Facebook Twitter
    Trending
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 8 biasiswa untuk lepasan SPM (kemas kini 2023)

    8 biasiswa untuk lepasan SPM (kemas kini 2023)

    By KU SYAFIQ KU FOZIJune 8, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    LEPASAN SPM dengan keputusan cemerlang berpeluang memohon biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang diumumkan pada 8 Jun  menggembirakan banyak pihak. Para pelajar cemerlang dirai dan yang kurang cemerlang juga menerima banyak sokongan motivasi. 

    Tidak kira cemerlang atau tidak, segala usaha para pelajar perlu dihargai kerana bukan mudah untuk menghadapi tekanan peperiksaan awam terbesar itu. Tahniah buat semua.

    Pelbagai pandangan dan perkongsian juga muncul dalam media sosial. Ada yang memberikan tip menyambung pelajaran dan ada yang memberi peringatan tentang cabaran dunia selepas persekolahan.

    Berkongsi tip tentang pelajaran ini memang sudah menjadi kerja Relevan, jadi mari kita lihat perkongsian seterusnya tentang perkara yang tidak kurang pentingnya untuk diketahui para lepasan SPM, iaitu biasiswa.

    Biasiswa sangat membantu pelajar yang kurang berkemampuan untuk menyambung pengajian ke peringkat tinggi. 

    Walaupun kerajaan menyediakan skim pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara), biasiswa yang tidak bersifat pinjaman lebih membantu pelajar dari segi kewangan.

    Sehubungan itu, Relevan menyenaraikan 10 biasiswa yang boleh dicuba oleh lepasan SPM. Cubalah dahulu, mana tahu ada yang sangkut.

    • Program Penajaan Pendidikan Petronas

    Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP) terbuka kepada semua lepasan SPM 2022 dengan kemampuan akademik yang tinggi serta berpemikiran tangkas dan inovatif. Penajaan diberikan untuk pelajar melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang, termasuk kejuruteraan kimia, geosains, perakaunan dan undang-undang.

    Permohonan dibuka bermula 8 Jun hingga 16 Jun. Buat permohonan anda di sini. 

    • Biasiswa Kijang BNM

    Biasiswa Kijang Bank Negara Malaysia (BNM) terbuka kepada lepasan SPM yang memperolehi minimum 8A dengan beberapa kriteria tambahan. Penerima biasiswa akan diberikan penajaan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Ekonomi, Perakaunan, Kewangan, Sains Aktuari, Matematik, Statistik, Sains Data, Undang-Undang dan Sains Komputer.

    Permohonan dibuka bermula 6 Jun hingga 16 Jun ini. Mohon segera di sini.  

    • Biasiswa Watan Khazanah

    Biasiswa Watan Khazanah Nasional Berhad ditawarkan kepada lepasan SPM atau IGCSE yang berjaya memperoleh minimum 8A dan mendapat A atau A+ dalam subjek teras, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik. Lepasan SPM 2022 berpeluang mendapat tajaan untuk program asasi di universiti-universiti terpilih Khazanah.

    Permohonan dibuka bermula 1 hingga 15 Jun. Buat permohonan anda di sini. 

    • Biasiswa Global Khazanah

    Biasiswa Global Khazanah Nasional Berhad ditawarkan kepada lepasan SPM atau IGCSE yang berjaya memperoleh minimum 8A dan mendapat A atau A+ dalam subjek teras, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik. Calon yang berjaya akan menjalani program A-Level di Kolej Yayasan UEM (KYUEM) sebagai persediaan melanjutkan pelajaran peringkat ijazah di universiti terkemuka dunia.

    Permohonan dibuka bermula 1 hingga 15 Jun. Buat permohonan di sini. 

    • Biasiswa Yayasan UEM

    Biasiswa Yayasan UEM terbuka kepada lepasan SPM yang fasih dalam bahasa Inggeris dan memperoleh minimum 7A dalam SPM. Biasiswa ini menawarkan program prauniversiti di KYUEM sebelum melanjutkan pengajian ijazah di universiti terkemuka dunia. Tawaran ini terbuka untuk pengajian dalam bidang Perniagaan, Kejuruteraan, Teknologi Maklumat dan subjek berkaitan komputer serta Sains Aktuari.

    Permohonan ditutup pada 21 Jun ini. Mohon di sini.

    • Biasiswa Dana Pendidikan The Star

    Biasiswa Dana Pendidikan The Star terbuka kepada rakyat Malaysia berumur 25 tahun ke bawah yang mencatat keputusan cemerlang dalam SPM atau UEC dan peperiksaan setaraf. Biasiswa ini menawarkan penajaan untuk pengajian dalam kursus-kursus terpilih di beberapa universiti swasta tempatan.

    Permohonan akan ditutup pada 23 Jun. Buat permohonan anda di sini.

    • Biasiswa Shell

    Biasiswa Shell menawarkan tajaan melanjutkan pelajaran ke peringkat A-Level dan ijazah dalam bidang Kejuruteraan (Mekanikal, Awam, Kimia, Petroleum, Elektrik dan Elektronik, Alam Sekitar dan Mampan), Sains (Geologi, Geosains, Geomatik, Geofizik dan Data) serta Komersial (Perniagaan dan Pengurusan, Pemasaran Digital).

    Permohonan dibuka bermula 8 Jun sehingga 25 Jun. Mohon di sini.

    • Anugerah Biasiswa Global PNB 

    Anugerah Biasiswa Global Permodalan Nasional Berhad (PNB) 2022 dibuka untuk semua lepasan SPM 2021. Pemohon yang berjaya berpeluang menjalani pengajian persediaan di kolej tempatan yang ditetapkan PNB sebelum melanjutkan pengajian peringakt ijazah di universiti luar negara.

    Permohonan dibuka bermula 30 Mei sehingga 25 Jun ini. Permohonan boleh dilakukan di sini. – RELEVAN

    Previous ArticleApa itu kebimbangan kewangan?
    Next Article Tanda-tanda anda menghidap imposter syndrome

    Artikel berkaitan

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.