Facebook Twitter
    Trending
    • Makanan yang bantu rendahkan kolesterol
    • Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan
    • 7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit
    • Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian
    • Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar
    • 10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN
    • Bangun pagi dengan jantung berdebar? Ini antara kemungkinan puncanya
    • Petanda amaran seseorang mungkin diserang Hantavirus
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

      May 21, 2026

      Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian

      May 19, 2026

      Bangun pagi dengan jantung berdebar? Ini antara kemungkinan puncanya

      May 18, 2026

      Petanda amaran seseorang mungkin diserang Hantavirus

      May 15, 2026

      Bahaya atau tidak jika jari kaki berbulu?

      May 14, 2026
    • Kewangan

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026

      Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

      May 6, 2026
    • Pendidikan

      10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN

      May 18, 2026

      Guru bukan pengganti ibu bapa

      May 15, 2026

      10 menara tertinggi di dunia, Malaysia di tangga kedua

      May 12, 2026

      Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan

      May 7, 2026

      Ibu sentiasa bersama kita, walau sudah tiada – kajian

      May 7, 2026
    • Kerjaya

      Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

      May 20, 2026

      Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar

      May 19, 2026

      Kemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’

      May 5, 2026

      Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda

      April 30, 2026

      Tanda anda sedang bahagia dengan pekerjaan sekarang

      April 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Adakah permainan dalam talian Roblox selamat untuk kanak-kanak?

    Adakah permainan dalam talian Roblox selamat untuk kanak-kanak?

    By Umi FatehahMay 22, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BERBEZA dengan kanak-kanak di zaman pendigitalan kini, mereka kebanyakannya menghabiskan masa bermainan permainan di dalam talian. - GAMBAR OBERON COPELAND/UNSPLASH

    JIKA mengimbas kembali pada zaman kanak-kanak, kita sering terbayang masa yang diluangkan bermain permainan seperti congkak, batu seremban, guli, gasing paku dan juga permainan papan carrom.  

    Berbeza dengan kanak-kanak di zaman pendigitalan kini, mereka kebanyakannya menghabiskan masa bermainan permainan di dalam talian seperti Roblox, sama ada di komputer atau di telefon pintar. 

    Dari sudut positifnya, ia bagus kerana kanak-kanak akan menjadi lebih celik teknologi dan tidak mempunyai masalah untuk beradaptasi dengan perkembangan digital mengikut pengedaran zaman. Selain itu, mereka juga dapat mempelajari kemahiran seperti kepimpinan, bekerja di dalam kumpulan dan juga kemahiran istimewa yang lain.

    Namun begitu, terdapat juga banyak ancaman untuk membiarkan anak-anak bermain dalam talian dengan sekumpulan orang yang tidak dikenali. Wujud juga kemungkinan mereka bermain bersama orang yang lebih dewasa dan berpura-pura menjadi kanak-kanak. 

    Adakah Roblox selamat untuk kanak-kanak?

    Keselamatan semasa bermain Roblox perlu dipertikaikan. Walaupun ada caranya untuk memastikan anak-anak anda selamat semasa bermain, versi Roblox yang lebih menyeronokkan memerlukan sambungan ke internet. 

    Ini membuatkan mereka lebih bebas meneroka mod permainan yang dicipta oleh orang yang tidak dikenali. Memandangkan ia adalah permainan untuk kanak-kanak, anda mungkin merasakan ia tidak berbahaya. Tetapi, jangan terlalu bersangka baik terlebih dahulu.

    Hanya kerana permainan ini ditujukan kepada kanak-kanak, tidak bermakna mereka hanya akan bermain dengan kanak-kanak sahaja. 

    Presiden Culture Reframed, Gail Dines kajian membuktikan di mana sahaja kanak-kanak meluangkan masa dalam talian, anda boleh yakin bahawa pemangsa seperti pedofilia atau penculik juga akan mengikuti dan meluangkan masa bersama kanak-kanak untuk mencari mangsa.

    Walaupun anda boleh pesan kepada anak-anak untuk tidak berborak dan elak sekiranya terjumpa individu berkelakuan aneh, ia masih tidak akan menyelesaikan masalah. Konsep asas permainan itu membolehkan sesiapa sahaja mencipta bilik atau dunia yang diinginkan dan terbuka kepada semua pemain untuk menyertai bilik tersebut.

    Meskipun Roblox pada asalnya permainan kanak-kanak, ibu bapa masih perlu terus berwaspada kerana ia tidak selalunya selamat daripada orang asing yang mungkin mengancam keselamatan anak.

    Ibu bapa juga dinasihatkan untuk melakukan penyelidikan sebelum membenarkan anak-anak bermain permainan ini dan memastikan mereka cakna dengan tetapan privasi. 

    Beri peringatan kepada mereka untuk berhati-hati tentang orang yang mereka berkawan dan berborak dalam talian dan tidak berkongsi maklumat peribadi dengan orang yang tidak dikenali.

    Dengan sedikit pengawasan dan bimbingan, kanak-kanak masih boleh menikmati bermain Roblox dan kekal selamat daripada pemangsa.

    Bagaimanakah ibu bapa boleh memastikan Roblox selamat untuk anak-anak?

    Sebagai ibu bapa, bersikap proaktif tentang keselamatan dalam talian anak anda sudah menjadi sebahagian daripada tanggungjawab. Hanya dengan melakukan beberapa langkah mudah, anda boleh memastikan anak-anak mendapat pengalaman yang selamat tetapi masih menyeronokkan dalam talian.

    • Bermain secara luar talian

    Bagi Roblox khususnya, bermain di luar talian ialah mod permainan yang paling selamat. Jika peranti komputer atau telefon pintar tidak disambungkan ke Internet, anda serta-merta menghapuskan risiko anak berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali. 

    Mereka masih boleh berseronok membina bilik mereka sendiri, tetapi mereka tidak akan mengambil bahagian dalam mana-mana aspek sosial permainan yang terlalu terbuka. 

    • Terhadkan akses

    Jika anak-anak berkeras untuk menyambungkan ke internet dan bersosial dengan rakan semasa bermain, anda masih boleh melindungi keselamatan dan privasi mereka dengan mengehadkan akses kepada rakan yang dipercayai sahaja. 

    Melalui cara ini, mereka hanya akan dapat akses untuk bermain bersama dan bersosial dengan orang yang dibenarkan sahaja. Ia boleh menjadi rakan sekolah atau ahli keluarga. Perlu diingat bahawa cara terbaik untuk memastikan anak-anak dapat bermain dengan selamat adalah dengan mengesahkan nama rakan mereka. 

    Jika sesiapa meminta akses kepada anak, biarkan permintaan tersebut terlebih dahulu sehingga anda sudah mengesahkan identiti individu tersebut. 

    • Menjaga privasi dan keselamatan di internet

    Apabila anak-anak anda sudah menginjak umur remaja, mereka akan mula meneroka dan akan mencari lebih banyak akses kepada pelbagai perkara. 

    Ia tidak mungkin dapat dihalang tidak kiralah anda pesan atau larang bagaimana sekalipun, kemungkinan besar mereka akan tetap meneroka dan inginkan lebih banyak akses dan kebebasan.

    Namun begitu, ibu bapa masih tetap perlu bertegas dan memberi peringatan kepada mereka untuk tidak berkongsi maklumat sulit seperti nama penuh, tempat tinggal, sekolah dan nombor telefon. – RELEVAN

    Previous ArticleUPM rangkul pingat emas dan perak di ITEX 2023
    Next Article Mengingati gelora 1967: Api dan air mata pejuang kedaulatan bahasa Melayu

    Artikel berkaitan

    Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

    May 21, 2026

    Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

    May 20, 2026

    7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

    May 20, 2026

    Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian

    May 19, 2026

    Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar

    May 19, 2026

    10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN

    May 18, 2026
    Artikel Terkini

    Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

    May 21, 2026

    Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

    May 20, 2026

    7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

    May 20, 2026

    Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian

    May 19, 2026

    Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar

    May 19, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.