Facebook Twitter
    Trending
    • 7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba
    • Tanda-tanda anda menghidap buasir
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    • 7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan
    • Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda-tanda anda menghidap buasir

      April 17, 2026

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026

      5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

      April 13, 2026
    • Kewangan

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Individu 60 tahun ke atas dengan komorbiditi boleh terima dos penggalak kedua

    Individu 60 tahun ke atas dengan komorbiditi boleh terima dos penggalak kedua

    By KU SYAFIQ KU FOZIApril 14, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    INDIVIDU berusia 60 tahun ke atas dengan komorbiditi berisiko tinggi boleh diberikan dos penggalak kedua dengan selang masa empat hingga enam bulan selepas menerima dos penggalak pertama.

    Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman tersebut dibuat selepas mengambil kira saranan panel Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) yang telah meneliti kajian saintifik dan kohort di Malaysia.

    Kajian-kajian tersebut mendapati, golongan umur 60 tahun ke atas dengan komorbiditi seperti penyakit jantung, paru-paru, buah pinggang, hati dan diabetes mempunyai risiko untuk mendapat gejala serius serta kematian akibat Covid-19.

    Bagi mereka yang berumur 60 tahun ke atas tetapi tiada komorbiditi, mereka dibolehkan untuk menerima dos penggalak kedua tetapi perlu berbincang dengan pengamal perubatan terlebih dahulu. 

    “Saya nak tegaskan: ini tidak wajib, ini pilihan untuk mereka,” kata Khairy dalam sidang akhbar hari ini.

    Beliau turut mengumumkan kebenaran untuk remaja berusia 12 hingga 17 tahun yang mempunyai masalah dengan sistem imum, baik terimunokompromi (immunocompromised) secara teruk atau sederhana menerima dos penggalak dengan selang masa 28 hari daripada tarikh menerima dos kedua.

    Pengambilan dos penggalak untuk mereka juga bersifat pilihan, tertakluk kepada persetujuan remaja tersebut bersama ibu bapanya selepas berbincang dengan pengamal perubatan.

    Menurut Khairy, mereka yang memerlukan dos penggalak kedua untuk tujuan pengembaraan juga dibenarkan untuk membuat permohonan.

    “Terdapat sesetengah negara di benua Eropah yang tidak mengiktiraf vaksin Sinovac dan Sinopharm sebagai dos primer dan penggalak.

    “Justeru, individu yang ingin ke luar negara boleh diberikan dos penggalak kedua selepas selang masa sekurang-kurangnya satu bulan daripada dos penggalak pertama bagi memenuhi keperluan ke luar negara,” katanya.

    Jelas Khairy, buat masa ini, vaksin mRNA Comirnaty (Pfizer-BioNTech) merupakan vaksin yang disyorkan bagi dos penggalak kedua berdasarkan data saintifik yang tersedia.

    Ketika ini, kata beliau, kerajaan mempunya 5.6 juta dos Pfizer-BioNTech yang boleh digunakan untuk pemberian dos penggalak kedua. 

    “Kita akan umumkan cara tempahan dan temu janji yang boleh dibuat melalui MySejahtera,” katanya. – RELEVAN

    Previous ArticleTiga skim bantu orang muda B40, M40 miliki rumah sendiri
    Next Article Anda boleh dijangkiti Covid-19 dua kali dalam 90 hari, jaga-jaga subnasab Omicron

    Artikel berkaitan

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026
    Artikel Terkini

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.