Facebook Twitter
    Trending
    • Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu
    • Pantang larang selepas cabut gigi
    • Elak makanan ini jika sedang haus
    • Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius
    • 10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal
    • 7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya
    • Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai
    • Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026

      Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

      February 13, 2026

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

      February 10, 2026
    • Kewangan

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026
    • Pendidikan

      Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu

      February 16, 2026

      Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

      February 11, 2026

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

      February 9, 2026

      Jangan simpan ini dalam kereta!

      February 9, 2026
    • Kerjaya

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 bahan alami ini rawat lingkaran gelap bawah mata

    5 bahan alami ini rawat lingkaran gelap bawah mata

    By Zubaidah IbrahimAugust 3, 2023Updated:August 4, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ANDA boleh cuba menggunakan bahan alami dari rumah dengan kos yang sangat murah dan berkesan. - GAMBAR HIASAN/ COOKIE_STUDIO

    Banyak faktor yang menyebabkan terjadinya lingkaran gelap bawah mata seperti genetik, usia, masalah tidur, alahan dan gaya hidup. Pastinya sudah banyak cara dilakukan bagi mengurangkan rona gelap di bawah mata itu.

    Selain mendapatkan rawatan estetik, anda juga boleh cuba menggunakan bahan alami dari rumah dengan kos yang sangat murah dan berkesan. Pokok pangkalnya, anda kenalah rajin!

    Berikut Relevan kongsikan 5 bahan alami dari rumah yang boleh anda cuba untuk merawat masalah gelap bawah mata:

    1. Tomato

    Tomato kaya dengan fphytochemicals seperti likopena dan beta-karotena yang mengurangkan kerosakan oksidatif pada tisu kulit dan mengurangkan eritema (kemerahan) kulit. Ini boleh membantu menghilangkan lingkaran hitam yang terbentuk di bawah mata.

    Cara penggunaan: Buat pes dengan menggabungkan tomato dan jus lemon. Sapukan di sekeliling mata anda dan biarkan selama 20 minit. Bilas sebersih-bersihnya. Lakukan rutin ini sekali atau dua kali seminggu.

    1. Timun

    Timun mengandungi sebatian bioaktif dan vitamin yang boleh menghalang aktiviti tyrosinase. Ini boleh membantu mengurangkan pigmentasi di sekeliling mata.

    ARTIKEL BERKAITAN: 11 punca lingkaran gelap di bawah mata

    Cara penggunaan: Anda memerlukan satu timun dan satu sudu teh gel aloe vera. Kisar bahan-bahan untuk membuat pes tebal.

    Sapukan pes ini ke kawasan yang terjejas dan biarkan selama 15 minit. Kemudian basuh dengan air bersih. Anda boleh menggunakan pes ini sekali sehari.

    1. Uncang teh sejuk

    Salah satu cara yang paling berkesan dan sangat mudah untuk memerangi lingkaran hitam ini adalah dengan menggunakan uncang teh sejuk. Sebaiknya, gunakan uncang teh hijau atau chamomile untuk hasil yang cepat.

    Adalah dipercayai bahawa sisa kafein membantu menyempitkan saluran darah bagi mengurangkan aliran darah dan membantu memberikan sedikit kelegaan daripada lingkaran hitam.

    Cara penggunaan: Rendam uncang teh ke dalam air dan sejukkan di dalam peti sejuk. Keluarkan dari peti dan letakkan perlahan-lahan pada kedua-dua mata anda selama 10 hingga 15 minit. Ulang secara berkala.

    ARTIKEL BERKAITAN: Adakah bebenang kelabu pada penglihatan petanda masalah mata?

    1. Susu Sejuk

    Susu sejuk adalah pembersih semula jadi untuk kulit sekitar mata dan juga membantu menenangkan kulit sensitif di sekeliling mata anda.

    Susu sejuk mengandungi asid laktik yang bukan sahaja membantu mengurangkan bengkak tetapi juga mencerahkan kulit. Selain itu, kalium dalam susu membolehkan kulit kekal lembap dengan lebih baik, menjadikan kulit lebih lembut dan anjal.

    Cara penggunaan: Celupkan kapas ke dalam susu sejuk dan sapukan pada kawasan mata. Biarkan seketika dan kemudian bilas dengan air sejuk. Ulang sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

    1. Air mawar

    Air mawar menyegarkan, meremajakan dan boleh digunakan secara praktikal pada hampir semua jenis kulit dan untuk semua isu berkaitan kulit. Ia juga boleh digunakan sebagai penyegar kulit yang berkesan.

    Cara penggunaan: Rendam kapas dalam air mawar dan letakkan di kawasan mata. Biarkan selama 10 hingga 15 minit. Ulang setiap malam selama sebulan untuk melihat hasil terbaik.

    –   RELEVAN

    Previous ArticleUPM, Petronas tanam 200 pokok hutan
    Next Article Mengulas Sedih Hati oleh Malique dari enam sudut

    Artikel berkaitan

    Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu

    February 16, 2026

    Pantang larang selepas cabut gigi

    February 16, 2026

    Elak makanan ini jika sedang haus

    February 13, 2026

    Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

    February 13, 2026

    10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

    February 12, 2026

    7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

    February 12, 2026
    Artikel Terkini

    Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu

    February 16, 2026

    Pantang larang selepas cabut gigi

    February 16, 2026

    Elak makanan ini jika sedang haus

    February 13, 2026

    Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

    February 13, 2026

    10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

    February 12, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.