Facebook Twitter
    Trending
    • Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu
    • Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu
    • 7 penyesalan terbesar dalam kewangan
    • Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5
    • ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya
    • Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

      June 10, 2026

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026
    • Kewangan

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kenapa ketiak berbau? Orang Korea paling kurang gen bau

    Kenapa ketiak berbau? Orang Korea paling kurang gen bau

    By Zubaidah IbrahimAugust 15, 2023Updated:August 15, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BANYAK faktor menyebabkan ketiak berbau dan orang Korea paling bertuah kerana hampir kesemua mereka tidak mempunyai bau badan.- GAMBAR HIASAN/8PHOTO/FREEPIK

    MEMAKAI deodoran merupakan rutin wajib setiap hari sama seperti kita memberus gigi, mencuci muka dan tangan. Walaupun begitu, ada segelintir manusia yang tidak memerlukan deodoran kerana badannya tidak mengeluarkan bau.

    Saintis mendapati bahawa gen yang dipanggil ABCC11 menentukan sama ada orang menghasilkan tahi telinga basah atau kering. Orang yang menghasilkan tahi telinga kering juga kekurangan bahan kimia di ketiak mereka yang menjadi makanan bakteria iaitu penyebab bau ketiak.

    “Gen utama ini pada dasarnya adalah penentu tunggal sama ada anda menghasilkan bau ketiak atau tidak.

    “Walaupun hanya dua peratus orang Eropah kekurangan gen untuk ketiak berbau tetapi kebanyakan orang Asia Timur dan hampir semua orang Korea kekurangan gen ini,” kata seorang ahli Epidemiologi Genetik di Universiti Bristol, Ian Day.

    Menerusi kajian yang dijalankan oleh Day itu, beliau mendapati hanya 0.006 peratus orang Korea mempunyai gen ABCC11, penyebab utama masalah bau.

    Penyelidikan itu berdasarkan Pangkalan Data Frekuensi Allel (ALFRED), pangkalan data gen yang direka oleh Universiti Yale. Penyelidik berkata, nisbah Korea adalah yang terendah di dunia.

    Punca ketiak berbau

    Sementara itu, menurut Healthline, badan kita dilitupi dengan kelenjar peluh kerana berpeluh adalah fungsi penting yang membantu kita menyejukkan badan. Terdapat dua jenis kalenjar peluh iaitu eccrine dan apocrine:

    • Eccrine: Kelenjar ini meliputi sebahagian besar badan kita dan terbuka terus pada permukaan kulit.
    • Apocrine: Kelenjar ini terdapat di kawasan yang mengandungi banyak folikel rambut, seperti pangkal paha dan ketiak. 

    Apabila badan anda panas, kelenjar eccrine mengeluarkan peluh yang menyejukkan badan anda.

    Ia biasanya tidak berbau sehinggalah bakteria pada kulit anda mula memecahkannya. Makanan dan minuman tertentu yang anda makan serta jenis ubat tertentu juga boleh menyebabkan peluh eccrine mengeluarkan bau.

    Kelenjar Apocrine pula berfungsi terutamanya ketika anda tertekan dengan merembeskan cecair tidak berbau. Cecair ini mula mengeluarkan bau apabila ia bersentuhan dengan bakteria pada kulit anda.

    Kelenjar ini tidak berfungsi sehinggalah seseorang itu akil baligh, pada masa inilah biasanya seseorang itu mula perasan ada bau badan.

    Walaupun peluh adalah perkara normal, ada juga orang yang berpeluh lebih daripada kebiasaan, keadaan ini dipanggil hiperhidrosis.

    Orang yang mengalami hiperhidrosis berpeluh secara berlebihan, terutamanya dari tangan, kaki dan ketiak mereka.

    Cara merawat ketiak berbau

    Cara menguruskan ketiak berbau bergantung kepada tahap keterukan dan punca bau badan.

    Bau mungkin wujud disebabkan oleh penjagaan kebersihan yang tidak baik atau tidak menggunakan produk yang betul atau mungkin terdapat keadaan perubatan yang memerlukan rawatan.

    Cara mengelakkan ketiak berbau

    Anda boleh mengambil beberapa langkah untuk mengelakkan ketiak berbau:

    • Mandi setiap hari dengan sabun selepas aktiviti berat seperti bersenam atau bersukan bagi menghilangkan bakteria dan peluh yang menyebabkan bau.
    • Memakai fabrik yang longgar dan bernafas seperti kapas, linen dan adunan penyerap kelembapan. Ini amat penting jika anda banyak berpeluh dan membolehkan badan anda kekal lebih sejuk berbanding memakai pakaian ketat yang diperbuat daripada fabrik yang tidak boleh bernafas.
    • Kajian pada tahun 2016 mendapati bahawa mencukur atau waxing dapat mengurangkan bau ketiak dengan ketara. Ini kerana pembersihan lebih berkesan pada kulit yang dicukur atau di wax.
    • Menggunakan pelbagai deodoran atau antipeluh dapat membantu mengurangkan bau ketiak anda
    • Memandangkan tindak balas tekanan boleh menyebabkan kelenjar peluh mengeluarkan peluh. Pengurusan tekanan dan teknik pengurangan kebimbangan boleh membantu anda mengurangkan tindak balas tekanan anda dan meminimumkan tindak balas peluh fisiologi anda.

    –   RELEVAN

    Previous Article5 cara selamatkan diri daripada budaya hustle
    Next Article Berbual bersama Loque: Kenapa suka sadur lagu?

    Artikel berkaitan

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026

    Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

    June 10, 2026
    Artikel Terkini

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.