Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Buku untuk anak bangsa

    Buku untuk anak bangsa

    By Zubaidah IbrahimFebruary 23, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PROSES bergelar pegawai bank terbaik dunia dan pengalaman bekerja dengan orang Jepun diabadikan dalam buku bertajuk 27 Tertib Mazhab Bisnes Jepun. - FOTO OLEH MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI

    SEPANJANG 10 tahun bertugas bersama Yasuda Trust Bank, Zulkifli telah ditempatkan di Tokyo, Singapura, Jakarta, Labuan dan Kuala Lumpur.

    Langit tidak selalunya cerah apabila pada 1996, kerajaan Jepun merancang untuk menstrukturkan semula industri perbankan mereka dengan lima bank berbeza digabung menjadi MIZUHO Financial Group.

    Yasuda Trust Bank juga tidak terkecuali daripada penggabungan itu. Ekoran keputusan tersebut, cawangan di Kuala Lumpur terpaksa ditutup.

    Setelah penutupan cawangan, Zulkifli dilantik sebagai penasihat negara untuk bank tersebut selama lima tahun.

    Selepas itu, beliau mengambil keputusan mengubah haluan baharu dengan menjalankan perniagaan sendiri.

    Syarikat multinasional Jepun

    Rentetan daripada pengalaman bertugas di bank terbaik dunia dan hubungan baik dengan masyarakat Jepun, kini beliau merupakan pengerusi dan lembaga pengarah untuk lebih 10 syarikat multinasional Jepun.

    Proses bergelar pegawai bank terbaik dunia dan pengalaman bekerja dengan orang Jepun diabadikan dalam buku bertajuk 27 Tertib Mazhab Bisnes Jepun.

    SELAIN buku 27 Tertib Mazhab Bisnes Jepun, Zulkifli juga menulis
    dua lagi buku iaitu Samurai Kampung Medan dan Kakehashi serta satu buku yang diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun.- FOTO OLEH MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI

    Zulkifli berkata, tertib yang dikongsikan dalam buku tersebut adalah kunci kejayaan syarikat-syarikat dari Jepun sehingga usia perniagaan mencecah lebih 100 tahun.

    “Saya tidak mengharapkan anda menjadi orang Jepun tetapi mahu menekankan pentingnya melentur buluh dari rebungnya.

    “Cucu saya yang belajar di tadika Jepun sudah diajarkan 5S tetapi kita belajar mengenainya ketika bekerja di syarikat,” terangnya.

    Buku ini ada tiga fasa iaitu permulaan (start-up), pembangunan (scale-up) dan legasi.

    Tambah beliau, penghasilan buku ini bukan hanya untuk mereka yang bergelar usahawan mahupun ahli perniagaan, malah ia sesuai dijadikan panduan seisi keluarga.

    Sebagai contoh, di bahagian pengenalan beliau mengupas mengenai moral (doutoku).

    “Kalau perkara moral itu diubah dalam bentuk tindakan, ia akan mengubah bangsa kita. Itulah sebenarnya tujuan penulisan buku ini.

    Perangai berniaga

    “Jika buku ini diguna pakai oleh pelbagai lapisan masyarakat tidak kira di tadika hingga orang dewasa, ia akan mengubah cara berfikir.

    “Saya pernah membawa usahawan-usahawan ke Jepun untuk melihat sendiri perangai orang Jepun berniaga.

    Selepas dipertontonkan semua itu mereka mengakui banyak perkara yang tidak dibuat,” ujarnya.

    Di samping buku 27 Tertib Mazhab Bisnes Jepun, beliau juga menulis dua lagi buku iaitu Samurai Kampung Medan dan Kakehashi.

    Selain itu, beliau turut menterjemah buku penulisan Datuk Ismail Kamus yang bertajuk Indahnya Hidup Bersyarat ke dalam bahasa Jepun.

    “Projek buku terjemahan ini sangat bermakna bagi saya sebagai membalas budi baik mereka, saya mahu hadiahkan orang Jepun syahadah. Buku ini diedarkan secara percuma.

    “Saya mempunyai hubungan rapat dengan orang Jepun yang mana mereka menganggap saya seperti anak dan keluarga sendiri. Semoga buku ini dapat mengetuk pintu hati mereka,” katanya.- RELEVAN

    Previous ArticleZulkifli anak Melayu pertama wakili bank Jepun di Malaysia
    Next Article Mengingati pemergian Sudirman, penghibur legenda sepanjang zaman

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.