Facebook Twitter
    Trending
    • Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya
    • ‘Craving’ sesuatu? Ini petanda yang perlu diberi perhatian
    • Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini
    • Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha
    • Manfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat
    • Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA
    • 5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian
    • Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ‘Craving’ sesuatu? Ini petanda yang perlu diberi perhatian

      May 28, 2026

      Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha

      May 27, 2026

      Manfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat

      May 26, 2026

      Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA

      May 26, 2026

      Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

      May 22, 2026
    • Kewangan

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026

      Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

      May 6, 2026
    • Pendidikan

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026

      10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN

      May 18, 2026

      Guru bukan pengganti ibu bapa

      May 15, 2026

      10 menara tertinggi di dunia, Malaysia di tangga kedua

      May 12, 2026
    • Kerjaya

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026

      Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

      May 20, 2026

      Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar

      May 19, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Cara memanfaatkan ChatGPT untuk hasil kerja yang lebih produktif

    Cara memanfaatkan ChatGPT untuk hasil kerja yang lebih produktif

    By Umi FatehahApril 12, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ChatGPT merupakan perisian kecerdasan buatan yang menjawab pertanyaan seperti anda sedang bertanya kepada manusia. - ANDREW NEEL/UNSPLASH

    SEBELUM INI, Relevan kongsikan sebuah artikel mengenai pekerjaan yang terancam akibat kemunculan ChatGPT yang ditulis sepenuhnya oleh perisian ChatGPT dengan panduan yang diberikan oleh penulis Relevan. 

    Bagi artikel kali ini, Relevan tampilkan pula cara-cara menggunakan ChatGPT dengan lebih produktif untuk kerjaya seperti yang dikongsikan oleh penulis di DeskTime, Viesturs Abelis.

    Sedikit penerangan bagi anda yang masih kurang jelas tentang apa itu ChatGPT, ia merupakan perisian kecerdasan buatan yang menjawab pertanyaan seperti anda sedang bertanya kepada manusia. 

    Ia telah dilatih dengan beribu, atau mungkin berjuta-juta maklumat yang pelbagai. Oleh itu, ia mampu memahami konteks berkaitan apa sahaja yang ditanya dan boleh menjana respons yang bijak.

    Cara terbaik untuk memahami dengan lebih mendalam tentang apa itu ChatGPT adalah dengan mencubanya sendiri. Sesiapa sahaja boleh mula menggunakannya secara percuma selepas mendaftar akaun di laman web OpenAI.

    Berikut merupakan lima cara produktif menggunakan ChatGPT yang boleh diaplikasikan ketika anda bekerja.

    • Ringkaskan laporan, nota mesyuarat dan lain-lain

    ChatGPT boleh menganalisis teks yang panjang dengan cepat dan mengenal pasti perkara penting. 

    Sebagai contoh, daripada menghabiskan satu jam membaca transkrip mesyuarat untuk mengekstrak maklumat penting untuk menulis laporan, apa kata anda meminta ChatGPT melakukannya. Bukan sahaja memudahkan kerja anda, malah lebih menjimatkan masa.

    Ingat, lebih banyak konteks yang anda berikan, lebih bagus hasilnya. ChatGPT mungkin menghasilkan ringkasan mesyuarat yang lebih baik jika anda turut menyatakan elemen seperti siapa yang hadir, agenda mesyuarat dan memberikan maklumat latar belakang yang lain.

    • Dapatkan inspirasi – biar ChatGPT membantu anda menghasilkan idea

    Jika anda kehabisan idea, ChatGPT boleh menjadi salah satu alat yang baik untuk anda mencari ilham dan menyelesaikan tugas yang diberikan. 

    Bermula dengan nama perniagaan, idea reka bentuk, topik artikel, penjanaan konsep dan hampir semua perkara lain yang terlintas di fikiran boleh meminta bantuan ChatGPT untuk melonjakkan imaginasi dan kreativiti sehingga menghasilkan produk akhir yang baik.

    • Tingkatkan dan perbanyakkan penyelidikan dalam sesuatu topik

    Apabila menyelidik berkaitain sesuatu topik, ChatGPT boleh menjadi alat yang sangat membantu untuk mengumpul maklumat dan memahami konsep. 

    Ini amat berguna sekiranya anda sedang mempelajari sesuatu yang baharu kerana ChatGPT bukan sahaja mempunyai akses kepada sejumlah besar maklumat, tetapi juga boleh menerangkannya dengan cara yang lebih mudah faham.

    Selain itu, walaupun ChatGPT biasanya tidak akan memberikan rujukan dalam respons berasaskan teksnya, anda masih boleh mendapatkannya dengan meminta sumber secara jelas. Ini mungkin akan membantu pelajar-pelajar universiti untuk menjalankan kajian mereka dengan lebih baik dan mudah.

    • Menganalisis data

    Memandangkan ChatGPT dapat membaca dan memahami kuantiti teks dan data yang banyak dengan cepat, anda boleh menggunakannya untuk mendapatkan ringkasan pantas daripada laporan, artikel dan kandungan berskala besar yang lain. 

    Ia juga sangat baik untuk menganalisis kandungan bentuk pendek seperti taklimat. Sebagai contoh, jika pelanggan menghantar ringkasan yang sukar difahami, anda boleh menggunakan ChatGPT untuk membantu anda memahaminya dan menggariskan beberapa tindakan yang perlu dilakukan bagi menyelesaikan masalah.

    • Terjemah teks dan dokumen

    Ciri ChatGPT yang kurang dikenali ialah ia boleh digunakan sebagai penterjemah, walaupun fungsi asalnya bukan untuk digunakan dengan cara ini. Jadi, mungkin anda perlu berhati-hati apabila meminta ChatGPT melakukan terjemahan.

    Seperti biasa, berikan teks kepada ChatGPT dan tambah butiran tambahan untuk hasil yang lebih baik. Masukkan prompt atau arahan terjemah kepada bahasa yang anda inginkan seperti “translate this text into Mandarin”.

    Ya, tidak dinafikan ChatGPT hebat dan boleh membantu anda meningkatkan produktiviti secara mendadak di tempat kerja. 

    Walau bagaimanapun, anda perlu berhati-hati, ia kadangkala membuat kesilapan, salah faham permintaan dan fungsinya juga mungkin terhad kepada data yang pembangun programkan dalam ChatGPT.

    Oleh itu, pihak pembangun telah menyatakan pada halaman utama platform bahawa ChatGPT:

    • Mungkin menjana maklumat yang salah
    • Mungkin menghasilkan arahan yang berbahaya atau kandungan bersifat berat sebelah
    • Mempunyai pengetahuan terhad tentang dunia dan peristiwa selepas 2021

    Ini bermakna anda harus sentiasa berusaha untuk menganalisis respons dan cuba mengelak daripada menggunakan apa sahaja yang dijana oleh ChatGPT secara membuta tuli. 

    Ini juga merupakan sebab mengapa anda tidak perlu bimbang untuk digantikan oleh ChatGPT pada masa hadapan. Kecerdasan manusia masih diperlukan di samping penciptaan kecerdasan buatan yang semakin canggih. – RELEVAN

    Previous ArticlePantun: Pusaka Melayu yang diiktiraf antarabangsa
    Next Article Jangan biar Ramadan, Syawal jadi pesta belanja

    Artikel berkaitan

    Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

    May 29, 2026

    ‘Craving’ sesuatu? Ini petanda yang perlu diberi perhatian

    May 28, 2026

    Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

    May 28, 2026

    Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha

    May 27, 2026

    Manfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat

    May 26, 2026

    Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA

    May 26, 2026
    Artikel Terkini

    Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

    May 29, 2026

    ‘Craving’ sesuatu? Ini petanda yang perlu diberi perhatian

    May 28, 2026

    Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

    May 28, 2026

    Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha

    May 27, 2026

    Manfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat

    May 26, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.