Facebook Twitter
    Trending
    • Makan durian sambil beringat
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pemandu e-hailing gesa agar harga tambang diseragamkan seluruh negara

    Pemandu e-hailing gesa agar harga tambang diseragamkan seluruh negara

    By Umi FatehahApril 28, 2023Updated:April 28, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Pemandu e-hailing gesa agar harga tambang diseragamkan seluruh negara. - GAMBAR HIASAN FARIZ RUSADIO

    GABUNGAN E-Hailing Malaysia (GEM) Wilayah Utara menggesa kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan Malaysia mengambil tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah harga tambang e-hailing di negara ini.

    Pengerusinya, Zabidi Bahador berkata beberapa syarikat besar industri e-hailing bersaing sesama sendiri untuk menarik pengguna dengan berlumba-lumba menurunkan harga tambang tanpa memikirkan kos-kos tanggungan semasa pemandu. 

    “Persaingan dan perang harga antara syarikat penyedia e-hailing dalam negara menyebabkan pemandu menjadi mangsa apabila harga tambang diturunkan tanpa mengira kos yang perlu ditanggung mereka.

    “Hal ini menyebabkan perolehan keuntungan (profit margin) pemandu semakin mengecil. Keadaan ini memberi kelebihan kepada syarikat penyedia e-hailing untuk memanipulasi dan menindas pemandu jika kawal selia dan penguatkuasaan yang lebih komprehensif tidak dilakukan,” tambah Zabidi.

    Menurut kenyataan GEM, pemanipulasian harga hanya akan menguntungkan syarikat, tetapi pada masa yang sama, menindas pemandu dan pengguna. 

    “Kebebasan yang diberi kepada syarikat penyedia e-hailing tanpa kawal selia harga lantai dalam menentukan penawaran dan permintaan tidak akan memberi impak positif kepada industri ini. 

    “Hal ini kerana tiada situasi menang-menang antara pemandu dengan pengguna. Ia hanya akan lebih menguntungkan syarikat e-hailing dalam apa jua keadaan kerana permintaan di pasaran yang sentiasa tinggi,” katanya dalam sebuah kenyataan, hari ini.

    Justeru itu, pengerusinya menggesa agar kerajaan menyelaraskan harga minimum kepada syarikat penyedia e-hailing dalam negara dengan menyesuaikan kos-kos semasa yang perlu ditanggung oleh pemandu. 

    Zabidi berpendapat bahawa perbezaan harga ini memberi kesan kepada pemandu di Alor Setar yang melakukan tugas sama seperti pemandu di bandar utama lain, sedangkan kos semasa yang ditanggung pemandu adalah sama di seluruh negara.

    “Sudah sepatutnya pihak kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan dapat meneliti isu ini dan mengambil pendekatan yang tuntas bagi menyelesaikan kemelut serta menjaga kepentingan rakyat sepertimana laungan madani yang berteraskan kesejahteraan, keamanan dan keadilan,” katanya.

    Terdahulu, pihaknya mendapati berlaku ketidakseragaman harga antara bandar-bandar utama disebabkan syarikat e-hailing mengambil kira permintaan pengguna, kadar pendapatan serta populasi antara bandar ini, sedangkan kos hidup semasa antara bandar adalah sama.

    Ini menyebabkan mereka berasa  tertindas dengan isu harga lantai yang tidak seragam di bandar utama wilayah Utara berbanding bandar di negeri-negeri lain. 

    Umum mengetahui terdapat 30 syarikat e-hailing yang diluluskan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) beroperasi dalam negara. Persaingan akibat tidak ada penetapan harga lantai yang seragam akan menjejaskan pendapatan pemandu. – RELEVAN

    e-hailing featured gabungan e-hailing malaysia kerjaya
    Artikel Terkini

    Makan durian sambil beringat

    July 4, 2025

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.