Facebook Twitter
    Trending
    • Red flag awal serangan jantung
    • 5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama
    • Adakah kewangan anda stabil?
    • Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur
    • 6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan
    • Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet
    • 7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah
    • Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Red flag awal serangan jantung

      November 21, 2025

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur

      November 20, 2025

      Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

      November 19, 2025

      Risiko terlalu lama depan laptop

      November 18, 2025

      8 hidangan brunch sihat dan mudah

      November 17, 2025
    • Kewangan

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025
    • Pendidikan

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur

      November 20, 2025

      Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

      November 20, 2025

      7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

      November 20, 2025

      NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

      November 14, 2025

      Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

      November 13, 2025
    • Kerjaya

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Belanjawan 2023: Kerajaan mahu noktahkan kemiskinan tegar

    Belanjawan 2023: Kerajaan mahu noktahkan kemiskinan tegar

    By February 25, 20235 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KERAJAAN menyasarkan untuk menghapuskan golongan miskin tegar melalui inisiatif dalam Belanjawan 2023. - GRAFIK OLEH RELEVAN

    KERAJAAN tidak pernah meminggirkan golongan rentan berpendapatan rendah dalam setiap pembentangan belanjawan. 

    Namun, Belanjawan 2023 turut menggariskan beberapa inisiatif bagi membantu golongan berpendapatan sederhana.

    Berikut Relevan senaraikan inisiatif dalam Belanjawan 2023 yang bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana menghadapi cabaran ekonomi pada tahun ini.

    • Sumbangan Tunai Rahmah

    Beberapa pembaharuan dibuat untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR), termasuk melayakkan isi rumah berpendapatan kurang RM2,500 menerima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak. 

    Kerajaan juga akan memberikan sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih. Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan baucar makanan asas bernilai RM600.

    Secara keseluruhannya, STR akan membantu meringankan beban sara hidup hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan hampir RM8 bilion. 

    Walaupun STR dikaitkan sebagai bantuan kepada golongan B40, mengambil kira bilangan penerima, STR telah memanfaatkan lebih 60 peratus rakyat dewasa negara.

    • Bantuan pesawah padi

    Kerajaan akan meneruskan penyaluran pelbagai subsidi dan insentif seperti harga padi, baja padi dan padi huma kepada pesawah padi dengan peruntukan RM1.6 bilion.

    Sumbangan tunai turut diberikan kepada pesawah padi sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim, melibatkan 240,000 pesawah dengan peruntukan RM228 juta.

    Selain sumbangan RM60 juta, Padiberas Nasional Berhad (Bernas) turut bersetuju membuat perkongsian keuntungan daripada import beras dengan menyumbang 30 peratus keuntungan bersih kepada pesawah padi.

    • Bantuan pekebun kecil getah

    Bagi meningkatkan pendapatan minimum penoreh getah, kerajaan bersetuju menaikkan Paras Harga Pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah daripada RM2.50 kepada RM2.70 sekilogram dengan peruntukan RM350 juta.

    Kerajaan juta bersetuju menaikkan sumbangan musim tengkujuh daripada RM600 kepada RM800 untuk tempoh empat bulan. Ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung 320,000 pekebun kecil dengan peruntukan RM256 juta.

    Bagi meningkatkan permintaan getah sekali gus menambah pendapatan pekebun kecil, kerajaan akan menyediakan RM50 juta untuk menggunakan Cuplumb Modified Bitumin (CMB) bagi penyelenggaraan jalan. 

    • Cukai pendapatan M40 dikurangkan

    Bermula 2023, kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan sebanyak dua peratus melibatkan setiap banjaran pendapatan lebih RM35,000 hingga RM100,000. Pengurangan itu dijangka dapat memberikan kira-kira 2.4 juta pembayar cukai dengan lebihan pendapatan boleh guna sehingga RM1,300.

    • PEKA B40

    Bermula 2019, kerajaan telah memperkenalkan Skim Peduli Kesihatan (PEKA B40) bagi menyediakan pemeriksaan atau saringan awal khas untuk golongan B40. Kerajaan menyediakan RM80 juta bagi memperkasa skim ini dengan turut merangkumi saringan penyakit kencing manis.

    • Inisiatif untuk  PPR

    Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan disediakan peruntukan RM50 juta bagi memastikan keadaan yang selamat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dengan keutamaan mengganti lif-lif yang telah usang.

    Bagi mempercepat proses perolehan, had sebut harga perolehan kerja penyelenggaraan dan pembaikan lif ditingkatkan kepada MR1.2 juta berbanidng RM500,000.

    Kerajaan juga akan menyediakan capaian internet percuma di 56 PPR terpilih untuk manfaat komuniti setempat.

    RM15 juta disediakan untuk menyokong usaha pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan kelas pemulihan untuk anak-anak yang masih tercicir dalam pembelajaran manakala RM30 juta disediakan bagi mempergiat aktiviti ekonomi rakyat seperti perusahaan makanan menggunakan platform Cloud Kitchen di bawah seliaan Yayasan Hasanah.

    Beberapa projek PPR baharu juga sedang dilaksanakan melibatkan peruntukan RM367 juta untuk manfaat 12,400 bakal penghuni baharu. Selain itu, program Rumah Mesra Rakyat di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang melibatkan pembinaan 4,250 unit rumah dengan peruntukan RM358 juta.

    • Tambahan caruman KWSP

    Kerajaan bersetuju menambah caruman simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Akaun 1 sebanyak RM500 untuk ahli yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP kurang RM10,000.

    Program itu akan memberi manfaat kepada hampir dua juta ahli KWSP melibatkan peruntukan hampir RM1 bilion.

    • Subsidi yuran taska

    Kerajaan akan menyediakan subsidi yuran taska sebanyak RM180 sebulan untuk penjawat awam dan menaikkan had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah yang layak daripada RM5,000 kepada RM7,000.

    • Sumbangan GLC, GLIC

    Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) akan memberikan sumbangan sosial korporat sehingga RM250 juta bagi menumpukan usaha membantu golongan rakyat termiskin termasuk komuniti miskin bandar bagi emningkatkan mutu kehidupan.

    • Menoktahkan kemiskinan tegar

    Kerajaan akan melaksanakan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang akan menumpukan pengupayaan golongan miskin supaya dapat meningkatkan potensi pendapatan mereka. Sejumlah RM750 juta peruntukan disediakan untuk 2023 kepada Kementerian Ekonomi bagi menjayakan inisiatif ini.

    • Pendekatan baharu atasi miskin tegar

    Beberapa pendekatan baharu akan dilaksana untuk mengatasi kelemahan pelaksanaan bagi meningkatkan keupayaan isi rumah miskin tegar meraih pendapatan. 

    Ini termasuk menghentikan pemberian bantuan dan kemudahan secara sekali gus kepada peserta, sebaliknya melaksanakan pemberian secara bulanan dan dipantau, sama ada dalam bentuk sewa beli kelengkapan atau subsidi penggajian untuk majikan yang mengambil peserta miskin tegar bekerja.

    Aktiviti ekonomi yang disertai hendaklah yang memenuhi keperluan komuniti setempat terutamanya sektor agropertanian dan makanan bagi memastikan permintaan berterusan.

    Program ini menyasarkan peserta meraih pendapatan antara RM2,000 hingga RM2,500 dalam tempoh pemantauan 24 bulan dan selepas itu dapat menjana pendapatan sendiri melalui hasil yang diperolehi.

    • Segerakan kemas kini data

    Kerajaan membayar bantuan kebajikan bernilai RM2.5 bilion kepada lebih 400,000 penerima. Bagi menyegerakan kemas kini data dan memastikan tiada lagi yang tercicir daripada menerima bantuan, kerajaan akan melaksanakan pemutihan senarai penerima bantuan bulanan kerajaan antara Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dengan Jabatakan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah satu pangkalan data.

    • Hasil petroleum untuk miskin tegar

    Premier Sarawak dan Ketua Menteri Sabah telah bersetuju untuk menggunakan sebahagian bayaran hasil petroleum ke Sarawak dan Sabah bagi program pembasmian kemiskinan tegar.

    Kementerian Kewangan juga akan memperuntukkan sebahagian daripada Wang Ehsan Kelantan dan Terengganu untuk disalurkan secara langsung, khususnya untuk membantu golongan miskin.

    • Subsidi untuk rakyat termiskin

    Kerajaan menyediakan sehingga RM64 bilion dalam bentuk subsidi, bantuan serta insentif. Sejumlah besar dana itu adalah untuk meminimumkan kos sara hidup melalui kawalan harga barang, bantuan kewangan dan memberi perkhidmatan kepada rakyat terbanyak.

    • Jualan Rahmah

    Kerajaan melaksanakan Jualan Rahmah yang menawarkan barangan asas dengan harga sehingga 30 peratus lebih murah berbanding pasaran. Kerajaan menyediakan RM100 juta untuk menjayakan program itu di setiap kawasan Parlimen.

    • Program pengedaran barangan keperluan asas

    Kerajaan akan meningkatkan peruntukan daripada RM200 juta kepada RM225 juta bagi memperluas program pengedaran barangan keperluan asas ke 25 kawasan baharu antaranya di Paloh dan Passin, Sarawak; Pasir Raja, Terengganu dan Kuala Krai, Kelantan. – RELEVAN

    Belanjawan 2023 featured kemiskinan kewangan KU SYAFIQ KU FOZI

    Artikel berkaitan

    Red flag awal serangan jantung

    November 21, 2025

    5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

    November 21, 2025

    Adakah kewangan anda stabil?

    November 20, 2025

    Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur

    November 20, 2025

    6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

    November 20, 2025

    Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

    November 20, 2025
    Artikel Terkini

    Red flag awal serangan jantung

    November 21, 2025

    5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

    November 21, 2025

    Adakah kewangan anda stabil?

    November 20, 2025

    Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur

    November 20, 2025

    6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

    November 20, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.