Facebook Twitter
    Trending
    • Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan
    • Pantau glukosa walaupun ketika beraya
    • Tak dapat balik kampung? Syawal masih boleh diraikan dengan cara ini
    • Perut kembung lepas beraya? 5 tip dari farmasi, perut lega sambil nikmati juadah raya
    • 3 penyakit paling mudah menular semasa rumah terbuka
    • Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 
    • Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?
    • Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Pantau glukosa walaupun ketika beraya

      March 23, 2026

      Perut kembung lepas beraya? 5 tip dari farmasi, perut lega sambil nikmati juadah raya

      March 19, 2026

      3 penyakit paling mudah menular semasa rumah terbuka

      March 19, 2026

      Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

      March 14, 2026

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026
    • Kewangan

      Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan

      March 23, 2026

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026
    • Pendidikan

      Tak dapat balik kampung? Syawal masih boleh diraikan dengan cara ini

      March 23, 2026

      Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 

      March 17, 2026

      Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

      March 16, 2026

      7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

      March 13, 2026

      5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

      March 12, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Selain Najib Razak, ini 7 bekas pemimpin lain yang masuk penjara akibat salah guna kuasa

    Selain Najib Razak, ini 7 bekas pemimpin lain yang masuk penjara akibat salah guna kuasa

    By KU SYAFIQ KU FOZIAugust 24, 2022Updated:August 24, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak keluar bertemu penyokong sebelum sambung perbicaraan rayuan sabitan dan hukuman penjara berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta di Mahkamah Persekutuan. - FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR/UTUSAN

     

    BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan salah terhadapnya, 23 Ogos lalu.

    Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara menolak rayuan Najib terhadap kes penyelewengan RM42 juta dana syarikat SRC International Sdn. Bhd.

    Bukan sahaja dihukum penjara dan denda, Najib juga hilang kelayakan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Beliau hanya layak bertanding semula lima tahun selepas dibebaskan dari penjara. 

    Walaupun Najib merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia pertama yang dipenjara kerana kesalahan salah guna kuasa, terdapat beberapa bekas pemimpin lain di dunia yang pernah menerima nasib sama. Berikut Relevan senaraikan 7 bekas pemimpin yang dipenjara kerana salah guna kuasa.

    • Arnoldo Aleman (Nicaragua)
    ARNOLDO ALEMAN

    Jose Arnoldo Aleman Lacayo merupakan Presiden ke-81 Nicaragua yang berkhidmat dari 10 Januari 1997 hingga 10 Januari 2002. Beliau dihukum penjara 20 tahun atas kesalahan penggubahan wang haram, penggelapan wang dan korupsi. 

    Pada 2004, beliau dinamakan Transparency International sebagai pemimpin kesembilan paling korup di dunia dengan jangkaan jumlah dana awam yang dicuri adalah sebanyak AS$100 juta (RM448.85 juta). Hukumannya bagaimanapun dibatalkan Mahkamah Agung Nicaragua pada 2009 di bawah pemerintahan Presiden Daniel Ortega.

    • Alberto Fujimori (Peru)
    ALBERTO FUJIMORI

    Alberto Kenya Fujimori Inomoto merupakan Presiden Peru dari 28 Julai 1990 sehingga 22 November 2000. Beliau dianggap sebagai pemimpin diktator yang berhadapan pelbagai dakwaan salah laku dan salah guna kuasa termasuk pelanggaran hak asasi manusia dan rasuah. 

    Pada Julai 2009, Fujimori dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh setengah tahun atas dakwaan penggelapan wang sebanyak AS$15 juta (RM67.33 juta). Hukuman penjara beliau kemudiannya ditambah lagi enam tahun selepas mengaku bersalah dalam tuduhan rasuah.

    • Luiz Inacio Lula da Silva (Brazil)
    LUIZ INACIO LULA DA SILVA

    Luiz Inacio Lula da Silva atau lebih dikenali sebagai Lula merupakan antara pemimpin paling popular di Brazil. Beliau menjadi Presiden Brazil ke-35 bermula dari 2003 hingga 2010. Lula disabitkan dengan kesalahan penggubahan wang haram dan korupsi dan dijatuhkan hukuman sembilan setengah tahun penjara. 

    Bagaimanapun, hukuman tersebut dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan Agung pada Mac 2021 kerana beliau dijatuhkan hukuman oleh mahkamah yang tidak mempunyai kuasa yang tepat untuk kesnya. Mahkamah juga mendapati hakim yang mengadili kesnya adalah berat sebelah.

    • Otto Perez (Guatemala)
    OTTO PEREZ

    Otto Fernando Perez Molina merupakan Presiden Guatemala sejak 2012 hingga 2015. Beliau meletak jawatan pada 2 September 2015 disebabkan dakwaan rasuah dan ditahan sehari selepas itu. 

    Perez dikaitkan dengan tuduhan rasuah bersama Naib Presidennya, Roxana Baldetti. Perbicaraan berkenaan kes tersebut bermula pada awal tahun ini dan Perez terus ditahan dalam penjara sejaka penahannya pada 2015.

    • Vlad Filat (Moldova)
    VLAD FILAT

    Vladimir Filat merupakan pengasas Parti Demokratik Liberal Moldova dan menjadi Perdana Menteri negara itu bermula 25 September 2009 hingga 25 April 2013. 

    Pada 2015, Filat disiasat selepas dikaitkan dengan skandal penipuan melibatkan bank dan dituduh menerima suapan kira-kira AS$250 juta (RM1.12 bilion). Pada 27 Jun 2016, beliau dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara. Beliau bagaimanapun dibebaskan enam tahun lebih awal, iaitu pada Disember 2019.

    • Adrian Nastase (Romania)
    ADRIAN NASTASE

    Adrian Nastase berkhidmat sebagai Perdana Menteri Romania bermula Oktober 2000 hingga Disember 2004. Beliau dihukum dua tahun penjara pada Januari 2012 atas kesalahan menyalahgunakan persidangan awam untuk mengumpul dana kempen pilihan rayanya.

    Pada Jun tahun itu pula, Nastase dijatuhkan hukuman dua tahun penjara lagi, kali ini untuk tuduhan korupsi. Ketika polis tiba untuk menahannya di rumah, Nastase cuba membunuh diri dengan menembaknya tekaknya sendiri. Beliau bagaimanapun terselamat dan dua tahun kemudian, dijatuhkan hukuman lagi atas kesalahan menerima rasuah dan mengugut.

    • Jose Socrates (Portugal)
    JOSE SOCRATES

    Jose Socrates Carvalho Pinto de Sousa merupakan Perdana Menteri Portugal sejak 12 Mac 2005 hingga 21 Jun 2011. Beliau merupakan bekas Perdana Menteri pertama di Portugal yang dituduh atas dakwaan salah guna kuasa.

    Pada 21 November 2014, Socrates ditahan di Lisbon atas dakwaan korupsi, pengelakan cukai dan penggubahan wang haram. Tiga hari berikutnya, beliau ditahan di Penjara Evora sehingga dilepaskan pada 4 September 2015 untuk menjalani tahanan rumah di Lisbon. – RELEVAN

    Previous ArticleIni kelebihan protein yang ramai tidak tahu, perlu ambil setiap hari
    Next Article 11 kematian Covid-19 dilaporkan semalam, 5 BID

    Artikel berkaitan

    Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan

    March 23, 2026

    Pantau glukosa walaupun ketika beraya

    March 23, 2026

    Tak dapat balik kampung? Syawal masih boleh diraikan dengan cara ini

    March 23, 2026

    Perut kembung lepas beraya? 5 tip dari farmasi, perut lega sambil nikmati juadah raya

    March 19, 2026

    3 penyakit paling mudah menular semasa rumah terbuka

    March 19, 2026

    Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 

    March 17, 2026
    Artikel Terkini

    Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan

    March 23, 2026

    Pantau glukosa walaupun ketika beraya

    March 23, 2026

    Tak dapat balik kampung? Syawal masih boleh diraikan dengan cara ini

    March 23, 2026

    Perut kembung lepas beraya? 5 tip dari farmasi, perut lega sambil nikmati juadah raya

    March 19, 2026

    3 penyakit paling mudah menular semasa rumah terbuka

    March 19, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.