Facebook Twitter
    Trending
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    • Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026
    • Kewangan

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bekas Perdana Menteri pertama dipenjara, apa jadi pada Najib selepas ini?

    Bekas Perdana Menteri pertama dipenjara, apa jadi pada Najib selepas ini?

    By Umi FatehahAugust 24, 2022Updated:August 24, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Najib perlu menjalani hukuman penjara selama 12 tahun dan denda sebanyak RM210 juta. - Gambar Hiasan/Utusan

    SEMALAM, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan bersalah beliau atas tuduhan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

    Bekas ahli Parlimen Pekan itu menerima tujuh pertuduhan iaitu tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan kes pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa.  

    Bagi tiga pertuduhan pecah amanah, Najib dihukum 10 tahun penjara bagi setiap pertuduhan. Seterusnya, bagi tiga pertuduhan kes pengubahan wang haram, beliau dihukum 10 tahun penjara bagi setiap pertuduhan. 

    Manakala bagi satu pertuduhan salah guna kuasa, beliau menerima hukuman penjara selama 12 tahun dan denda sebanyak RM210 juta.

    Hukuman-hukuman penjara tersebut dijalankan secara serentak. Ini menjadikan jumlah hukuman yang perlu dihadapi Najib adalah sebanyak 12 tahun. Tetapi, sekiranya Najib gagal membayar denda sebanyak RM210 juta, hukuman penjaranya akan ditambah sebanyak lima tahun.

    Keputusan ini sekaligus menjadikan Najib sebagai bekas Perdana Menteri pertama di Malaysia dan Asia Tenggara yang dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan salah guna kuasa.

    Tertakluk kepada Perkara 48 dalam Perlembagaan Persekutuan, ini menjadikan Najib kehilangan kelayakan untuk menjadi ahli Parlimen kerana telah disabitkan hukuman dengan pemenjaraan melebihi satu tahun dan denda melebihi RM2,000.

    Malah, menurut peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, Najib turut hilang keistimewaan sebagai bekas Perdana Menteri selepas beliau gagal dalam rayuannya semalam. 

    Menurut Akta Pencen Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 1971 (Akta 22), keistimewaan yang diterima oleh bekas Perdana Menteri adalah seperti berikut:

    • Ganjaran wang tunai sebanyak RM20,000 yang dikecualikan daripada cukai
    • Pencen bulanan sebanyak RM4,000 pada setiap satu haribulan
    • Rumah dan kediaman dilengkapi dengan perabot yang disediakan dan diselenggarakan secara percuma
    • Kemudahan sebuah kenderaan bersama pemandu 
    • Seorang setiausaha, seorang kerani merangkap stenografer, seorang pegawai keselamatan dan seorang setiausaha pejabat juga disediakan pada kadar kerajaan semasa

    Bagaimanapun, menurut Mohamed Haniff Khatri, Najib dapat menikmati semula pencen dan bertanding pilihan raya jika mendapat pengampunan diraja dari Yang Dipertuan Agong seperti termaktub dalam Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.

    Tiada layanan istimewa

    Baru-baru ini, terdapat dakwaan bahawa Najib akan menerima layanan istimewa di Penjara Kajang. Dalam satu kenyataan ringkas di Facebook, Jabatan Penjara Malaysia dengan menafikan berita tersebut dan meminta orang ramai supaya menghentikan penyebaran berita palsu.

    Rayuan pengampunan

    Najib itu boleh mengemukakan rayuan bagi mendapatkan pengampunan diraja atau memfailkan semakan terhadap keputusan panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

    Bagaimanapun, menurut Peguam Kanan, Hasif Hassan berkata walaupun rayuan tersebut memerlukan masa yang lama kerana memerlukan rekod yang cukup untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, tetapi Najib masih mempunyai peluang untuk membuat rayuan pengampunan diraja supaya kesalahannya dapat diampun.

    Rekod yang dimaksudkan ialah merit atau jasa beliau sepanjang bertugas sebagai Perdana Menteri Malaysia terdahulu. 

    Sekiranya rayuan diterima, beliau berpeluang untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang. – RELEVAN

    Previous Article35,551 kes aktif Covid-19 di Malaysia
    Next Article Ini kelebihan protein yang ramai tidak tahu, perlu ambil setiap hari

    Artikel berkaitan

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026
    Artikel Terkini

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.