Facebook Twitter
    Trending
    • Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik
    • Punca bateri telefon sentiasa habis
    • Kubis goreng boleh mengundang kanser?
    • 8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi
    • 5 tabiat pagi yang merosakkan otak
    • 4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah
    • Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini
    • Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kubis goreng boleh mengundang kanser?

      February 5, 2026

      5 tabiat pagi yang merosakkan otak

      February 4, 2026

      4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

      February 4, 2026

      Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

      February 2, 2026

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026
    • Kewangan

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026
    • Pendidikan

      Punca bateri telefon sentiasa habis

      February 6, 2026

      Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini

      February 4, 2026

      Jangan cas telefon sebelah bantal!

      February 2, 2026

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026
    • Kerjaya

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pesakit diabetes boleh berpuasa dengan mengikuti 4 langkah ini

    Pesakit diabetes boleh berpuasa dengan mengikuti 4 langkah ini

    By Zubaidah IbrahimMarch 24, 2022Updated:April 20, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto: xb100 - www.freepik.com

    RAMADAN merupakan bulan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia untuk menunaikan ibadah semaksimum mungkin dan salah satunya ialah berpuasa selama 30 hari.

    Pun begitu, berpuasa agak mencabar bagi pesakit diabetes yang mana berdepan risiko kesihatan seperti dehidrasi atau hipoglisemia semasa waktu berpuasa dan hiperglisemia selepas berbuka puasa.

    Justeru, Pengarah Perubatan di Abbott Nutrition, Dr. Nina Mazera berkongsi empat tip untuk membantu pesakit diabetes bersedia berpuasa dengan selamat di bulan Ramadan.

    1. Dapatkan nasihat doktor ketika menjalankan percubaan puasa sebelum Ramadan

    Dinasihatkan anda berjumpa doktor dan pakar pemakanan dalam tempoh enam hingga lapan minggu sebelum Ramadan untuk mendapatkan pandangan mereka.

    Pra Ramadan ini penting untuk menilai risiko, melihat sebarang kemungkinan komplikasi yang timbul semasa dan selepas berpuasa serta cara mengatasinya.

     Doktor akan menyemak sejarah perubatan anda, melakukan penilaian risiko, menasihati pengambilan dos ubat dan rutin insulin serta menilai sama ada berpuasa selamat atau tidak untuk anda. Selain itu, percubaan berpuasa sebelum Ramadan (puasa sunat) boleh membiasakan badan anda dengan amalan tersebut.

    2. Makan sahur dan berbuka dengan menu sihat serta bersederhana

    Ambil makanan yang mempunyai indeks glisemik rendah dan berserat tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang serta makanan seimbang.

    Untuk memastikan tahap glukosa dalam darah anda berada dalam keadaan  selamat selepas berpuasa adalah dengan mengambil dua hingga tiga biji buah kurma atau sepinggan kecil buah-buahan serta minum air dengan banyak bagi mengatasi dehidrasi.

    3. Pantau paras glukosa dengan kerap dan peka dengan keadaan kesihatan badan

    Pantau paras glukosa dalam darah dengan kerap ketika berpuasa dan tidak berpuasa bagi menyesuaikan ubatan atau rawatan bertepatan mengikut keperluan anda. Tahap gula dalam darah perlu dilihat sebelum sahur dan dua jam selepas berpuasa..

    Ia penting untuk membantu anda mengenali tahap gula dalam darah sama ada tinggi atau rendah. Ada dalam beberapa kes memerlukan pesakit diabetes tidak boleh meneruskan puasa.

    Amat penting bagi pesakit diabetes untuk mengetahui keadaan badan mereka sama ada mengalami hipoglisemia atau hiperglisemia. Jika berisiko anda hendaklah dikecualikan daripada berpuasa.

    4. Kekal aktif dengan menjalankan aktiviti fizikal secara sederhana

    Senaman mempunyai banyak faedah untuk pesakit diabetes kerana ia boleh menurunkan para gula dalam darah sehingga 12 jam bagi membolehkan badan menggunakan insulin dengan lebih baik.

    Sehubungan itu, digalakkan melakukan senaman ringan atau sederhana sekurang-kurangnya 30 minit diantara waktu sebelum berbuka dan masa sebelum bersahur. Bagaimanapun, elakkan melakukan aktiviti fizikal berlebihan kerana ia boleh menyebabkan risiko hipoglikemia atau dehidrasi yang lebih tinggi.- RELEVAN

    Previous Article22,491 kes baharu, 65 kematian
    Next Article 2 juta penerima vaksin Sinovac dijangka hilang status vaksinasi penuh

    Artikel berkaitan

    Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

    February 6, 2026

    Punca bateri telefon sentiasa habis

    February 6, 2026

    Kubis goreng boleh mengundang kanser?

    February 5, 2026

    8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

    February 5, 2026

    5 tabiat pagi yang merosakkan otak

    February 4, 2026

    4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

    February 4, 2026
    Artikel Terkini

    Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

    February 6, 2026

    Punca bateri telefon sentiasa habis

    February 6, 2026

    Kubis goreng boleh mengundang kanser?

    February 5, 2026

    8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

    February 5, 2026

    5 tabiat pagi yang merosakkan otak

    February 4, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.