Facebook Twitter
    Trending
    • Guru bukan pembantu peribadi anak
    • Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia
    • Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh
    • Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?
    • ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda
    • Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita
    • Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya
    • Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025

      Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

      April 17, 2025

      Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

      April 14, 2025

      ‘Healing’ tak semestinya melancong, ini 5 aktiviti lain yang anda boleh buat

      April 10, 2025
    • Kewangan

      Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?

      May 12, 2025

      Apa itu tarif dan kesannya kepada pengguna

      April 11, 2025

      Raya dah habis, dompet pun nipis, ini 7 cara untuk kembali stabil

      April 7, 2025

      Apa nak buat dengan duit raya?

      April 3, 2025

      Berbaloikah iftar di bufet hotel? 

      March 20, 2025
    • Pendidikan

      Guru bukan pembantu peribadi anak

      May 16, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat

      April 28, 2025

      Kecewa dengan keputusan SPM 2024? Semak semula dengan cara ini

      April 24, 2025

      Syarat dan cara memohon patching sijil SPM

      April 24, 2025
    • Kerjaya

      Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

      May 14, 2025

      Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

      May 13, 2025

      ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

      May 12, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

      May 2, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tonjolkan diri sebagai influencer dengan penjenamaan peribadi

    Tonjolkan diri sebagai influencer dengan penjenamaan peribadi

    By Nur Umi Fatehah Mohd KamalMay 25, 2022Updated:June 3, 20225 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    MENCIPTA jenama peribadi adalah penting untuk menaik taraf kerjaya anda sebagai pencipta kandungan atau pempengaruh (influencers).  Untuk meluaskan pengaruh dan menarik minat orang ramai untuk terus mengikuti kandungan yang akan anda hasilkan.

    Jika mempunyai jenama peribadi yang kukuh, anda akan menarik perhatian lebih ramai audiens dan jenama-jenama besar yang mahu menggunakan khidmat dan nama anda untuk mempromosikan sesuatu produk.  Secara tidak langsung, anda dapat menjana pendapatan dalam jumlah yang lebih besar.

    Dalam dunia di mana sesiapa sahaja boleh memulakan blog atau membuat profil media sosial, adalah penting untuk mempunyai penjenamaan peribadi agar kekal relevan di pentas media sosial.

    Penjenamaan peribadi (personal branding) boleh membantu anda menonjol daripada persona media sosial yang lain dan menarik perhatian bakal majikan atau klien. Jenama peribadi ialah cara untuk memasarkan diri dan pencapaian profesional anda. 

    Ketika mencipta jenama peribadi, terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan untuk tampil lebih menonjol dan unik.  Relevan kongsikan beberapa tip menurut perkongsian daripada Ahli Majlis Forbes, Ryan White dan pakar penjenamaan peribadi, Goldie Chan. 

    • Penampilan imej di media sosial

    Langkah praktikal untuk mula membina jenama peribadi anda adalah dengan memilih platform yang membolehkan anda memilih audiens yang sesuai dengan bakat yang ingin ditampilkan. Disiplinkan diri dan kekalkan komitmen untuk menghasilkan kandungan (content) setiap hari selama sekurang-kurangnya satu tahun. 

    Fikirkan tentang kekuatan anda dan bagaimana ia boleh dimanfaatkan untuk mendapatkan kelebihan. Contohnya, jika anda mempunyai suara yang unik dan mempunyai kriteria sebagai seorang pengacara, audio siar (podcast) berkemungkinan menjadi pilihan yang baik.  Hasilkan program yang berilmiah supaya anda bukan sahaja dapat ‘menjual’ suara tetapi juga mendidik pendengar.

    Jika mempunyai karisma dan yakin bercakap di hadapan kamera, anda boleh menghasilkan kandungan berkonsepkan vlog yang sering kelihatan di platform YouTube. Jika anda mempunyai bakat menulis atau ingin menjadi penulis dan pencerita yang hebat, blog berkemungkinan wadah yang paling sesuai seiring dengan konsep e-book pada era pendigitalan ini.

    • Pilih satu platform media sosial yang sesuai dengan anda

    Lambakan platform media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan TikTok mempunyai audiens yang berlainan matlamat.  Baru-baru ini, dikatakan TikTok merupakan aplikasi yang paling banyak dimuat turun di dunia.  Menurut Statista, sehingga April 2022, didapati 24 peratus penonton global TikTok adalah wanita berumur antara 18 hingga 24 tahun, manakala pengguna lelaki dalam kumpulan umur yang sama mencatatkan kira-kira 18 peratus. 

    Audiens dalam platform video sosial popular itu terdiri daripada 17 peratus pengguna wanita berumur antara 25 dengan 34 tahun dan 14 peratus pengguna lelaki dalam kumpulan umur yang sama.

    Kenal pasti matlamat anda untuk menghasilkan kandungan yang bersesuaian mengikut jenis media sosial dan kumpulan umur yang tertentu.  Sebagai contoh, jika anda menghasilkan kandungan untuk golongan remaja, TikTok berkemungkinan adalah pilihan terbaik.

    Di samping itu, pakar menasihati untuk menggunakan satu platform sahaja sehingga anda menguasainya sebelum berpindah ke platform lain. Pakar mentakrifkan ‘menguasai’ platform sebagai menghasilkan kandungan berkualiti secara konsisten dan akaun anda mampu berkembang setiap hari dengan sendirinya tanpa perlu usaha yang banyak.

    Walau bagaimanapun, matlamat akhirnya adalah untuk mencipta nama di semua platform media sosial. Hal ini kerana akan sentiasa ada orang yang menemui anda pada satu platform yang mungkin tidak pernah menemui anda di platform lain. 

    • Konsep yang konsisten

    Ia juga sangat penting untuk anda terus konsisten dalam membina penjenamaan peribadi.  Daripada menggunakan bahasa dan konsep yang sama merentas semua platform kepada identiti yang dipersembahkan di media sosial. Jika dilakukan dengan betul, jenama peribadi boleh membantu anda mencapai matlamat anda.

    Sebagai contoh, jika anda mempunyai matlamat untuk menghasilkan kandungan yang berkaitan dengan bidang perubatan, kekal dengan imej yang sesuai dan hasilkan kandungan yang bertemakan perubatan.  Pastikan anda tidak melanggar apa-apa etika kerana anda tidak mahu audiens mempunyai tanggapan buruk kepada diri anda sendiri.

    • Bina rangkaian yang betul

    Rangkaian bukan sahaja tentang perkongsian maklumat, ia juga tentang membina hubungan yang akan memberi manfaat kepada anda pada masa hadapan. Apa sahaja yang anda ingin capai, anda tidak boleh melakukannya bersendirian, itulah sebabnya anda perlu menjadi sebahagian daripada kolektif.

    Pada asasnya, jika anda ingin berjaya, anda memerlukan bantuan. Bina rangkaian yang strategik kerana tidak semua acara rangkaian akan memberi manfaat kepada anda. Apabila anda mendapat jemputan, pertimbangkan dahulu sama ada dengan membina rangkaian dengan mereka akan membantu atau memburukkan prestasi anda.

    Kemudian, pertimbangkan bagaimana anda boleh menyumbang kepada rangkaian anda. Dalam beberapa situasi, amat penting untuk menetapkan siapa yang anda kenal dan mengekalkan hubungan yang baik untuk memastikan perkembangan kerjaya.

    • Cipta impak positif

    Selepas membangunkan jenama peribadi anda dalam tempoh masa tertentu, biasanya terdapat dua cara untuk terus membina jenama anda sama ada dengan menjadi lebih baik daripada orang lain yang sudah dikenali di media sosial atau membina jambatan dan mengembangkan komuniti di sekeliling anda secara berterusan. 

    Jacob Shwirtz, ketua perkongsian sosial di WeWork, telah bekerja dengan banyak pengaruh terkemuka di dunia, termasuk personaliti solekan dan andaman, Michelle Phan berkongsi pandangan tentang isu ini.

    “Petua ringkas saya tentang penjenamaan peribadi adalah sentiasa ingat bahawa penjenamaan peribadi anda mewakili diri sendiri. Tidak mengira apa pekerjaan semasa, sentiasa ingat kesan yang anda tinggalkan kepada orang lain,” kongsi beliau.

    Dengan mengguna pakai strategi yang dikongsikan ke dalam usaha membina penjenamaan peribadi, anda boleh membina kesedaran tentang bakat, kelayakan dan keunikan anda untuk membina nama ke pentas media sosial yang lebih profesional dalam bidang anda. – RELEVAN

    featured influencer kerjaya penjenamaan peribadi
    Artikel Terkini

    Guru bukan pembantu peribadi anak

    May 16, 2025

    Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

    May 14, 2025

    Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

    May 13, 2025

    Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?

    May 12, 2025

    ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

    May 12, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.