KES jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 309 kes semalam, berbanding 293 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,034,830 kes.
Berita berkaitan:
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 292 kes, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,987,561 kes dan tiada kematian dilaporkan semalam.
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,932 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,866 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 10,337 kes dengan 9,943 kes atau 96.2 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 381 kes atau 3.7% pesakit dirawat di hospital, 3 kes atau 0% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 10 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN


