ANGKA jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 1,502 kes semalam berbanding 1,866 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,000,332 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,093 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,941,114 kes.
Sebanyak tiga kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan dua daripadanya merupakan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,713 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,816 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 22,505 kes dengan 20,889 kes atau 92.8 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,512 kes atau 6.7% pesakit dirawat di hospital, 34 kes atau 0.2% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 70 kes atau 0.3% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN