ANGKA jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 325 kes semalam berbanding 251 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,036,918 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 113 kes, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,990,079 kes. Tiada kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam.
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,942 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,870 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 9,897 kes dengan 9,507 kes atau 96.1 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 376 kes atau 3.8% pesakit dirawat di hospital, 5 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 9 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN