Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Belanjawan 2023: Kawalan harga makanan, pemberian inisiatif kepada pengusaha agromakanan

    Belanjawan 2023: Kawalan harga makanan, pemberian inisiatif kepada pengusaha agromakanan

    By Umi FatehahFebruary 27, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KADAR inflasi makanan dicatatkan jumlah tertinggi iaitu 5.8%. - GAMBAR OLEH JABATAN PENERANGAN

    MERUJUK kepada pembentangan Belanjawan 2023 baru baru ini, kadar inflasi 2022 berada pada 3.3 peratus (%) dengan kadar inflasi makanan dicatatkan jumlah tertinggi iaitu 5.8%. 

    Kadar inflasi tahun ini dijangka sama seperti tahun 2022. Namun, akan menjadi lebih tinggi jika ketidaktentuan rantaian bekalan global tidak ditangani.

    Kadar inflasi terus menekan disebabkan harga komoditi dunia yang masih tinggi dan gangguan rantaian bekalan makanan saat ini kesan daripada perang Rusia-Ukraine.

    Berikut merupakan beberapa inisiatif yang akan dilakukan oleh kerajaan bagi mengatasi masalah inflasi makanan.

    1. Penghasilan makanan mengikut permintaan komuniti

    Aktiviti ekonomi disertai hendaklah memenuhi keperluan komuniti setempat terutamanya sektor agropertanian dan makanan untuk memastikan permintaan berterusan.

    Menyokong hasrat yang sama, kerajaan menyediakan RM30 juta untuk menyokong usaha yang dibuat oleh United Nations Development Programme (UNDP) dan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia yakni bagi memperbanyak aktiviti berkaitan Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals, SDG). 

    Ini termasuklah RM10 juta untuk menggerakkan program kebun komuniti di peringkat Parlimen bagi menyokong agenda keterjaminan makanan.

    2. Kawalan harga bekalan makanan

    Dalam mengatasi masalah kenaikan harga barang dan gangguan bekalan makanan, sektor agromakanan perlu dirombak dengan mengutamakan kemandirian pengeluaran makanan tempatan melalui automasi dan pendigitalan.

    Bagi memastikan bekalan makanan pada harga berpatutan, pengeluaran makanan perlu ditingkatkan supaya berskala besar dan berdaya saing. 

    Melalui sokongan kerajaan, syarikat Farm Fresh telah muncul sebagai pengeluar susu segar utama di Malaysia. 

    Oleh itu, kerajaan akan menggalakkan pelaburan swasta berasaskan pertanian berskala besar antara lain melalui penyediaan insentif, tanah, pembiayaan dan geran teknologi.

    3. Pemberian inisiatif dana dan latihan kepada pengusaha agromakanan

    Bank Negara Malaysia (BNM) merupakan antara yang menyediakan dana sehingga RM1 bilion di bawah Skim Pembiayaan Agrofood bagi membantu pengusaha agromakanan meningkatkan produktiviti pengeluaran.

    Dari sudut latihan dan bimbingan, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperluas penganjuran program Digital AgTech untuk melatih lebih ramai pekebun kecil beradaptasi dengan teknologi. 

    Inisiatif ini dianggarkan dapat memanfaatkan 100 Pertubuhan Peladang Kawasan seluruh negara dengan peruntukan sebanyak RM10 juta.

    Bagi meningkatkan kecekapan dengan penggunaan teknologi dalam sektor pertanian, kerajaan bercadang untuk memberi Elaun Modal Dipercepatkan dan mengecualikan cukai pendapatan sebanyak 100 peratus ke atas perbelanjaan modal.

    Dalam masa yang sama, tempoh permohonan galakan cukai bagi projek pengeluaran bahan makanan dilanjutkan sehingga akhir tahun 2025. Skop galakan turut diperluas merangkumi projek pertanian moden berasaskan Pertanian Persekitaran Terkawal.

    Kerajaan akan menyediakan RM30 juta untuk bekerjasama dengan beberapa kerajaan negeri bagi melaksanakan projek-projek agromakanan.

    Kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) termiskin mengikut data e-Kasih. 

    Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600 kepada mereka.

    4. Manfaat tanah untuk penanaman makanan dan pertanian

    Sebanyak 1.2 juta hektar tanah negara dimanfaatkan untuk tujuan tanaman makanan manakala tujuh juta hektar bagi tanaman kelapa sawit dan getah.

    Kerajaan juga bercadang supaya Felda, Felcra, Risda dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyuburkan tanah-tanah terbiar milik mereka dengan keluasan sehingga 800 ekar untuk projek tanaman makanan.

    Kementerian Pertahanan dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) berserta syarikat lain juga akan melaksanakan projek peningkatan pertanian bijirin jagung domestik selain untuk meningkatkan keterjaminan makanan, malah memberi peluang kerjaya kepada veteran tentera. 

    LTAT juga menyediakan 70 ekar tanah perladangan untuk melaksanakan projek ini.- RELEVAN

    Previous ArticleTiada kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam
    Next Article 7 perbandingan perkara utama dalam Belanjawan 2023 dan Bajet 2023

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.