Facebook Twitter
    Trending
    • 10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa
    • Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya
    • Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa
    • 7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 
    • Elak 7 kesilapan ini ketika sahur
    • 10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’
    • Masih dilema memilih jurusan apa? Ini kata pakar
    • Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026

      Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

      February 13, 2026
    • Kewangan

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026
    • Pendidikan

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026

      Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

      February 20, 2026

      Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

      February 18, 2026

      10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’

      February 18, 2026

      Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu

      February 16, 2026
    • Kerjaya

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 perkara yang perlu diberi perhatian dalam pembentangan Belanjawan 2023

    5 perkara yang perlu diberi perhatian dalam pembentangan Belanjawan 2023

    By KU SYAFIQ KU FOZIFebruary 22, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    RAKYAT menantikan kandungan Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - GAMBAR UTUSAN

    BELANJAWAN 2023 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 24 Februari ini akan mencatat beberapa sejarah tersendiri.

    Pertama, ia merupakan belanjawan pertama yang disediakan oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kedua, ini juga pembentangan pertama oleh beliau selepas kali terakhir melakukannya pada 1997.

    Belanjawan kali ini pasti ditunggu-tunggu oleh rakyat. Ia boleh menjadi gambaran terhadap haluan ekonomi yang dipegang kerajaan hari ini. 

    Rakyat juga menanti dan bakal membandingkan belanjawan kali ini dengan Bajet 2023 yang dibentang kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada tahun lalu.

    Sebelum kita mengikuti pembentangan tersebut Jumaat ini, Relevan (https://relevan.com.my/) mahu berkongsi perkara-perkara penting yang perlu diperhatikan dalam Belanjawan 2023 nanti.

    Ini antara isu-isu yang sering mendapat perhatian masyarakat dan penganalisis. Kita semak satu persatu, apa jangkaan dan perbandingan setiap isu dengan belanjawan yang terdahulu.

    • Jumlah peruntukan

    Dalam Bajet 2023, kerajaan memperuntukkan RM372.3 bilion, meningkat berbanding RM332 bilion dalam Bajet 2022.

    Setiap tahun, jumlah peruntukan kebiasaannya mencatat jumlah tertinggi. Jarak masa setahun meninggalkan impak pengurangan nilai yang agak besar kepada mata wang disebabkan inflasi.

    Namun, tempoh kira-kira empat bulan antara pembentangan Bajet 2023 dengan Belanjawan 2023 mungkin tidak meninggalkan impak inflasi yang besar.

    Dengan kenyataan beberapa pemimpin kerajaan yang mahu menjimatkan perbelanjaan dan mengurangkan defisit negara, kita pasti tertunggu jumlah peruntukan dalam belanjawan kali ini. Adakah lebih besar atau terdapat pengurangan yang signifikan berbanding tahun lalu?

    • Defisit

    Kerajaan terdahulu berjaya mengawal dan mengurangkan paras defisit kepada 5.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2022. Ia lebih rendah berbanding jangkaan 6.0 peratus.

    Dalam pembentangan Bajet 2023, jangkaan kutipan hasil kerajaan pada 2023 adalah sebanyak RM272.6 bilion dengan defisit fiskal diunjur berkurang kepada 5.5 peratus daripada KDNK.

    Haluan ekonomi yang ditetapkan kerajaan dalam Belanjawan 2023 akan menentukan jangkaan kutipan hasil serta defisit fiskal pada tahun ini. 

    Ahli ekonomi CGS-CIMB, Nazmi Idrus menjangkakan defisit fiskal mungkin menyempit berdasarkan hasrat kerajaan untuk menjalankan konsolidasi fiskal dan mengekang paras hutang tinggi.

    • Kementerian Kesihatan

    Dalam Bajet 2023, Kementerian Kewangan merupakan penerima peruntukan terbesar dengan jumlah RM72.2 bilion, diikuti RM55.6 bilion untuk Kementerian Pendidikan dan RM36.1 bilion untuk Kementerian Kesihatan.

    Dengan pelbagai isu yang membelenggu Kementerian Kesihatan dalam beberapa tahun ini, termasuk isu doktor kontrak, tangga gaji pegawai kesihatan dan kemudahan uzur di hospital-hospital, jumlah peruntukan untuk kementerian ini akan menjadi perhatian.

    • Cukai

    Antara kandungan berkenaan cukai yang paling mendapat perhatian dalam Bajet 2023 ialah pengurangan kadar cukai pendapatan bagi banjaran pendapatan bercukai antara lebih RM50,000 hingga RM100,000. 

    Semakan terhadap kadar cukai peribadi adalah antara cadangan yang dikemukakan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Dr. Tricia Yeoh.

    Menurut beliau, hasil kerajaan dijangka terus menurun pada 2023 disebabkan harga minyak mentah yang menyederhana. Oleh itu, katanya, kerajaan perlu mempertimbangkan untuk menyemak semula pendapatan peribadi atau cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

    “Perbualan mengenai mengembalikan bentuk cukai penggunaan juga perlu dilakukan segera selari dengan jaringan keselamatan sosial yang disemak semula,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia.

    • Bantuan tunai dan subsidi

    Dalam Bajet 2023, sebanyak RM7.8 bilion diperuntukkan untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang memberi manfaat kepada 8.7 juta penerima.

    Kerajaan juga memperkenalkan kategori baharu iaitu isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan menanggung lima orang anak atau lebih yang layak menerima wang tunai sebanyak RM2,500.

    Bantuan tunai kepada rakyat yang memerlukan dijangka akan menjadi topik hangat dalam pembentangan Belanjawan 2023 nanti. Peningkatan kos sara hidup serta ancaman kemelesetan ekonomi meletakkan golongan berpendapatan rendah dalam keadaan yang rapuh.

    Bantuan tunai dan subsidi bersasar dapat membantu golongan tersebut menyerap impak kenaikan kos sara hidup dan kehilangan pendapatan secara mendadak.

    Pensyarah Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Anuar Shah Bali Mahomed menjangkakan kerajaan akan memberi tumpuan kepada inisiatif subsidi bersasar kepada golongan B40 dan sebahagian M40 yang terjejas. – RELEVAN

    Previous ArticleBerhati-hati sebelum melabur, ini 5 entiti yang masuk dalam senarai amaran terbaharu Suruhanjaya Sekuriti
    Next Article 315 pesakit Covid-19 dirawat di hospital

    Artikel berkaitan

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026

    Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

    February 20, 2026

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026

    7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

    February 19, 2026

    Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

    February 18, 2026

    10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’

    February 18, 2026
    Artikel Terkini

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026

    Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

    February 20, 2026

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026

    7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

    February 19, 2026

    Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

    February 18, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.