Facebook Twitter
    Trending
    • Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon
    • 7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan
    • Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar
    • 6 petua hapus masalah ‘bed bugs’
    • 5 makanan buat kita susah tidur malam
    • Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan
    • Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat
    • Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026

      Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian

      June 16, 2026

      Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin

      June 15, 2026

      ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

      June 10, 2026
    • Kewangan

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026
    • Pendidikan

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026

      Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan

      June 17, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 tahap pengurusan kewangan, jangan tersilap langkah

    5 tahap pengurusan kewangan, jangan tersilap langkah

    By Zubaidah IbrahimAugust 25, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PENGURUSAN kewangan perlu dilalui secara bertahap dan tidak boleh tergopoh-gapah serta terlalu tamak untuk menggandakan wang.- TIMA MIROSHNICHENKO/PEXELS

    DALAM menguruskan kewangan, ia perlu dilalui secara bertahap dan tidak boleh tergopoh-gapah serta terlalu tamak untuk menggandakan wang. Jika tersilap langkah kita yang akan rugi jatuh tersungkur.

    Perkara ini diterangkan secara terperinci oleh Pakar Hartanah dan Kewangan, Dr. Azizul Azli Ahmad dalam buku tulisannya yang bertajuk The Color Of Money.

    Beliau menerangkan 5 tahap pengurusan kewangan yang boleh dijadikan panduan seperti berikut:

    1. Pejuang (aliran tunai positif)

    Duit yang masuk setiap bulan lebih besar daripada belanja hidup. Biasanya ada baki daripada gaji yang diterima. Boleh menabung untuk masa depan walaupun kadangkala tidak cukup. Pada tahap ini anda masih terus berjuang sedaya-upaya.

    1. Pahlawan (ada tabungan)

    Mula menabung 10% hingga 20% pendapatan setiap bulan. Masih berjuang untuk kelangsungan hidup. Mula ada simpanan daripada gaji dah dianggap pahlawan, tidak semua orang mula kerja ada simpanan. Orang lebih suka habiskan dengan alasan ‘gaji mana cukup woi!’. Hanya pahlawan dapat kawal semua nafsu dalam diri walau gaji masih kecil.

    ARTIKEL BERKAITAN: Buku hartanah dan kewangan

    1. Master (ada dana kecemasan)

    Tahap ini anda sudah mempunyai dana kecemasan yang cukup untuk enam bulan kedepan (gaji x 6 bulan). Di Malaysia, 90% penduduk tiada simpanan walau RM1000 sebagai dana kecemasan. Dana kecemasan ini memerlukan dua hingga tiga tahun untuk penuhkan simpanan supaya cukup enam bulan gaji. Jika gaji kita RM2000 dan buat simpanan 10% untuk dana kecemasan, kita perlukan 60 bulan (5 Tahun) untuk ada simpanan RM12,000.

    1. Mahaguru (ada perlindungan)

    Sudah ada perlindungan takaful / insuran. Jika apa-apa berlaku tidak terus miskin dan keluarga terjaga. Selepas melindungi diri, tahap berikutnya kita lindungi orang  tersayang. Ini barulah mahaguru yang agung, mereka mula memikirkan untuk melindungi orang lain selain diri sendiri. Tahap yang bagus untuk perlindungan pendapatan gaji adalah 10 tahun gaji kita.

    ARTIKEL BERKAITAN: Adakah anda sudah celik kewangan? Perhatikan 7 ciri ini

    1. Samurai (bersedia melabur)

    Sudah melalui tahap Mahaguru dan Master. Sekarang fokus untuk pelaburan. Mereka yang masuk tahap Samurai adalah yang berani berani mengambil risiko. Pada tahap ini mereka telah kuasai ilmu asas kewangan iaitu simpanan dan perlindungan barulah masuk ke alam pelaburan.

    Peringatan

    Semua itu kita harus melalui secara bertahap. Jika kita melangkaui setiap tahap ini, ia akan membahayakan diri, simpanan dan kewangan kita. Jika masih berusaha untuk ada aliran tunai (cash flow) fokus itu sahaja dulu. Jangan terus nak melabur. Fokus bangunkan pendapatan dan tabungan serta perlindungan, barulah melabur.- RELEVAN

    Previous Article5 tip untuk graduan baharu mendapat pekerjaan pertama
    Next Article Pameran kerjaya terbesar MTCF 9-10 September ini

    Artikel berkaitan

    Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

    June 18, 2026

    7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

    June 18, 2026

    Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar

    June 17, 2026

    6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

    June 17, 2026

    5 makanan buat kita susah tidur malam

    June 17, 2026

    Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan

    June 17, 2026
    Artikel Terkini

    Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

    June 18, 2026

    7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

    June 18, 2026

    Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar

    June 17, 2026

    6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

    June 17, 2026

    5 makanan buat kita susah tidur malam

    June 17, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.