Facebook Twitter
    Trending
    • Fakta menarik tentang makanan yang anda mungkin tidak tahu
    • Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan
    • Ibu sentiasa bersama kita, walau sudah tiada – kajian
    • Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu
    • Disahkan bankrap? Fahami hak anda dan cara keluar daripada status muflis
    • Kemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’
    • Niat nak buat kenduri guna daging korban? Fahamkan dulu hukum ini
    • 5 tabiat yang memburukkan lagi penyakit gastrik
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Fakta menarik tentang makanan yang anda mungkin tidak tahu

      May 9, 2026

      5 tabiat yang memburukkan lagi penyakit gastrik

      May 4, 2026

      Cellulite, stretch mark lepas kurus – Punca dan rawatan

      May 4, 2026

      Sedang di ‘fasa luteal’ ? ini 8 cara untuk mengawalnya

      May 1, 2026

      Risiko guna telefon sambil makan

      April 29, 2026
    • Kewangan

      Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

      May 6, 2026

      Disahkan bankrap? Fahami hak anda dan cara keluar daripada status muflis

      May 6, 2026

      Petanda anda perlu mula buat ‘side income’

      April 27, 2026

      FOMO beli barang mewah? Kenapa susah lawan nafsu dan cara atasinya

      April 27, 2026

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026
    • Pendidikan

      Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan

      May 7, 2026

      Ibu sentiasa bersama kita, walau sudah tiada – kajian

      May 7, 2026

      Niat nak buat kenduri guna daging korban? Fahamkan dulu hukum ini

      May 5, 2026

      Belum daftar MyDigital ID? Jangan tangguh sehingga terlambat

      May 1, 2026

      Petua simpan barang basah agar tahan lebih lama

      April 30, 2026
    • Kerjaya

      Kemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’

      May 5, 2026

      Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda

      April 30, 2026

      Tanda anda sedang bahagia dengan pekerjaan sekarang

      April 28, 2026

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026

      Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia

      April 24, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Siapa yang perlu dan tidak perlu keluarkan caruman KWSP?

    Siapa yang perlu dan tidak perlu keluarkan caruman KWSP?

    By KU SYAFIQ KU FOZIMarch 17, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    KEBENARAN  untuk mengeluarkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) oleh kerajaan semalam melegakan banyak pihak. Setelah berbulan-bulan permintaan dibuat, akhirnya kerajaan membenarkannya dengan perincian yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

    Walaupun rata-rata pencarum menyambut baik keputusan tersebut, ada juga kebimbangan yang disuarakan. Kebenaran pengeluaran tersebut dilihat berpotensi menimbulkan krisis persaraan pada masa akan datang apabila pencarum yang memilih untuk mengeluarkan simpanan tidak mempunyai dana persaraan yang cukup.

    Baik atau buruk pengeluaran tersebut, ia sangat bergantung kepada kedudukan kewangan seseorang. Pandemik Covid-19 yang telah melanda negara selama dua tahun memberi kesan kepada pendapatan rakyat. Tidak dinafikan, ada dalam kalangan rakyat yang sangat terdesak sekarang.

    Namun, kepentingan menyediakan dana persaraan yang mencukupi juga penting. Tambahan lagi, Malaysia dijangka mencapai status negara tua dalam tempoh kurang 10 tahun dari sekarang. Populasi penduduk berusia 60 tahun ke atas akan bertambah ramai. Jika isu dana persaraan ini tidak dikendali dengan baik, kita akan mencipta krisis pada masa hadapan untuk mengatasi krisis hari ini.

    Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof. Madya Ahmed Razman Abdul Latiff berpandangan, pengeluaran simpanan sehingga RM10,000 ini merupakan langkah terakhir untuk melunaskan komitmen kewangan individu. Ia pilihan terakhir setelah segala bentuk bantuan yang boleh tersedia telah diterima.

    Kata beliau, jika tiada keperluan yang mendesak, lebih elok jika caruman tersebut dikekalkan dalam akaun demi kelangsungan hidup pada usia persaraan nanti.

    Sehubungan itu, bagi memudahkan pembaca membuat keputusan untuk membuat pengeluaran atau tidak, Ahmed Razman menyenaraikan tiga keadaan yang memerlukan seseorang membuat pengeluaran dan tiga keadaan yang tidak memerlukan seseorang membuat pengeluaran.

     

    PERLU

    1. Golongan yang mempunyai caruman mencukupi tetapi dibebani dengan tunggakan hutang. Selain kurang dana persaraan, tunggakan hutang juga boleh membinasakan masa hadapan kewangan seseorang. Jika carumannya mencukupi dan dengan pengeluaran tersebut tunggakan hutang dapat dijelaskan atau dikurangkan, gunakanlah simpanan tersebut sebaiknya.
    2. Golongan yang sudah mendapat pelbagai bantuan daripada kerajaan dan pihak lain tetapi masih memerlukan bantuan. Jika ada ruang untuk memohon bantuan yang tidak memerlukan anda menyentuh simpanan, usahakannya terlebih dahulu. Namun, jika pelbagai bantuan sudah diterima tetapi masih terdesak untuk wang, anda patut mengeluarkan simpanan. Selesaikan segala tunggakan hutang atau pembayaran dengan wang tersebut.
    3. Golongan yang perlu bantu ahli keluarga menyelesaikan tunggakan. Boleh jadi suri rumah yang mahu membantu suami atau anak-anak yang mahu bantu ibu bapa. Cuma perlu diingat, untuk pencarum yang masih muda, pastikan simpanan anda mencukupi dan kerugiannya lebih besar jika anda membuat keputusan untuk mengeluarkan simpanan. RM10,000 simpanan hari ini boleh bercambah menjadi RM50,000 dalam masa 30 tahun. Jadi, fikir masak-masak.

    TIDAK PERLU

    1. Golongan yang tiada keperluan mendesak. Jika anda berhasrat mengeluarkan simpanan untuk membeli kehendak yang sebenarnya boleh ditangguh, berfikirlah dengan lebih panjang. Usahakan cara lain untuk mendapatkan kehendak tersebut. Selagi belum terdesak, jangan keluarkan.
    2. Golongan yang mahu gunakan duit tersebut untuk membayar komitmen bulanan. Pengeluaran ini bersifat sekali dapat (one-off), jadi ia tidak sesuai untuk maksud bayaran komitmen bulanan. 
    3. Golongan yang mempunyai simpanan yang amat sedikit dalam KWSP. Untuk golongan ini, bantuan dari agensi lain seperti badan kebajikan, pusat zakat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan mana-mana agensi kerajaan lain lebih selamat. Anda juga boleh mendapatkan nasihat kewangan dan menstruktur semula komitmen bulanan melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). – RELEVAN
    Previous ArticleDiagnosis dan urus menopaus dengan betul, elak komplikasi penyakit kronik
    Next Article 27,004 kes jangkitan baharu, 86 kematian

    Artikel berkaitan

    Fakta menarik tentang makanan yang anda mungkin tidak tahu

    May 9, 2026

    Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan

    May 7, 2026

    Ibu sentiasa bersama kita, walau sudah tiada – kajian

    May 7, 2026

    Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

    May 6, 2026

    Disahkan bankrap? Fahami hak anda dan cara keluar daripada status muflis

    May 6, 2026

    Kemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’

    May 5, 2026
    Artikel Terkini

    Fakta menarik tentang makanan yang anda mungkin tidak tahu

    May 9, 2026

    Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan

    May 7, 2026

    Ibu sentiasa bersama kita, walau sudah tiada – kajian

    May 7, 2026

    Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

    May 6, 2026

    Disahkan bankrap? Fahami hak anda dan cara keluar daripada status muflis

    May 6, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.