Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ambil tahu haiwan penyebar rabies, simptom dan pencegahan

    Ambil tahu haiwan penyebar rabies, simptom dan pencegahan

    By Zubaidah IbrahimJune 22, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    RABIES adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan lyssavirus dari haiwan seperti anjing yang dijangkiti rabies.- GAMBAR HIASAN/ PEXELS/ KAT SMITH

    VIDEO-VIDEO yang dikongsikan di media sosial mengenai jangkitan rabies atau anjing gila sangat menyeramkan apabila pesakit dilihat berada dalam keadaan meracau, bertindak liar dan takut kepada air.

    Menurut Mayo Clinic, rabies adalah virus maut yang disebarkan kepada manusia menerusi gigitan (air liur) haiwan yang dijangkiti.

    Penyakit rabies adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan lyssavirus dari haiwan seperti anjing yang dijangkiti rabies.

    Dalam kes yang jarang berlaku, rabies boleh merebak apabila air liur yang dijangkiti masuk ke dalam luka terbuka atau membran mukus seperti mulut atau mata. Ini boleh berlaku jika haiwan yang dijangkiti menjilat luka anda.

    Berikut Relevan kongsikan langkah pencegahan, simptom dan haiwan-haiwan yang mungkin boleh menyebarkan virus rabies.

    Hati-hati jika ternampak anjing liar yang air liurnya meleleh dengan banyak, itu tanda-tanda anjing tersebut dijangkiti virus rabies.

    Sebenarnya, anjing bukanlah satu-satunya haiwan yang boleh menyebarkan rabies. Haiwan peliharaan dan ternakan yang lain juga berisiko menyebarkan rabies seperti kucing, lembu, kambing dan kuda.

    Selain itu, haiwan liar seperti kelawar, memerang, koyote, musang, monyet, rakun dan skunk juga boleh menyebarkan rabies kepada manusia.

    Simptom

    Mereka yang dijangkiti oleh virus rabies mengalami gejala serupa dengan selesema dan diikuti oleh simptom-simptom lain seperti berikut:

    •   Demam
    •   Sakit kepala
    •   Loya
    •   Muntah-muntah
    •   Kegelisahan
    •   Kebimbangan
    •   Kekeliruan
    •   Hiperaktif
    •   Kesukaran menelan
    •   Air liur yang berlebihan
    •   Ketakutan yang ditimbulkan oleh percubaan untuk meminum cecair kerana kesukaran menelan air
    •   Ketakutan yang dibawa oleh udara yang ditiup di muka
    •   Halusinasi
    •   Insomnia
    •   Lumpuh separa
    INFOGRAFIK Kementerian Kesihatan

    Sehubungan itu, sangat penting untuk berjumpa doktor dengan segera jika anda digigit haiwan lair atau haiwan yang disyaki mempunyai gejala rabies. Doktor yang bertugas akan membantu untuk memberikan rawatan sewajarnya.

    Sebelum itu, pastikan anda mencuci bahagian tubuh yang digigit dengan sabun dan air bagi menghilangkan air liur haiwan tersebut.

    Pencegahan

    Penyakit rabies ini tidak boleh dipandang remeh, kita perlu sentiasa mengamalkan sikap berhati-hati terutamanya terjumpa haiwan liar. Tengok keadaan haiwan itu terlebih dahulu.

    Jika haiwan tersebut bertindak agresif, ganas dan mengeluarkan air liur yang banyak. Lari!

    Bagi pemilik haiwan peliharaan pula, anda boleh menyelamatkannya daripada virus rabies dengan melakukan langkah-langkah berikut:

    • Dapatkan nasihat doktor untuk memberi vaksin rabies kepada haiwan peliharaan anda.
    • Pastikan haiwan kesayangan tidak dibiarkan berkeliaran di luar bagi mengelakkannya daripada bersentuhan dengan haiwan liar.

    – RELEVAN

    Previous ArticleSusah tidur? Amalan ini bantu anda terlelap dalam masa 60 saat
    Next Article Pemberian STR dipercepat, disalur sebelum Hari Raya Aidiladha

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.