Facebook Twitter
    Trending
    • Elak 7 kesilapan ini ketika sahur
    • 10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’
    • Masih dilema memilih jurusan apa? Ini kata pakar
    • Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu
    • Pantang larang selepas cabut gigi
    • Elak makanan ini jika sedang haus
    • Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius
    • 10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026

      Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

      February 13, 2026

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

      February 10, 2026
    • Kewangan

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026
    • Pendidikan

      Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

      February 18, 2026

      10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’

      February 18, 2026

      Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu

      February 16, 2026

      Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

      February 11, 2026

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026
    • Kerjaya

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ambil cakna dana kecemasan, penyelamat ketika getir

    Ambil cakna dana kecemasan, penyelamat ketika getir

    By Umi FatehahOctober 28, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Ambil cakna dana kecemasan, penyelamat ketika getir. - Gambar Hiasan Unsplash

    SEBELUM ini, Relevan telah kongsikan beberapa pengajaran daripada pandemik Covid-19. 

    Jika kita imbas kembali, ramai yang kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan kerana kebanyakan syarikat dan organisasi tidak dapat bertahan ekoran  terkesan dengan ekonomi global.

    Apabila kehilangan punca pendapatan, ramai yang terpaksa meminjam wang dan membuat apa sahaja pekerjaan yang boleh dilakukan di rumah.

    Rata-rata rakyat Malaysia hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

    Dalam artikel tersebut juga, pengajaran pertama yang dikongsikan oleh pakar kewangan ialah sediakan dana kecemasan. 

    Sebenarnya masih ada di antara kita yang belum cakna dengan kepentingan dana kecemasan. 

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 pengajaran daripada pandemik Covid-19

    Sebelum kita gali dengan lebih dalam tentang kepentingan dan bagaimana untuk menyediakan dana kecemasan, fahamkan dahulu apakah yang dimaksudkan dengan dana kecemasan.

    Dana kecemasan merujuk kepada wang simpanan yang boleh digunakan oleh individu di dalam situasi kecemasan yang tidak dijangka seperti perbelanjaan perubatan, pembaikan dan penggantian perkakas rumah atau kereta serta kehilangan pekerjaan.

    Tetapi, jangan keliru dana kecemasan dengan wang-wang simpanan yang lain seperti simpanan hari tua atau simpanan untuk perkahwinan. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Simpanan dan pelaburan untuk hari tua

    Merujuk kepada video di akaun YouTube Faiz Azmi atau lebih dikenali sebagai Financial Faiz, dalam situasi kecemasan anda tidak boleh mengusik wang simpanan yang lain kerana ia akan mengganggu rancangan kewangan untuk kegunaan masa hadapan. 

    Justeru itu, penting sebenarnya untuk menubuhkan dana kecemasan bagi kegunaan situasi kecemasan yang disebutkan di atas.

    Tujuan menubuhkan dana kecemasan ialah untuk mengukuhkan kewangan anda. 

    Dengan adanya dana kecemasan, ia ibarat mempunyai jaring yang boleh menyelamatkan anda daripada terus terjerumus dalam hutang. 

    ARTIKEL BERKAITAN: 8 nasihat kewangan buat anak muda

    Persoalannya, berapa banyak yang kita perlu simpan di dalam dana kecemasan?

    Untuk menjawab persoalan tersebut, kita rujuk kembali kepada kaedah 50/30/20. 

    Secara amnya, anda perlu menghadkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada pendapatan untuk komitmen, 30 peratus bagi keperluan dan perlu menyimpan sekurang-kurangnya 20 peratus untuk simpanan.

    Faiz Azmi juga menekankan bahawa jumlah dana kecemasan yang kukuh sekurang-kurangnya perlu ada enam bulan gaji atau sebaik-baiknya 12 bulan gaji untuk menampung kos sara hidup dan komitmen di dalam situasi kecemasan seperti diberhentikan kerja.

    Tidak ada jumlah spesifik yang perlu diikuti kerana masing-masing mempunyai komitmen dan peroleh gaji yang berbeza. 

    Terpulang kepada diri anda sendiri untuk menentukan jumlah wang yang perlu disimpan mengikut kemampuan. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Bangkit dari pandemik, bina semula simpanan anda

    Oleh itu, tetapkan sasaran jumlah dana kecemasan yang anda mahu capai berdasarkan gaji dan komitmen masing-masing. Lebih banyak anda menyimpan, lebih cepat untuk mencapai sasaran simpanan kecemasan.

    Tetapi jangan simpan terlalu banyak sehingga membebankan dan terpaksa korbankan wang dan masa untuk berhibur bersama keluarga. 

    Ini akan menyebabkan anda lebih tertekan dan berpotensi untuk menjadi punca kepada masalah kesihatan yang lain.

    Jika jatuh sakit, anda terpaksa membelanjakan dana kecemasan dan mengganggu matlamat simpanan. Jadi, kukuhkan simpanan dengan cara yang berkadar dan berpatutan.

    Bagaimana mahu menyimpan dana kecemasan?

    Faiz Azmi mencadangkan untuk melakukan simpanan di skim Amanah Saham Bumiputera (ASB). 

    Menurutnya, urusan penyimpanan di ASB dapat dilakukan dengan mudah tetapi agak sukar prosesnya untuk mengeluarkan wang simpanan. Jika anda menyimpan di ASB, pulangannya juga lebih tinggi.

    Anda hanya dapat mengeluarkan maksimum RM1,000 sahaja setiap bulan bagi transaksi dalam talian. Sekiranya mahu mengeluarkan lebih daripada amaun tersebut, anda perlu melakukan urusan di kaunter yang memakan masa agak lama. 

    Dalam video tersebut juga, Faiz Azmi menekankan bahawa jangan menyimpan semua dana kecemasan di dalam bank. Sebaiknya, simpan sejumlah wang tunai di rumah untuk situasi kecemasan kritikal.

    Selain itu, kad kredit juga boleh dijadikan sebagai dana kecemasan, tetapi ia agak berisiko. 

    Menurut The Balance Money, walaupun kad kredit digunakan dalam situasi kecemasan, ia boleh mencipta momentum yang membawa kepada caj kad kredit lain. 

    Ini mungkin akan mengakibatkan anda perlu membayar banyak hutang lebih daripada apa yang termampu.

    ARTIKEL BERKAITAN: 7 cara elak timbunan hutang kad kredit

    Biar lambat asal selamat

    Faiz Azmi juga menambah bahawa memang proses bagi mengukuhkan penyimpanan dana kecemasan agak lambat. Tetapi, lebih baik lambat daripada anda tidak mempunyai sebarang dana kecemasan langsung.

    Oleh itu, sekiranya anda masih belum mempunyai simpanan kecemasan, mulakan dengan kadar segera. Masih belum terlambat untuk anda mula menyimpan. Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. – RELEVAN

    Previous Article10 sebab utama kematian di Malaysia pada 2021
    Next Article Inflasi September meningkat 4.5%, lebih perlahan berbanding Ogos

    Artikel berkaitan

    Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

    February 18, 2026

    10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’

    February 18, 2026

    Masih dilema memilih jurusan apa? Ini kata pakar

    February 18, 2026

    Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu

    February 16, 2026

    Pantang larang selepas cabut gigi

    February 16, 2026

    Elak makanan ini jika sedang haus

    February 13, 2026
    Artikel Terkini

    Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

    February 18, 2026

    10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’

    February 18, 2026

    Masih dilema memilih jurusan apa? Ini kata pakar

    February 18, 2026

    Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu

    February 16, 2026

    Pantang larang selepas cabut gigi

    February 16, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.