Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?
    • Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia
    • Cara mudah gandakan simpanan walau gaji rendah
    • Perut buncit walaupun kurang makan? Ini punca sebenar 
    • 5 keadaan kulit yang mungkin menandakan usus bermasalah
    • Guna ‘pen kurus’ untuk turun berat badan? Jangan dibuat sewenangnya
    • Penyakit jantung kongenital ‘pembunuh senyap’ bayi baru lahir
    • Bahaya letak 10 barang ini di atas peti ais
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Perut buncit walaupun kurang makan? Ini punca sebenar 

      April 23, 2026

      5 keadaan kulit yang mungkin menandakan usus bermasalah

      April 22, 2026

      Guna ‘pen kurus’ untuk turun berat badan? Jangan dibuat sewenangnya

      April 22, 2026

      Penyakit jantung kongenital ‘pembunuh senyap’ bayi baru lahir

      April 21, 2026

      Rasa tak boleh bekerja tanpa kopi? Ada perkara penting anda perlu tahu

      April 21, 2026
    • Kewangan

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026

      Cara mudah gandakan simpanan walau gaji rendah

      April 23, 2026

      Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

      April 20, 2026

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026
    • Pendidikan

      Bahaya letak 10 barang ini di atas peti ais

      April 21, 2026

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026
    • Kerjaya

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026

      Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia

      April 24, 2026

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pendapatan bawah RM5,249 dikira B40, T20 atas RM11,820

    Pendapatan bawah RM5,249 dikira B40, T20 atas RM11,820

    By KU SYAFIQ KU FOZIJuly 31, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    HANYA 16.1 peratus pendapatan isi rumah di Malaysia dimiliki golongan B40 pada 2022, berbanding 46.3 peratus milik T20. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    HAD pendapatan untuk golongan B40, M40 dan T20 dikemas kini melalui Laporan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah 2022 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan.

    Menurut laporan tersebut, terdapat peningkatan untuk had pendapatan ketiga-tiga kategori isi rumah pada 2022 berbanding 2019.

    Sebagai contoh, had pendapatan untuk kategori isi rumah B40 meningkat kepada RM5,249 pada 2022 berbanding RM4,849 pada 2019. Begitu juga dengan had pendapatan M40 (2022: RM11,819, 2019: RM10,969) dan T20 (2022: RM11,820 ke atas, 2019: RM10,970 ke atas).

    Pecahan kategori isi rumah pada 2022 juga menunjukkan terdapat 3.16 juta isi rumah dalam kategori B40, 3.16 juta kategori M40 dan 1.58 juta kategori T20.

    Menurut Jabatan Perangkaan, golongan T20 menguasai 46.3 peratus daripada jumlah pendapatan isi rumah manakala 16.1 peratus agihan pendapatan dimiliki B40.

    Pecahan B40

    Kategori isi rumah B40 dibahagikan kepada empat subkategori, iaitu B1, B2, B3 dan B4.

    Golongan B1, iaitu golongan termiskin mempunyai had pendapatan kurang daripada RM2,560 dengan penengah pendapatan sebanyak RM2,012 dan purata RM1,941 pada 2022.

    B2 pula merupakan isi rumah yang berpendapatan antara RM2,560 hingga RM3,439 dengan penengah pendapatan RM3,034 dan purata RM3,018.

    ARTIKEL BERKAITAN: Rafizi konsisten, mahu hapus pengkelasan B40, M40, T20 bermula tahun hadapan 

    Bagi golongan B3, pendapatan mereka antara RM3,440 hingga RM4,309 dengan penengah RM3,875 dan purata RM3,874.

    Subkategori pendapatan tertinggi dalam kategori B40, iaitu B4 pula mempunyai pendapatan RM4,310 hingga RM5,249 dengan penengah RM4,764 dan purata RM4,771.

    Pecahan M40

    Golongan berpendapatan sederhana, iaitu M40 juga dipecahkan kepada empat subkategori, iaitu M1, M2, M3 dan M4.

    Pada 2022, subkategori M1 merujuk kepada isi rumah berpendapatan antara RM5,250 hingga RM6,339 dengan penengah pendapatan sebanyak RM5,770 dan purata RM5,782.

    M2 pula merupakan isi rumah berpendapatan antara RM6,340 hingga RM7,689 dengan penengah RM6,979 dan purata RM6,989.

    Bagi golongan M3, pendapatan mereka adalah antara RM7,690 hingga RM9,449 dengan penengah RM8,523 dan purata RM8,536.

    ARTIKEL BERKAITAN: Pendapatan rakyat Kelantan, Kedah terendah; Kuala Lumpur tertinggi

    Golongan M4 mencatatkan jurang penengah pendapatan tertinggi dalam kategori M40 iaitu sebanyak RM10,552, RM2,029 lebih tinggi berbanding penengah dalam subkategori sebelumnya. 

    Had pendapatan golongan M4 adalah antara RM9,450 hingga RM11,819 dengan purata RM10,577.

    Pecahan T20

    Golongan 20 peratus terkaya di Malaysia, T20 dipecahkan kepada dua subkategori, iaitu T1 dan T2. 

    Subkategori T1 mempunyai had pendapatan antara RM11,820 hingga RM15,869 dengan penengah RM13,475 dan purata RM13,585.

    Subkategori terkaya, iaitu T2 pula mempunyai pendapatan melebihi RM15,870 dengan penengah pendapatan RM20,776 dan purata RM25,719.

    Subkategori T2 mencatatkan jurang penengah dan purata terbesar antara subkategori dengan perbezaan penengah sebanyak RM7,301 dan purata sebanyak RM12,134 berbanding subkategori sebelumnya. – RELEVAN

    SUMBER: LAPORAN SURVEI PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN ISI RUMAH 2022
    Previous Article11 punca lingkaran gelap di bawah mata
    Next Article Bilangan penduduk bukan warganegara bertambah, populasi Malaysia 33.4 juta

    Artikel berkaitan

    Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

    April 24, 2026

    Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia

    April 24, 2026

    Cara mudah gandakan simpanan walau gaji rendah

    April 23, 2026

    Perut buncit walaupun kurang makan? Ini punca sebenar 

    April 23, 2026

    5 keadaan kulit yang mungkin menandakan usus bermasalah

    April 22, 2026

    Guna ‘pen kurus’ untuk turun berat badan? Jangan dibuat sewenangnya

    April 22, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

    April 24, 2026

    Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia

    April 24, 2026

    Cara mudah gandakan simpanan walau gaji rendah

    April 23, 2026

    Perut buncit walaupun kurang makan? Ini punca sebenar 

    April 23, 2026

    5 keadaan kulit yang mungkin menandakan usus bermasalah

    April 22, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.