JANGKITAN baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 1,866 kes semalam berbanding 2,421 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,998,830 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,814 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,939,021 kes.
Enam kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan satu daripadanya merupakan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,710 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,814 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 23,099 kes dengan 21,422 kes atau 92.7 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,575 kes atau 6.8% pesakit dirawat di hospital, 33 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 69 kes atau 0.3% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN