Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mandat Kementerian Ekonomi menyelesaikan isu struktur ekonomi, termasuk isu gaji

    Mandat Kementerian Ekonomi menyelesaikan isu struktur ekonomi, termasuk isu gaji

    By Umi FatehahJuly 13, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MANDAT Kementerian Ekonomi menyelesaikan isu struktur ekonomi, termasuk isu gaji. - SHIDDIEQIIN ZON

    KEMENTERIAN Ekonomi bertegas untuk melibatkan diri dalam penyelesaian isu-isu struktur ekonomi yang boleh melambatkan pertumbuhan ekonomi negara, termasuk kadar gaji rakyat yang rendah.

    Menterinya, Rafizi Ramli berkata, kebergantungan kepada pekerja berkemahiran rendah adalah antara punca pembayaran gaji yang tidak setimpal dengan nilai hasil pekerja di negara ini. Ia juga menjadi penghalang kepada peralihan Malaysia ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.

    “Kadar gaji penengah benar dan gaji kemasukan baharu telah merosot selepas pandemik dan kekal lebih rendah berbanding tahap sebelum pandemik.

    “Nisbah gaji pekerja (CE) Malaysia bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2019 adalah 35.9 peratus, jauh lebih rendah daripada negara-negara maju lain,” katanya dalam kenyatan hari ini. 

    Jelas Rafizi, nisbah CE kepada KDNK yang mengukur peratusan bahagian ekonomi yang dipulangkan kepada pekerja melalui upah dan gaji di negara maju adalah jauh lebih tinggi.

    Ini termasuk negara-negara seperti Jerman dengan 59.4 peratus, United Kingdom (55.5 peratus), Australia (46.9 peratus) dan Republik Korea (46.8 peratus). 

    “Kementerian Ekonomi sedang bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia untuk merangka beberapa pilihan dasar yang akan dibentangkan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) untuk membincangkan strategi terbaik bagi meningkatkan dasar gaji rakyat. 

    “Butiran dan mekanisme dasar akhir akan diputuskan berdasarkan pertimbangan menyeluruh, termasuk kemampuan dan kesan kos kepada sektor swasta dan akan dilaksanakan secara berperingkat. 

    “Usaha ini akan dilakukan bersama tiga pihak iaitu kerajaan, majikan dan pekerja untuk mendapatkan pandangan semua pihak,” ujarnya.

    Tambah Rafizi, pertumbuhan gaji merupakan antara fokus utama reformasi struktur untuk mencapai sasaran CE negara, seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12). 

    Sebelum ini, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menyatakan mereka terkejut dengan pengumuman yang dilakukan oleh Rafizi berhubung penglibatannya dalam rancangan kenaikan gaji progresif membabitkan sektor swasta dan awam.

    Presidennya, Syed Hussain Syed Husman berkata, perkara itu bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Ekonomi, sebaliknya Kementerian Sumber Manusia yang mengendalikan dasar berkaitan gaji.

    Kata beliau, Kementerian Ekonomi sepatutnya menumpukan usaha membangunkan ekonomi untuk perniagaan dan rakyat, sekali gus meningkatkan taraf hidup.

    “Setakat ini, MEF belum melihat sebarang rancangan konkrit sedemikian daripada menteri untuk meningkatkan ekonomi,” kata beliau. – RELEVAN

    Previous Article4 langkah ini kunci kejayaan dalam temu duga
    Next Article Awasi tekanan kewangan, kita boleh murung kerana wang

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.