SEBANYAK 3,561 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam berbanding 2,932 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,582,302 kes.
Bagi kes sembuh pula dilaporkan sebanyak 2,035 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,514,970 kes.
Sebanyak lima kematian dilaporkan semalam dan dua daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,792 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,589 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 31,540 kes dengan 30,290 kes atau 96.0 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 26 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,184 kes atau 3.8 peratus pesakit dirawat di hospital, 17 kes atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 23 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN