Facebook Twitter
    Trending
    • Sejarah 19 tahun pelayaran bantuan ke Gaza
    • Bahaya minum air botol ditinggalkan dalam kereta
    • Siapa 23 sukarelawan GSF ditahan Israel?
    • Global Sumud Flotilla: Apa yang kita tahu setakat ini
    • Global Sumud Flotilla: Israel langgar undang-undang laut antarabangsa
    • Global Sumud Flotilla: Jangan tertipu helah Israel
    • Global Sumud Flotilla: Kapal bantuan disekat, doa dan solidariti dituntut
    • Apa yang perlu anda tahu mengenai kanser payudara 
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bahaya minum air botol ditinggalkan dalam kereta

      October 6, 2025

      Apa yang perlu anda tahu mengenai kanser payudara 

      October 1, 2025

      Lelaki juga boleh jadi mangsa kanser payudara?

      September 30, 2025

      Ramen berlebihan jejaskan kesihatan?

      September 26, 2025

      Produk bayi yang boleh bawa mudarat tetapi dijual berleluasa

      September 25, 2025
    • Kewangan

      Panduan BUDI95 yang wajib anda tahu

      September 25, 2025

      Satu kad yang membawa pelbagai rahmat

      September 24, 2025

      Inflasi naik 1.3 peratus pada Ogos 2025 – DOSM

      September 23, 2025

      Bila beg Hermes dan jam Rolex jadi aset pelaburan 

      September 19, 2025

      5 matlamat kewangan selepas umur 30

      September 9, 2025
    • Pendidikan

      Sejarah 19 tahun pelayaran bantuan ke Gaza

      October 6, 2025

      Siapa 23 sukarelawan GSF ditahan Israel?

      October 3, 2025

      Global Sumud Flotilla: Apa yang kita tahu setakat ini

      October 3, 2025

      Global Sumud Flotilla: Israel langgar undang-undang laut antarabangsa

      October 2, 2025

      Global Sumud Flotilla: Jangan tertipu helah Israel

      October 2, 2025
    • Kerjaya

      Tujuh cara untuk menonjolkan diri dalam resume

      October 1, 2025

      4 kerja sambilan boleh dilakukan pelajar

      September 19, 2025

      Budaya hustle demi hasil ‘bunuh’ kesihatan mental

      September 17, 2025

      Apa langkah seterusnya selepas tamat pengajian?

      September 12, 2025

      Rajin bekerja sahaja tidak cukup, perlu tahu cara menjual kelebihan diri

      September 10, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Komitmen kerajaan mendepani cabaran masyarakat menua

    Komitmen kerajaan mendepani cabaran masyarakat menua

    By October 7, 20227 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    WARGA emas sentiasa mendapat perhatian kerajaan dengan memberi pelbagai bantuan untuk kelangsungan hidup mereka.- GAMBAR HIASAN/ANDREA PIACQUADIO/PEXELS

    PENUAAN penduduk merupakan fenomena global dan biasanya dihadapi oleh negara maju yang mempunyai taraf hidup tinggi.

    Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mentakrifkan penduduk menua sebagai komuniti yang berumur 65 tahun ke atas.

    Walaupun Banci Penduduk dan Perumahan 2020 menunjukkan Malaysia belum dikategorikan sebagai negara menua, namun Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengunjurkan 7.3 peratus (%) daripada jumlah penduduk akan mencapai umur 65 tahun ke atas pada tahun 2022.

    Penduduk menua di Malaysia telah meningkat dengan kadar yang lebih pantas daripada jangkaan awal iaitu 2030.

    Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2023, menjelang 2050, penduduk Malaysia yang berumur 65 tahun ke atas dijangka melebihi 15% seterusnya akan menjadikan Malaysia sebagai negara tua.

    Jumlah penduduk tua yang semakin bertambah akan menyebabkan kekurangan guna tenaga dan mewujudkan potensi risiko ke atas jaminan pendapatan di usia tua.

    “Bagi menghadapi cabaran berikutan penduduk menua, maka kerajaan, perniagaan dan masyarakat keseluruhannya wajar bersedia untuk mengadaptasi perubahan keperluan dan struktur demografi dalam ekonomi.

    “Persediaan ini bagi memastikan tiada sesiapa yang tertinggal dalam usaha untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia khususnya warga tua selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG),” kata laporan itu.

    Penuaan penduduk dari aspek ekonomi dan sosial

    Perubahan struktur umur penduduk dalam sesebuah negara akan memberikan cabaran ekonomi dan sosial yang besar kepada kerajaan (PBB, 2019).

    Peningkatan nisbah tanggungan umur tua (OADR) akan memberi kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi, simpanan, penggunaan, cukai dan pencen pada masa hadapan (Ingham, Chirijevskis, & Carmichael, 2009).

    Kerajaan perlu melaksanakan pelarasan sosial tertentu seperti bantuan untuk warga emas yang mungkin melibatkan peruntukan kewangan tambahan apabila penduduk tua semakin meningkat usia.

    Peranan berkesan kerajaan dalam menyediakan pelbagai kemudahan dan keperluan asas untuk rakyat menyumbang kepada jangka hayat penduduk yang lebih panjang dan membolehkan penduduk tua yang sihat terus menyumbang kepada masyarakat melalui kerja bergaji atau tidak bergaji seperti kerja penjagaan.

    Namun begitu, penduduk yang menua lebih berisiko untuk jatuh miskin dan memerlukan pelbagai program perlindungan sosial daripada Kerajaan.

    Sehubungan itu, terdapat keperluan untuk memastikan akses kepada jaringan keselamatan sosial disediakan seperti dana simpanan, penjagaan kesihatan, penjagaan jangka masa panjang dan sokongan sosial lain dalam masyarakat yang semakin menua bagi melindungi nyawa dan kehidupan warga tua.

    Penuaan dan implikasi terhadap perbelanjaan kerajaan

    Kerajaan bertanggungjawab memastikan ekonomi menjana pendapatan yang mampan, memperuntukkan sumber dengan cekap, dan mengagihkan pendapatan dengan berkesan.

    Memandangkan kumpulan umur bekerja semakin berkurangan dan golongan tua semakin meningkat.

    Oleh itu, kerajaan dijangka memperuntukkan lebih banyak sumber terutamanya ke arah program berkaitan pencen, kesihatan dan tempat tinggal.

    Justeru, tidak dinafikan bahawa penduduk menua akan memberi implikasi kepada perbelanjaan kerajaan terutamanya bagi menyokong pelbagai program sosial dan kemudahan lain yang berkaitan.

     Perbelanjaan pencen

    Negara maju seperti Norway dan Jepun mempunyai program tabungan yang baik terutamanya melalui dana pencen dan simpanan sedia ada untuk menghadapi jangkaan OADR yang tinggi.

    Malaysia juga mencontohi amalan terbaik di negara maju tersebut dengan menyediakan dana untuk pesara.

    Pada 2021, perbelanjaan penggunaan akhir kerajaan untuk perlindungan sosial yang diberikan kepada warga emas meningkat kepada RM2.4 bilion daripada RM2.3 bilion pada 2020 dan RM1.4 bilion pada 2015.

    Selaras dengan jangkaan peningkatan dalam OADR, perbelanjaan pencen awam juga diunjurkan terus meningkat.

    Pada 2021, kerajaan persekutuan membelanjakan RM28 bilion untuk perbelanjaan pencen melibatkan lebih kurang 887,000 pesara awam dengan RM7.9 bilion atau 28.3% mewakili bayaran bagi individu berumur 65 tahun ke atas seperti dalam Rajah 1.1.4.

     

    Kerajaan perlu menanggung komitmen fiskal yang lebih tinggi bagi mengekalkan dasar yang menyokong kumpulan umur ini untuk 10 tahun akan datang memandangkan jangka hayat di Malaysia diunjur mencecah 75 tahun (DOSM, 2021).

    Jumlah bayaran pencen dianggar sebanyak RM22.3 bilion pada 2030 iaitu hampir tiga kali ganda daripada komitmen pencen semasa dengan andaian perbelanjaan pencen bagi pesara yang berumur 65 tahun akan terus meningkat pada kadar purata tahunan 12.1%.

    Komitmen yang lebih tinggi ini adalah selari dengan saiz penduduk tua dan jangka hayat yang panjang.

    Perbelanjaan penjagaan kesihatan

    Penjagaan kesihatan menjadi lebih penting kepada warga emas kerana kebiasaannya golongan umur ini menghadapi masalah kesihatan atau berpenyakit.

    Penyakit tidak berjangkit yang paling biasa dikaitkan dengan warga emas ialah demensia, diabetes serta tekanan darah dan tahap kolesterol tinggi.

    Statistik menunjukkan bahawa bilangan penghidap penyakit ini semakin meningkat seiring dengan peningkatan umur penduduk seperti dalam Jadual 1.1.1.

    Berdasarkan Yayasan Penyakit Alzheimer Malaysia, bilangan penduduk yang mengalami demensia peringkat akhir dan bergantung kepada penjagaan 24 jam dianggarkan antara 204,000 hingga 264,000 pada 2020.

    Jumlah ini diunjur meningkat tiga kali ganda kepada 637,500 hingga 825,000 menjelang 2050.

    Ini akan meningkatkan keperluan penjagaan kesihatan untuk warga emas dan seterusnya memberi tekanan kepada perbelanjaan kesihatan awam.

    Perbelanjaan bantuan warga emas

    Kerajaan komited memberi sokongan kepada warga emas melalui penyediaan kemudahan dan bantuan kewangan.

    Kerajaan juga telah menyediakan pusat penjagaan yang selesa berdasarkan peningkatan keperluan untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kepada warga emas.

    Bilangan pusat jagaan berdaftar telah meningkat sejak lima tahun lalu yang memberi gambaran perbelanjaan lebih tinggi untuk penyediaan kemudahan, kakitangan dan penyelenggaraan.

    Berdasarkan statistik yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1.5, bilangan pusat jagaan berdaftar telah meningkat daripada 309 pada 2017 kepada 384 pada 2021.

    Selain itu, kerajaan juga menyediakan bantuan kewangan sebanyak RM500 sebulan kepada warga emas yang layak di bawah program Bantuan Warga Emas (BWE).

    Program ini merupakan antara inisiatif di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang menyasarkan warga emas berumur 60 tahun dan ke atas dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM1,169 sebulan.

    Pada 2021, sejumlah RM823.8 juta telah diagihkan kepada 139,400 penerima.

    Berdasarkan peningkatan bilangan bakal penerima pada kadar pertumbuhan purata 6.3% setiap tahun, perbelanjaan pada 2030 dianggarkan berjumlah RM1.4 billion seperti dalam Rajah 1.1.6.

    Kerajaan turut menyediakan bantuan kewangan untuk rawatan kesihatan, perubatan dan peralatan.

    Melalui program Tabung Bantuan Perubatan, warganegara Malaysia yang layak termasuk warga emas yang kurang bernasib baik boleh mendapatkan bantuan tunai sama ada sebahagian atau sepenuhnya untuk menampung kos rawatan pesakit luar, peralatan perubatan dan pemulihan serta ubat-ubatan.

    Di samping itu, kerajaan juga menyediakan bantuan tunai melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) seperti yang diumumkan dalam Bajet 2022.

    Bantuan ini melibatkan peruntukan RM7.8 bilion yang memanfaatkan lebih kurang 8.6 juta penerima merangkumi 1.8 juta penerima berumur 65 tahun dan ke atas berjumlah RM1.7 bilion.

    Peningkatan bilangan penduduk yang semakin menua memerlukan kerajaan menyediakan anggaran peruntukan sebanyak RM1.8 bilion pada 2030 bagi membiayai program ini seperti dalam Rajah 1.1.7.

    Di samping itu, kerajaan menyediakan insentif seperti pelepasan cukai untuk melakukan vaksinasi yang dibiayai sendiri dan pemeriksaan perubatan penuh termasuk kesihatan mental.

    Warga emas juga layak mendapat diskaun apabila menerima rawatan di pusat jagaan kesihatan swasta.

    Simpanan untuk Usia Emas

    Warga emas perlu mempunyai simpanan dan jaminan kewangan yang mencukupi dalam tempoh persaraan.

    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) turut menyuarakan kebimbangan mengenai simpanan yang tidak mencukupi untuk persaraan yang boleh merisikokan ahlinya untuk terjerumus ke dalam kemiskinan pada usia tua dan mencadangkan liputan perlindungan sosial untuk warga emas.

    Seperti dalam Jadual 1.1.2, pencarum aktif di bawah KWSP yang berumur 54 tahun dianggar mempunyai purata simpanan berjumlah RM246,635 pada 2021.

    Pengiraan mudah, berdasarkan jumlah simpanan tersebut dan jangka hayat sehingga 75 tahun, anggaran pengeluaran bulanan oleh pencarum KWSP ialah kurang daripada RM1,000.

    Kadar pengeluaran ini jelas lebih rendah berbanding gaji minimum dan meletakkan individu tersebut dalam kumpulan B40.

    Oleh itu, kerajaan perlu meningkatkan perbelanjaan bagi memenuhi keperluan masyarakat yang semakin meningkat usia dan isi rumah daripada kumpulan ini yang semakin bertambah.

     Melangkah ke hadapan

    Kerajaan akan terus mempertingkatkan ekosistem warg emas dengan mengambil kira Malaysia yang akan menjadi negara menua.

    Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, kerajaan akan membina lebih banyak pusat jagaan warga emas serta menaik taraf bandar supaya menjadi lebih mesra warga emas pada masa hadapan.

    Sistem Pendaftaran Warga Emas Nasional akan ditambah baik dan liputannya akan diperluas.

    Di samping itu, kerajaan akan menggalakkan warga emas mengekalkan gaya hidup aktif dan sihat.

    Langkah ini akan membolehkan warga emas terus produktif dan memperoleh pendapatan sendiri di samping menyumbang kepada ekonomi dan masyarakat melalui kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kepakaran.

    Walau bagaimanapun, kesedaran untuk mengekalkan gaya hidup sihat dan aktif perlu bermula dari usia muda.

    Program celik kewangan juga harus bermula dari usia muda untuk memberi pendidikan tentang pengurusan kewangan yang baik terutamanya mengenai pelaburan, simpanan dan perbelanjaan.-RELEVAN

    Bajet 2023 featured kewangan menua

    Artikel berkaitan

    Sejarah 19 tahun pelayaran bantuan ke Gaza

    October 6, 2025

    Bahaya minum air botol ditinggalkan dalam kereta

    October 6, 2025

    Siapa 23 sukarelawan GSF ditahan Israel?

    October 3, 2025

    Global Sumud Flotilla: Apa yang kita tahu setakat ini

    October 3, 2025

    Global Sumud Flotilla: Israel langgar undang-undang laut antarabangsa

    October 2, 2025

    Global Sumud Flotilla: Jangan tertipu helah Israel

    October 2, 2025
    Artikel Terkini

    Sejarah 19 tahun pelayaran bantuan ke Gaza

    October 6, 2025

    Bahaya minum air botol ditinggalkan dalam kereta

    October 6, 2025

    Siapa 23 sukarelawan GSF ditahan Israel?

    October 3, 2025

    Global Sumud Flotilla: Apa yang kita tahu setakat ini

    October 3, 2025

    Global Sumud Flotilla: Israel langgar undang-undang laut antarabangsa

    October 2, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.