Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ketahui jenis-jenis influencer: mega, makro, mikro dan nano

    Ketahui jenis-jenis influencer: mega, makro, mikro dan nano

    By Umi FatehahJuly 6, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Saban tahun berlalu seiring dengan perkembangan media sosial, ramai yang mahu menjadi pempengaruh. - GAMBAR HIASAN JON TYSON/UNSPLASH

    KETIKA anda menatal media sosial seperti di Twitter, Instagram dan TikTok, pasti anda terlihat hantaran daripada influencer atau pempengaruh sama ada mempromosikan sesuatu barangan atau sekadar membuat perkongsian biasa. 

    Saban tahun berlalu seiring dengan perkembangan media sosial, ramai yang mahu menjadi pempengaruh. 

    Meskipun dahulu definisi pempengaruh itu kurang jelas, kini ia mempunyai maksud yang lebih terperinci dan turut dibahagikan kepada empat kategori. Ia merupakan mega-influencer, macro-influencer, micro-influencer dan nano-influencer.

    Mungkin anda merasakan perbezaan keempat-empat kategori ini hanyalah jumlah pengikut mereka. Sebenarnya, perbezaannya jauh lebih luas. 

    Terdapat tiga indikator untuk mula dikenali di media sosial dan menjadi pempengaruh, iaitu:

    • Jenis audiens

    Setiap pempengaruh perlu tahu mereka mahu menarik minat dan pengikut daripada jenis audiens tertentu. Sebagai contoh fesyen, solekan, dekorasi rumah atau pencinta kopi.

    • Jenis kandungan yang dimuat naik

    Selepas mengetahui jenis audiens yang mereka sasarkan, kandungan yang dimuat naik perlu bersesuaian. Sekiranya menyasarkan audiens meminati kandungan fesyen, pempengaruh perlu memuat naik kandungan idea fesyen atau perkongsian cara menggayakan sesetengah baju.

    • Cara mereka dikenali khalayak ramai

    Cara mereka mula dikenali orang ramai terpulang kepada jenis audiens dan jenis kandungan yang dimuat naik. Sekiranya apa yang mereka kongsikan mendapat tontonan yang banyak, mereka akan lebih terkenal dan jumlah pengikut juga akan bertambah.

    Ketiga-tiga indikator ini juga, antara lain, menentukan kategori pempengaruh selain daripada jumlah pengikut.

    Jika anda ingin menceburi bidang pemasaran pengaruh yang semakin berkembang, penting untuk anda tahu setiap maksud kategori pempengaruh ini.

    Mega-influencer

    Pempengaruh mega ialah kategori pengaruh media sosial yang paling tinggi, dengan pengikut lebih daripada satu juta orang. Sesetengah pempengaruh mega dipanggil pempengaruh selebriti.

    Ketua pemasaran dan inovasi di Silverstein Properties’ Inspire, Gil Eyal berkata pempengaruh mega selalunya lebih kepada terkenal berbanding berpengaruh. 

    “Mereka selalunya mempunyai audiens yang pelbagai dengan topik minat yang berbeza. 

    “Mereka tidak mempunyai interaksi yang rapat dan kerap dengan pengikut-pengikut. Meskipun ada antara mereka tidak mempunyai apa-apa kepakaran tetapi apa yang mereka muat naik dalam media sosial mempunyai kesan yang besar,” jelas Eyal.

    Pempengaruh mega juga dibayar sangat-sangat mahal. Antara pempengaruh mega yang terkenal ialah Kylie Jenner. Dia dibayar AS$1 juta (RM4.6 juta) untuk setiap hantaran media sosial yang ditaja.

    Macro-influencer

    Kedudukan pempengaruh makro satu anak tangga di bawah daripada pempengaruh mega. Kiraan pengikut pempengaruh makro adalah antara 100,000 hingga satu juta pengikut. 

    “Tidak seperti kebanyakan pengaruh besar, pempengaruh makro biasanya mula dikenali melalui hantaran mereka dalam media sosial, sama ada melalui vlogging atau dengan menghasilkan kandungan lucu atau memberi inspirasi,” kata pengasas PearlLemon, Deepak Shukla.

    Di Malaysia, pempengaruh makro yang terkenal menerusi kandungan seperti vlogging ialah Aisyah Razip atau lebih dikenali sebagai Cupcake Aisyah dengan jumlah pengikut seramai 489,000 di Instagram. 

    Khairul Aming pula dikenali kerana kandungannya yang memberi inspirasi dari sudut perniagaannya. Dia mempunyai pengikut seramai 3.7 juta di Instagram.

    Micro-influencer

    Pempengaruh mikro ialah seseorang yang mempunyai antara 1,000 hingga 100,000 pengikut. Pempengaruh mikro memfokuskan pada bidang tertentu dan secara amnya dianggap sebagai pakar atau mempunyai pengetahuan luas dalam bidang tertentu.

    “Pempengaruh mikro mempunyai hubungan yang lebih kuat daripada pengaruh biasa. Ia sering didorong oleh persepsi mereka sebagai pakar atau pengetahuan yang tinggi dalam bidang tersebut. 

    “Pengaruh mikro, berbanding selebriti atau pengaruh biasa, selalunya mempunyai audiens yang mempunyai minat yang sama,” kata Gyal.

    Di Malaysia, contoh pempengaruh mikro ialah Aidil Iman dengan nama pengguna di Twitter sebagai @climateaidil. Dia mula jadi pempengaruh disebabkan ciapannya yang ilmiah berkaitan kepentingan dan kesedaran menjaga alam sekitar dan pemerkasaan belia (youth empowerment).

    Nik Akmal juga dikenali di Twitter kerana sering membuat ciapan berkaitan kerjaya. 

    Nano-influencer

    Pempengaruh nano ialah baka pempengaruh yang agak baharu. Mereka cenderung mempunyai bilangan pengikut yang lebih kecil berbanding pempengaruh mikro, kurang daripada 1,000 pengikut.

    “Pempengaruh nano ialah seseorang yang mempunyai pengaruh dalam komuniti mereka,” jelas naib presiden pemasaran di TAB Bank, John Huntinghouse.

    Contoh pempengaruh nano yang terkenal dalam komuniti tertentu ialah seperti Hishamudin Hashim atau lebih dikenali sebagai Abeden, Azreen Aziz atau Yenyot. Mereka terkenal dalam komuniti jurugambar dan sering memuat naik hasil kerja masing-masing. – RELEVAN 

     

    Previous ArticleAwas! 4 makanan ini punca pening kepala
    Next Article Ekonomi Malaysia kukuh, BNM kekalkan OPR

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.