Facebook Twitter
    Trending
    • Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya
    • Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas
    • Beli kereta atau rumah dahulu?
    • Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!
    • James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden
    • Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia
    • Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti
    • Makan durian sambil beringat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

      July 11, 2025

      Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

      July 7, 2025

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025
    • Kewangan

      Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

      July 17, 2025

      Beli kereta atau rumah dahulu?

      July 14, 2025

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025
    • Pendidikan

      Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

      July 16, 2025

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025
    • Kerjaya

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Zulkifli anak Melayu pertama wakili bank Jepun di Malaysia

    Zulkifli anak Melayu pertama wakili bank Jepun di Malaysia

    By February 23, 20236 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ZULKIFLI (kiri) ketika menerima menerima pingat Darjah Order Of The Rising Sun Maharaja Jepun pada tahun 2018.

    MENJADI kumpulan pertama pelajar di bawah Dasar Pandang ke Timur bukan sahaja mengubah hidup Datuk Zulkifli Malek, 61, yang merupakan anak setinggan Kampung Medan, Petaling Jaya tetapi mengukuhkan lagi hubungan Malaysia-Jepun.

    Jasanya dalam bidang perbankan, sosial, pendidikan dan sebagai pemudah cara dalam urusan pelabur-pelabur dari Jepun telah melayakkan beliau untuk menerima pingat Darjah Order Of The Rising Sun Maharaja Jepun pada 2018.

    Tawaran belajar di Universiti Hitosubashi yang merupakan sekolah perniagaan nombor satu di Jepun memberi peluang kepada beliau untuk mempelajari cara hidup orang Jepun, baik dalam aspek kehidupan mahupun dalam urusan perniagaan.

    BUDAYA MENGURAT

    Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perdagangan itu dapat menghayati sepenuhnya tertib orang Jepun ketika beliau diterima masuk bekerja dengan Yasuda Trust Bank, sebuah bank amanah saham terbesar di Jepun. Kini namanya telah ditukarkan kepada Mizuho Trust Bank.

    “Di sini saya memahami cara Jepun melahirkan ahli perbankan kelas dunia. Proses mempersiap insan itu sangat luar biasa.

    “Temu duga sudah pelik. Ketika saya di tahun akhir pengajian, boleh kata setiap hari senior daripada bank tersebut datang berbual dengan saya semasa masa makan tengah hari dan rutin itu berlaku hampir setahun.

    “Mereka mengambil masa ‘mengurat’ yang lama untuk memastikan kita benar-benar sesuai dengan organisasi itu,” katanya yang berasal dari Merlimau, Melaka.

    Tambahnya, budaya ‘mengurat’ itu turut diamalkan oleh bank-bank lain bagi mencari calon pekerja yang sesuai dalam kalangan pelajar tahun akhir di universiti.

    ZULKIFLI menerima tawaran belajar di Universiti Hitosubashi yang merupakan sekolah perniagaan nombor satu di Jepun.- FOTO OLEH MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI

    Beliau akhirnya memilih Yasuda Trust Bank kerana itu adalah pesanan profesornya yang menasihatkan beliau agar memilih syarikat besar.

    “Nanti habis belajar awak pergilah bekerja dengan syarikat terbesar di dunia. Syarikat besar ibarat kolam yang besar, awak bebas berenang ke sana ke mari.

    “Apabila kelak awak masuk dalam kolam kecil, awak akan menjadi ikan yang besar,” demikian analogi profesor itu.

    ARTIKEL BERKAITAN: Bahana anak muda tolak pelajaran – Relevan

    Zulkifli adalah salah seorang daripada 146 eksekutif pelatih yang diterima masuk bertugas di bank tersebut dan merupakan satu-satunya orang Melayu bekerja di situ.

    Dalam surat tawaran kerja tertera tarikh lapor diri dan juga permintaan untuk eksekutif pelatih membawa bersama salinan ijazah termasuk persalinan harian, pakaian sukan dan peralatan mandi untuk tiga hari.

    “Pada hari lapor diri itu, kami dipanggil seorang demi seorang naik ke atas pentas bertemu dengan presiden bank dan menerima lencana masing-masing.

    “Saya terkejut dengan tindakan presiden yang meronyokkan salinan ijazah kami dan baling dalam satu kotak, kemudian beliau menyematkan lencana di dada sambil mengucapkan selamat datang ke Yasuda Trust Bank.

     PEGAWAI BANK TERBAIK DUNIA

    “Rasa geram juga ada. Kenapa presiden mengonyokkan salinan ijazah itu? Penat-penat belajar. Sebelum turun pentas pentas kami diberikan kamus Inggeris-Inggeris,” ceritanya yang mengimbau kembali kenangan.

    Persoalan yang bermain di fikiran terjawab apabila presiden memberitahu sebab beliau berbuat demikian.

    “Saya meronyokkan dan buang salinan ijazah anda semua kerana saya tidak kisah tentangnya. Saya akan latih anda untuk menjadi pegawai bank terbaik di dunia.

    “Saya memberikan anda kamus Inggeris-Inggeris dan bukannya Inggeris-Jepun kerana kita akan pergi global,” jelas presiden itu.

    Selepas mendengar ucapan presiden bank tersebut, Zulkifli rasa teruja kerana pada hari pertama lapor diri sudah dijelaskan visi. Barulah beliau tahu begitu rupanya bekerja dengan bank kelas dunia.

    Selepas itu, kesemua eksekutif pelatih tersebut dibawa menaiki bas menuju ke pusat latihan yang mengambil masa dua jam dari bandar Tokyo dan terletak berhampiran pantai.

    Di situ mereka semua menjalani latihan yang tidak masuk akal, antaranya berlatih menulis nombor kosong hingga sembilan seperti budak tadika dengan menyambung titik-titik yang membentuk nombor tersebut.

    “Kami diberitahu, untuk menjadi pegawai bank yang bagus hendaklah menulis nombor dengan betul.

    “Sehari kami perlu tulis 30 helai kertas dan jika melakukan kesilapan, akan didenda dengan menulis lebih banyak.

    “Bayangkan saya ada ijazah daripada sekolah perniagaan terbaik tetapi perlu lalui pembelajaran asas,” tuturnya sambil ketawa.

    Tidak terhenti disitu, Zulkifli juga perlu belajar tunduk hormat (aisatsu) sambil menghadap laut dengan mengucapkan selamat pagi, terima kasih dan meminta maaf.

    Setiap satu ucapan itu memerlukan darjah tunduk yang berbeza dan pastinya beliau tidak terlepas membuat kesilapan kerana ia perkara baharu, berbeza dengan rakan-rakan pelatih lain yang telah dilatih sejak kecil dengan aisatsu kerana mereka orang Jepun.

    ZULKIFLI dibesarkan di kawasan setinggan di Kampung Medan, Petaling Jaya, Selangor.- FOTO OLEH MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI

    Dalam tempoh latihan itu juga, mereka banyak didedahkan dengan permainan menguruskan aliran tunai dan membuat lakonan (role play) dengan memegang pelbagai watak seperti pegawai bank, pelabur, pembekal, pekerja, suri rumah dan pelbagai lagi.

    ARTIKEL BERKAITAN: Belajar dari lirik 10 lagu yang tak menang AJL – Relevan

    Selepas tiga bulan latihan, masing-masing dilepaskan ke kawasan perumahan untuk mencari pelanggan.

    “Saya membawa pulang senarai nama yang banyak kerana apabila mereka mengetahui saya orang Malaysia, kami bertukar-tukar cerita mengenai negara masing-masing.

    “Walaupun hari itu saya tidak berjaya mendapatkan pelanggan tetapi pihak bank sangat gembira kerana saya membawa pulang senarai nama yang paling banyak.

    “Barulah saya tahu yang pangkalan data itu sangat penting dalam dunia perbankan,” ujar bapa kepada tiga orang cahaya mata itu.

    Selepas tamat latihan, hanya 10 orang dihantar ke ibu pejabat dan Zulkifli salah seorang daripada mereka. Rupa-rupanya mereka inilah orang yang akan menerajui cabang-cabang antarabangsa.

    BERTUGAS DI SINGAPURA

    “Selama enam bulan di ibu pejabat, saya melalui proses pertukaran jabatan terlalu cepat.

    “Sebenarnya mereka mahu saya mengenali semua orang yang bekerja di ibu pejabat. Apabila saya dihantar ke luar negara kelak dengan mereka inilah saya akan berurusan dan ia akan menjadi lebih mudah kerana masing-masing saling mengenali,” terangnya.

    Dalam pada itu, ketika dihantar bertugas di Singapura, beliau masih memegang jawatan eksekutif pelatih sedangkan sudah bertugas selama lima tahun.

    Namun, gaji yang dibayar cukup besar iaitu AS$3,800 (RM16,841) dengan disediakan pemandu, rumah dan pembantu rumah.

    “Pihak imigresen Singapura juga pelik dengan jawatan saya sebagai eksekutif pelatih. Lantas mereka menghantar surat kepada pihak bank bertanyakan perkara ini.

    “Pihak bank membalas surat itu dengan memberitahu, kami mahu melatihnya menjadi pengurus besar. Benar, selepas itu saya dilantik meneraju cawangan bank itu di Malaysia dan merupakan orang Melayu pertama yang mewakili bank Jepun di negara ini.

    “Inilah tertib orang Jepun dan segala latihan yang diberikan kepada saya dari awal adalah untuk mempersiap manusia itu dahulu, barulah masuk kepada urusan perniagaan,” katanya.

    Jelas beliau, syarikat-syarikat di Jepun melakukan proses yang serupa untuk mempersiap pekerja. Mereka perlu mula dari bawah dan bukannya terus menyandang kerusi empuk.

    “Kawan saya seorang jurutera diberi tugasan mop lantai selama tiga bulan ketika mula-mula bertugas,” ujarnya sambil memberitahu semua proses itu bertujuan menjadikan kita bos yang faham penat lelah orang bawah dan tidak memberi arahan sesuka hati.- RELEVAN

    bank dunia featured global jepun zubaidah
    Artikel Terkini

    Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

    July 17, 2025

    Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

    July 16, 2025

    Beli kereta atau rumah dahulu?

    July 14, 2025

    Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

    July 11, 2025

    James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

    July 9, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.