Facebook Twitter
    Trending
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    • Rahsia bebas tekanan kewangan
    • Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik
    • Cara kekalkan awet muda
    • Senarai cuti umum 2026
    • Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025

      5 kesilapan di gim yang mengundang masalah jantung

      December 26, 2025

      Punca terkejut semasa tidur

      December 23, 2025
    • Kewangan

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025

      Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang

      December 24, 2025

      Cara elak duit habis sebelum masanya

      December 22, 2025
    • Pendidikan

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025

      7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

      December 16, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pelajar PhD ini gunakan angklung untuk bantu warga emas di pusat jagaan

    Pelajar PhD ini gunakan angklung untuk bantu warga emas di pusat jagaan

    By September 6, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SUDAH ramai tahu, muzik ada kesan yang tersendiri kepada psikologi manusia. Terapi muzik juga banyak digunakan dalam bidang kesihatan, khususnya untuk penyakit berkaitan keupayaan mental.

    Hal ini mendorong pelajar doktor falsafah Pusat Pengajian Seni Universiti Sains Malaysia (USM), Muhammad Asyraf Mohd. Bakri untuk menggunakan muzik sebagai alat intervensi untuk warga emas, khususnya mereka yang menghidap demensia.

    Memilih instrumen angklung, dia menjalankan aktiviti yang menyeronokkan untuk warga emas di Shalis Care Centre, Kelantan serta Caring Retirement Home Care dan Pusat Jagaan Damai Permai di Pulau Pinang.

    Intervensi seni untuk warga emas

    Penghantaran warga emas ke pusat jagaan tidak sepenuhnya negatif. Pusat jagaan menawarkan persekitaran yang lebih kondusif dan kelengkapan yang baik, maka dalam banyak kes, lebih baik menghantar warga emas ke pusat jagaan berbanding membiarkan mereka di rumah.

    Di pusat jagaan juga, aktiviti yang lebih tersusun dan berkumpulan boleh dijalankan. 

    Khusus untuk warga emas yang menghidap demensia, aktiviti yang menggalakkan interaksi serta upaya berfikir boleh memberi kesan yang baik. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Manfaat muzik metal terhadap kesihatan mental

    Antara aktiviti yang boleh membantu meningkatkan keaktifan minda dan fizikal warga emas ialah aktiviti yang berasaskan seni. Ini yang dikenali sebagai intervensi seni dalam penjagaan warga emas.

    Ia bukan perkara baharu, malah pergerakannya sudah meluas di seluruh dunia: seni diguna pakai untuk mempengaruhi cara penjagaan pesakit, persekitaran hospital, penjagaan penjaga dan pembangunan komuniti dalam konteks perubatan.

    Intervensi seni ialah pendekatan yang dilakukan secara semula jadi tanpa menggunakan ubat. Antara kelebihan jelas kaedah ini berbanding ubat-ubatan, ia tiada kesan sampingan.

    Tingkatkan kesejahteraan

    Muhammad Asyraf menjalankan aktiviti dengan mengajar warga emas di pusat jagaan bermain angklung. 

    Dari segi psikologi, aktiviti tersebut menjadi seakan terapi buat warga emas melalui tingkah laku bermain dan bunyian tenang yang dikeluarkan instrumen tersebut. Ia juga menceriakan kerana keseronokan bermain muzik dan interaksi bersama rakan lain yang terlibat.

    Malah, mereka yang terlibat juga dapat menjalankan fungsi psikomotor mereka melalui pergerakan tangan ketika bermain. 

    Dengan alat muzik itu juga, fungsi kognitif warga emas dapat ditingkatkan. Mereka perlu belajar perkara baharu, mengingat cara bermain dan notasi muzik serta berkomunikasi sepanjang aktiviti.

    ANTARA aktiviti yang dijalankan oleh Muhammad Asyraf di pusat jagaan warga emas. – GAMBAR IHSAN MUHAMMAD ASYRAF

    Menurut Muhammad Asyraf, kelebihan penggunaan angklung ialah mudah untuk dimainkan. Peserta hanya perlu menggoncang alat tersebut untuk mengeluarkan bunyi. 

    Ini membolehkan peserta memainkan alat muzik mereka sendiri dalam aktiviti sebegini, berbanding dimainkan oleh pakar bagi instrumen yang lebih rumit.

    ARTIKEL BERKAITAN: FTD jenis demensia jarang berlaku, tiada penawar

    “Saya melihat warga emas yang terlibat menunjukkan reaksi ceria dan bersemangat ketika melakukan aktiviti kerana mereka dapat bermain muzik dan berinteraksi dengan rakan.

    “Hasil temu bual saya juga mendapati, mereka dengan gejala demensia ringan berasa gembira dan berterima kasih kerana sudi mengajar mereka bermain muzik,” katanya kepada Relevan.

    Galakan intervensi seni

    Intervensi seni dalam penjagaan warga emas merupakan sebahagian daripada penyelidikan yang dijalankan Muhammad Asyraf. 

    Penyelidikan itu dilakukan di bawah seliaan Dr. Mohammad Kamal Sabran dari Pusat Pengajian Seni USM dan Prof. Madya Dr. Asrenee Abd. Razak dari Pusat Pengajian Sains Perubatan USM, selain dibantu pakar perubatan dan kesihatan awam, Dr. Ismail Lasa.

    Penyelidikannya masih berlangsung, maka dapatan yang konklusif belum dapat dibuat. Namun, manfaat intervensi seni seperti muzik dapat dilihat dalam aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. 

    Pelbagai kajian juga ada diterbitkan berkenaan intervensi sebegini, baik dari dalam atau luar negara. Salah seorang penyelianya, Kamal Sabran antara yang aktif membuat kajian berkaitan intervensi seni dalam perubatan.

    Harapan Muhammad Asyraf, lebih ramai penyelidik akan menjalankan kajian seumpamanya bagi menambah baik penjagaan warga emas di pusat-pusat jagaan seluruh dunia. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026

    Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

    January 6, 2026

    7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

    January 5, 2026

    Rahsia bebas tekanan kewangan

    January 5, 2026

    Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

    January 2, 2026

    Cara kekalkan awet muda

    January 2, 2026
    Artikel Terkini

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026

    Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

    January 6, 2026

    7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

    January 5, 2026

    Rahsia bebas tekanan kewangan

    January 5, 2026

    Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

    January 2, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.