Facebook Twitter
    Trending
    • Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu
    • 7 penyesalan terbesar dalam kewangan
    • Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5
    • ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya
    • Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

      June 10, 2026

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026
    • Kewangan

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tiga skim bantu orang muda B40, M40 miliki rumah sendiri

    Tiga skim bantu orang muda B40, M40 miliki rumah sendiri

    By Zubaidah IbrahimApril 14, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto: Pexels

    GOLONGAN B40, M40 dan pekerja sektor tidak formal kini mampu memiliki rumah sendiri menerusi Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya) yang diperkenalkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini.

    Inisiatif i-Biaya merupakan program di bawah Home Ownership Programme (HOPE) sebagai usaha untuk meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat Malaysia dan merealisasikan matlamat satu keluarga satu rumah.

    Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan sering mendengar keluhan golongan B40 dan M40 yang masih menghadapi cabaran untuk memiliki kediaman sendiri.

    “Sehubungan itu, menerusi i-Biaya ini, mereka bakal memperoleh manfaat di bawah  tiga skim pembiayaan iaitu Skim Jaminan Kredit Perumahan, Skim Rumah Pertamaku (SRP) dan Skim Rent-to-Own oleh PR1MA.

    “SRP ditujukan kepada golongan muda yang mempunyai pendapatan kasar isi rumah bulanan tidak lebih RM10,000 dengan harga rumah sehingga 500k bagi pasaran utama dan sekunder,” katanya ketika merasmikan Majlis Pelancaran i-Biaya hari ini.

    Sementara itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, i-Biaya akan menyediakan pembiayaan bagi yang berhadapan dengan masalah akses kepada pembiayaan perumahan dan memberi jaminan kepada pembeli rumah pertama serta menyediakan khidmat nasihat.

    “Kerajaan ingin membantu mereka yang tidak mampu menyediakan wang deposit rumah, kekangan gaji, latar pekerjaan yang menyukarkan untuk mendapatkan pinjaman bank dan sebagainya agar dapat merealisasikan impian rakyat untuk memiliki rumah sendiri.

    “Kerajaan ingin memberi penyelesaian kepada permasalahan pemilikan rumah yang sering menjadi keluhan rakyat dengan memperkenalkan inisiatif i-Biaya ini,” tuturnya yang turut sama dalam Majlis Pelancaran i-Biaya tersebut.

    Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai i-Biaya dengan melayari laman web rasmi KPKT di sini.- RELEVAN

    Previous Article10,052 kes baharu Covid-19 semalam dengan 22 kematian
    Next Article Individu 60 tahun ke atas dengan komorbiditi boleh terima dos penggalak kedua

    Artikel berkaitan

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026

    Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

    June 10, 2026

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026
    Artikel Terkini

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026

    Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

    June 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.