Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 tip latih anak bijak urus kewangan

    5 tip latih anak bijak urus kewangan

    By Zubaidah IbrahimMay 11, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto: jcomp - www.freepik.com

    RAMAI orang mengalami masalah menguruskan kewangan kerana tiada pengetahuan atau ilmu berkaitan dengannya dan juga tidak dididik sejak kecil mengenai cara mengendalikan kewangan dengan baik.

    Sehubungan itu, anak-anak perlu didedahkan dan dilatih dengan ilmu menguruskan kewangan sejak di awal usia agar apabila meningkat dewasa mereka bijak merancang kewangan masa hadapan.

    Sudah tentu kita tidak mahu anak-anak mengulangi kesilapan yang sama dilakukan oleh orang tua mereka. Sehubungan itu, Relevan kongsikan cara mengajar anak anda untuk menguruskan kewangan seperti disarankan oleh laman web money.usnews.com

    1. Bercakap dengan anak-anak mengenai wang

    Pengasas Capital Intelligence Associates di Santa Monica, California, Mitchell Kraus berkata, cara terbaik ibu bapa mengajar anak-anak mengenai tabiat kewangan yang baik ialah dengan membincangkan keputusan kewangan yang mereka akan buat.

    Beliau mengakui bahawa setiap orang mempunyai keputusan kewangan yang berbeza, tetapi ibu bapa perlu membincangkan tentang cara anda berfikir ketika berbelanja dan menyimpan bersama anak-anak.

    2. Pertimbangan pemberian elaun

    Ada sesetengah pakar berkata, anak-anak tidak sepatutnya dibayar untuk melakukan kerja-kerja di rumah. Namun, pada pendapat Kraus, memberikan elaun kecil kepada anak-anak juga membantu mereka belajar untuk membuat pilihan kepada cara menggunakan wang tersebut.

    3. Teruskan membincangkan perihal kewangan sejak usia kanak-kanak sehingga meningkat remaja

    “Kebanyakan ibu bapa akan berhenti seketika untuk membincangkan perkara berkaitan kewangan anak-anak yang mana pilihan itu telah diserahkan sepenuhnya kepada mereka untuk membina masa hadapan masing-masing.

    “Kita sering juga mendengar tentang kekayaan sesebuah keluarga yang ‘lenyap’ apabila memasuki generasi ketiga,” tutur Kraus.

    Jelasnya, generasi pertama bekerja keras dan hidup dengan bajet yang sangat ketat untuk mencipta kekayaan manakala generasi kedua melihat dan memahami kerja keras serta pengorbanan itu. Malangnya, generasi ketiga tidak melihat dan memahami semua kepayahan tersebut.

    4. Libatkan anak-anak dalam pemberian amal

    “Melibatkan anak-anak anda dalam kerja amal adalah mengajar mereka nilai kemanusiaan, sikap bertimbang rasa dan berkongsi dengan mereka yang memerlukan.

    “Ia juga mengajar anak-anak tentang pentingnya mempunyai simpanan dan kewangan yang kukuh serta berbakti kepada masyarakat,” ujar perancang kewangan dan penasihat kekayaan bertauliah di Bartlett Wealth Management, Ross Cohen.

    5. Menyimpan wang sebagai satu pertandingan

    “Sudah menjadi sifat kanak-kanak yang sukakan persaingan. Ibu bapa perlu berikan bonus istimewa kepada anak-anak yang berjaya menyimpan paling banyak.

    “Pun begitu, ia akan membantu jika anda mengajar anak-anak tentang kewangan itu dalam keadaan yang menyeronokkan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Noel Taylor Agency, sebuah firma perkhidmatan kewangan di North Myrtle Beach, South Carolina, Colombia, Lamar Brabham. – RELEVAN

    Previous Article2,605 kes baharu Covid-19 semalam, kes aktif kembali meningkat
    Next Article Empat cara urus duit raya anak dengan baik menurut pakar kewangan

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.