Facebook Twitter
    Trending
    • Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin
    • 7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an
    • Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu
    • Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu
    • 7 penyesalan terbesar dalam kewangan
    • Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5
    • ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya
    • Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin

      June 15, 2026

      ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

      June 10, 2026

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026
    • Kewangan

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026
    • Pendidikan

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bagaimana untuk bersedia bagi semakan prestasi tahunan bersama majikan

    Bagaimana untuk bersedia bagi semakan prestasi tahunan bersama majikan

    By Umi FatehahDecember 13, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Bagaimana untuk bersedia bagi semakan prestasi tahunan bersama majikan. - Gambar Hiasan John Schnobrich/Unsplash

    SEMAKAN prestasi tahunan merupakan penilaian formal untuk majikan membuat penilaian prestasi pekerja sepanjang tahun. 

    Kebiasaannya, majikan akan mengenal pasti kekuatan serta kelemahan pekerja dan memberi maklum balas kepada kualiti perkhidmatan mereka. 

    Penilaian ini penting supaya majikan tahu tentang masalah-masalah yang pekerja hadapi. Pekerja juga memerlukan penghargaan dan kritikan membina bagi meningkatkan prestasi dan menambah baik segala kekurangan yang telah disebutkan oleh majikan. 

    Secara tidak langsung, ini juga akan meningkatkan hubungan yang baik antara majikan dengan pekerja.

    Semakan prestasi dikatakan menjadi pintu kepada peluang kenaikan pangkat atau bonus tahunan. Justeru, penting untuk anda dokumentasikan setiap pencapaian dengan tepat.

    Berikut merupakan enam perkara yang perlu diambil perhatian untuk penilaian prestasi tahunan seperti yang dikongsikan oleh The Balance Money.

    • Catatkan setiap matlamat dan pencapaian sepanjang tahun

    Seeloknya, sediakan satu catatan untuk merekodkan setiap matlamat dan prestasi dari awal tahun. Jika sudah terlambat pun tidak mengapa kerana anda boleh imbas semula setiap matlamat serta pencapaian anda dan rekodkan semuanya.

    Kekalkan log terperinci matlamat dan pencapaian anda yang boleh dirujuk pada bila-bila masa sebagai persediaan untuk semakan prestasi. Ini akan memastikan bahawa maklumat yang anda berikan adalah terperinci, lengkap dan tepat serta mengurangkan kemungkinan kehilangan data atau ulasan penting.

    Selain itu, kekal cakna tentang perkara yang dipertanggungjawabkan kepada anda untuk memenuhi matlamat syarikat. Jika beberapa strategi syarikat berubah, huraian anda juga mungkin terdapat beberapa perubahan. Oleh itu, sekali sekala rujuk dengan pengurus atau majikan untuk memastikan anda terus memenuhi jangkaan syarikat.

    • Ketahui peranan anda dan jangkaan majikan

    Fahamkan jangkaan majikan serta matlamat anda sebelum semakan prestasi. Rujuk kembali iklan tawaran kerja untuk posisi anda bagi mengimbas kembali skop pekerjaan. Kemudian, nilaikan sama ada anda melaksanakan semua skop dengan baik atau tidak.

    Kebanyakan majikan menjadualkan pertemuan bersemuka secara perseorangan dengan pekerja, sama ada secara mingguan atau bulanan. Ini bagi memastikan mereka kekal dimaklumkan tentang tugasan dan jangkaan majikan, terutamanya perubahan tugasan yang seiring dengan perubahan matlamat syarikat.

    Walaupun majikan atau syarikat anda tidak mempunyai proses penetapan matlamat atau perancangan pembangunan yang formal, penetapan matlamat masih boleh dilakukan secara tidak formal dengan pengurus masing-masing. 

    • Dapatkan maklum balas majikan secara konsisten

    Dapatkan maklum balas pengurus atau majikan sekurang-kurangnya dua kali sebulan atau secara bulanan. Ini boleh dilakukan semasa mesyuarat mingguan atau berjumpa secara peribadi.

    Maklum balas tersebut akan membantu anda meningkatkan prestasi dan tahu bagaimana untuk mencapai jangkaan majikan. Oleh itu, motivasi dan keyakinan juga akan bertambah bagi memudahkan pelaksanaan tugas dengan betul sepanjang tahun.

    • Maklumkan kepada majikan

    Jangan anggap majikan mengetahui setiap cabaran, prestasi dan pencapaian anda. Maklumkan dengan cara semudah mungkin apabila anda berjaya mencapai apa-apa sahaja tugasan dengan baik seiring dengan jangkaan majikan.

    • Sertakan bersama input semasa penilaian

    Sediakan input semasa penilaian walaupun ia tidak diminta atau tidak diperlukan. Apabila menyediakan input, bukan sahaja pekerja akan kelihatan bersedia tetapi majikan juga akan lebih jelas dan faham tentang prestasi serta pencapaian anda. Input ini juga boleh menjadi peluang untuk anda mendapatkan bonus atau dinaikkan pangkat. 

    • Ketahui cara atau platform yang akan digunakan untuk penilaian prestasi tahunan

    Kebanyakan syarikat telah menggunakan proses dan sistem yang merekodkan dan menjejaki kemajuan sepanjang tahun anda bekerja. Sebagai contoh, terdapat program perisian yang memudahkan proses semakan dengan meminta pihak pengurusan mengisi matlamat yang perlu dipenuhi sepanjang tahun.

    Kemudian, isikan penerangan termasuk cara pelaksanaan kerja untuk mencapai matlamat dan sertakan bersama contoh khusus dalam ruangan yang disediakan. Majikan akan menyemak setiap ulasan dan pencapaian. Mereka kemudian akan menilai berdasarkan sistem pemarkahan skala Likert.

    Skala Likert

    Gunakan juga ruang penilaian prestasi ini untuk memberi cadangan dan penambahbaikan yang boleh dilakukan kepada syarikat. Tempoh penilaian prestasi ini juga merupakan peluang untuk berbincang dengan majikan bagaimana anda dan bos boleh bekerjasama dengan lebih berkesan untuk kepentingan kerjaya dan syarikat. – RELEVAN

    Previous Article5 tip kembalikan semangat bekerja selepas bercuti
    Next Article 9 kematian Covid-19 dilaporkan semalam

    Artikel berkaitan

    Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin

    June 15, 2026

    7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

    June 15, 2026

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026
    Artikel Terkini

    Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin

    June 15, 2026

    7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

    June 15, 2026

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.