Facebook Twitter
    Trending
    • 5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027
    • 7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi
    • Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon
    • 7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan
    • Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar
    • 6 petua hapus masalah ‘bed bugs’
    • 5 makanan buat kita susah tidur malam
    • Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026

      Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian

      June 16, 2026

      Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin

      June 15, 2026
    • Kewangan

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026
    • Pendidikan

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026

      Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan

      June 17, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kemunculan varian baharu Covid-19 dilaporkan

    Kemunculan varian baharu Covid-19 dilaporkan

    By Umi FatehahSeptember 4, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kemunculan varian baharu Covid-19 dilaporkan. - GAMBAR HIASAN JC GELLIDON/UNSPLASH

    BERITA kebangkitan semula kes Covid-19 di Amerika Syarikat (AS), United Kingdom dan China dengan varian baharu yang digelar Pirola membimbangkan pakar.

    Menurut New York Times, varian yang juga dirujuk sebagai BA.2.86 ialah varian yang sangat bermutasi bagi jenis Omicron coronavirus yang muncul pada 2021 dan membawa kepada lonjakan yang membimbangkan dalam kes dan kematian Covid-19.

    Varian ini menyebabkan peningkatan jangkitan di seluruh dunia sekali lagi dan menimbulkan perasaan cemas dalam kalangan pakar-pakar kesihatan.

    “Apabila Omicron melanda pada sekitar hujung tahun 2021, terdapat peningkatan besar dalam kes Covid-19 kerana ia sangat berbeza daripada varian Delta. Varian ini mempunyai keupayaan untuk memintas imuniti yang diperoleh melalui jangkitan semula jadi dan vaksinasi.

    “Ada sebab untuk kita bimbang. Hal ini kerana varian ini mempunyai lebih daripada 30 mutasi pada protein pepakunya (strike),” jelas pakar penyakit berjangkit di AS, Dr. Scott Roberts. 

    Beliau merujuk kepada protein pada permukaan virus yang membolehkannya memasuki dan menjangkiti sel manusia.

    Roberts juga menambah bahawa jumlah mutasi yang berlaku adalah sangat ketara. Apabila varian ini bermutasi daripada XBB.1.5 kepada EG.5, itu mungkin satu atau dua mutasi. Tetapi peralihan besar-besaran ini pakar dapat melihat perkara yang sama berlaku kepada Delta ke Omicron, amatlah membimbangkan.

    Menurut Pusat Kawalan Penyakit (CDC) AS, varian Pirola telah dikesan di Israel, Kanada, Denmark, UK, Afrika Selatan, Sweden, Norway, Switzerland dan Thailand.

    Pengarah Institut Terjemahan Penyelidikan Scripps di La Jolla, Dr. Eric Topol menyatakan kebimbangannya dengan keadaan semasa disebabkan sebaran dan jumlah jangkitan Pirola yang meningkat dengan sangat pantas sekarang ini.

    Tambahan pula, pelbagai mutasi yang dihasilkan oleh Pirola menjadikannya berbeza dari segi komposisi strukturnya, jika dibandingkan dengan varian coronavirus sebelum ini.

    “Untuk menilai keseriusan Pirola, buat masa sekarang ini terlalu awal untuk menilai sama ada varian ini boleh membawa kepada kesan yang lebih teruk berbanding dengan varian sebelumnya.

    “Oleh itu, CDC sedang memantau dengan teliti kadar kemasukan ke hospital untuk mengenal pasti sebarang kemungkinan isyarat awal bahawa varian BA.2.86 menyebabkan kesan kepada kesihatan yang lebih teruk,” jelas CDC.

    “CDC memantau dengan teliti kadar kemasukan ke hospital untuk mengenal pasti sebarang isyarat awal yang berpotensi bahawa varian BA.2.86 menyebabkan penyakit yang lebih teruk,” tambah agensi kesihatan itu.

    Walau bagaimanapun, menurut laporan New York Times, BA.2.86 mungkin menunjukkan kadar kejangkitan yang lebih rendah berbanding dengan varian lain. 

    Pakar evolusi virus dan profesor di Pusat Kanser Fred Hutchinson, Jesse Bloom juga menyebut bahawa terdapat kemungkinan varian itu boleh merebak dengan lebih meluas, tetapi data yang lebih teliti diperlukan untuk mengesahkan hipotesis tersebut. – RELEVAN

    Previous ArticleSETARA dan MyQuest: Lebih 85 peratus IPT cemerlang
    Next Article 8 kudapan sihat untuk kurus dan pesakit diabetes

    Artikel berkaitan

    5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

    June 19, 2026

    7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

    June 19, 2026

    Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

    June 18, 2026

    7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

    June 18, 2026

    Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar

    June 17, 2026

    6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

    June 17, 2026
    Artikel Terkini

    5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

    June 19, 2026

    7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

    June 19, 2026

    Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

    June 18, 2026

    7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

    June 18, 2026

    Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar

    June 17, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.