracun, masih ada pihak yang menjual dan membeli. Selagi ada permintaan, penawaran akan terus dilakukan.

    Beliau sendiri mempunyai produk penjagaan kulit di bawah jenamanya iaitu Dermourra Skincare. Kongsinya lagi, penghasilan dan pengeluaran produk kecantikan bukanlah senang. 

    Beliau sebagai pengarah perlu bekerjasama dengan ahli kimia yang lain bagi memastikan bahan yang digunakan tidak akan merosakkan kulit pengguna. Pelbagai sampel produk perlu dicuba berkali-kali untuk memastikan hasil yang berkualiti dan lulus piawaian Kementerian Kesihatan. 

    Justeru itu, kita sebagai pengguna perlu menjadi bijak dan membuat pilihan yang betul. Sebelum membeli apa-apa produk penjagaan kulit, lakukan semakan di Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA)

    Tambah beliau lagi, pengguna tidak perlu memakai pelbagai jenis produk untuk mendapatkan kulit yang cantik. Cukup dengan produk asas seperti pencuci muka, pelembab dan pelindung matahari sahaja. – RELEVAN

    Previous ArticlePelajar PhD ini gunakan angklung untuk bantu warga emas di pusat jagaan
    Next Article Lambatkan penuaan dengan pemakaian retinol

    Artikel berkaitan

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026

    Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

    June 10, 2026

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026
    Artikel Terkini

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026

    Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

    June 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.