Facebook Twitter
    Trending
    • Makanan yang bantu rendahkan kolesterol
    • Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan
    • 7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit
    • Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian
    • Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar
    • 10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN
    • Bangun pagi dengan jantung berdebar? Ini antara kemungkinan puncanya
    • Petanda amaran seseorang mungkin diserang Hantavirus
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

      May 21, 2026

      Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian

      May 19, 2026

      Bangun pagi dengan jantung berdebar? Ini antara kemungkinan puncanya

      May 18, 2026

      Petanda amaran seseorang mungkin diserang Hantavirus

      May 15, 2026

      Bahaya atau tidak jika jari kaki berbulu?

      May 14, 2026
    • Kewangan

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026

      Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

      May 6, 2026
    • Pendidikan

      10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN

      May 18, 2026

      Guru bukan pengganti ibu bapa

      May 15, 2026

      10 menara tertinggi di dunia, Malaysia di tangga kedua

      May 12, 2026

      Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan

      May 7, 2026

      Ibu sentiasa bersama kita, walau sudah tiada – kajian

      May 7, 2026
    • Kerjaya

      Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

      May 20, 2026

      Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar

      May 19, 2026

      Kemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’

      May 5, 2026

      Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda

      April 30, 2026

      Tanda anda sedang bahagia dengan pekerjaan sekarang

      April 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Fakta Semesta: Adakah ‘black hole’ mampu memusnahkan bumi?

    Fakta Semesta: Adakah ‘black hole’ mampu memusnahkan bumi?

    By Nur Umi Fatehah Mohd KamalMay 27, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    LOHONG hitam atau black hole merupakan satu ruang di angkasa lepas yang mempunyai graviti sangat kuat sehinggakan cahaya juga tidak dapat keluar daripadanya. 

    Merujuk kepada Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA) graviti lohong hitam menjadi sangat kuat disebabkan jirim-jirim disekelilingnya dimampatkan ke dalam ruang yang kecil. Fenomena ini biasanya berlaku apabila bintang sedang dalam proses untuk mati.

    Oleh kerana tiada cahaya boleh keluar, manusia biasa tidak dapat melihat lubang hitam dengan mata kasar. Hanya teleskop angkasa lepas yang berteknologi tinggi dengan peralatan khas boleh membantu mencari lohong hitam.  Alat khas boleh melihat bagaimana bintang yang berkedudukan sangat hampir dengan lohong hitam kelihatan berbeza daripada bintang lain.

    Menurut Space Telescope Science Institute (STScI), kira-kira satu daripada setiap seribu bintang mempunyai jisim yang besar dan berpotensi menjadi lohong hitam. Memandangkan Bima Sakti mengandungi lebih 100 bilion bintang, galaksi kita berkemungkinan mempunyai kira-kira 100 juta lubang hitam.

    Seberapa besarkah lohong hitam?

    Lohong hitam boleh menjelma sama ada dengan saiz besar atau kecil. Para saintis berpendapat lohong hitam terkecil adalah sekecil-kecil satu atom. Meskipun mempunyai saiz yang kecil  tetapi ia mempunyai jisim sebesar gunung.

    Galaksi kita, Bima Sakti (Milky Way) boleh mengandungi lebih 100 juta lohong hitam walaupun usaha pencariannya sangat sukar. Di tengah-tengah Bima Sakti terletak lohong hitam yang sangat besar iaitu Sagittarius A*. 

    Struktur lohong hitam itu dikatakan sangat besar dan mempunyai berat kira-kira 4 juta kali jisim matahari.  Lohong hitam tersebut terletak kira-kira 26,000 tahun cahaya dari Bumi, menurut sebuah kenyataan daripada NASA.

    Bagaimana lohong hitam terbentuk?

    Para saintis berpendapat lohong hitam terkecil terbentuk apabila alam semesta bermula.

    Lohong hitam bintang terbentuk apabila pusat bintang yang sangat besar runtuh dengan sendirinya. Apabila ini berlaku, ia menyebabkan fenomena supernova. Supernova ialah kejadian bintang meletup dan sebahagian daripada bintang meletup itu meluncur di angkasa.

    Pada dasarnya, kematian sebuah bintang adalah kelahiran sebuah lohong hitam.

    Bagaimana saintis menemui lohong hitam jika ia sukar dilihat?

    Lohong hitam tidak dapat dilihat kerana graviti yang kuat menarik semua cahaya ke tengah pusat lohong hitam. Tetapi, saintis dapat melihat bagaimana graviti kuat memberi kesan kepada  sifat bintang dan gas yang berubah di sekitar lohong hitam. Para saintis boleh mengkaji bintang untuk mengetahui sama ada mereka terapung bebas di sekeliling semesta, berputar mengikut kitaran orbit atau berada di kawasan lohong hitam.

    Apabila lohong hitam dan bintang berdekatan, cahaya bertenaga tinggi terhasil. Cahaya seperti ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia. Para saintis perlu menggunakan satelit dan teleskop berteknologi canggih di angkasa untuk melihat cahaya bertenaga tinggi.

    Lohong hitam mampu memusnahkan bumi?

    Lohong hitam bukan Galactus. Ia tidak berlegar di angkasa untuk ‘memakan’ bintang, bulan dan planet. Bumi pula tidak akan terjerumus ke dalam lohong hitam kerana setakat ini tiada lohong hitam yang cukup dekat dengan sistem suria kita untuk memakan bumi.

    Meskipun ada lohong hitam berjisim sama dengan matahari dan boleh menggantikan matahari, bumi tetap tidak akan terjerumus ke dalamnya. Bumi dan planet-planet lain di dalam sistem suria akan mengorbit lohong hitam tersebut kerana mereka mengorbit matahari sekarang.  

    Para saintis yakin bahawa matahari tidak akan berubah menjadi lohong hitam. Matahari tidak cukup besar seperti bintang lain yang mempunyai keupayaan untuk bertukar menjadi sebuah lohong hitam. – RELEVAN

    Previous ArticleTelekesihatan khas untuk endometriosis, bantu wanita didiagnosis lebih awal
    Next Article 1,877 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam

    Artikel berkaitan

    Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

    May 21, 2026

    Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

    May 20, 2026

    7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

    May 20, 2026

    Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian

    May 19, 2026

    Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar

    May 19, 2026

    10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN

    May 18, 2026
    Artikel Terkini

    Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

    May 21, 2026

    Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

    May 20, 2026

    7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

    May 20, 2026

    Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian

    May 19, 2026

    Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar

    May 19, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.