Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ijazah PAKK tiada nilai?

    Ijazah PAKK tiada nilai?

    By KU SYAFIQ KU FOZIFebruary 19, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    PETALING JAYA: Dalam kegembiraan 8,120 calon guru menerima penempatan Isnin lalu, ada rintihan dalam kalangan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) yang tenggelam.

    Menurut wakilnya, Muhammad Nur Azam Ghazali, daripada lebih 1,000 graduan bidang itu yang ditemu duga dalam pengambilan khas sekali ambil (one-off) baru-baru ini, hanya 12 calon yang lulus.

    Jumlah tersebut yang hanya kira-kira satu peratus daripada keseluruhan calon ternyata mengecewakan bagi graduan, lebih-lebih lagi mereka yang sudah menunggu selama lebih lima tahun.

    “Saya faham isu rezeki atau mungkin prestasi kami tak cukup baik dalam temu duga. Tapi kalau hanya satu peratus tempat untuk kami semua rebut, ia tidak adil. Dalam 99 peratus yang tidak berjaya itu pasti ada yang bagus tapi gagal kerana tiada tempat.

    “Ruang untuk kami memang terhad tapi kami sendiri tak kisah jika diterima untuk mengajar opsyen lain. Kami tetap ada kemahiran dan pengetahuan untuk mengajar,” katanya ketika dihubungi RELEVAN.

    Muhammad Nur Azam sendiri merupakan pelajar cemerlang apabila menggondol empat anugerah dalam Istiadat Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Ke-22 pada November lalu, termasuk Anugerah Pelajaran Diraja.

    Isu penempatan graduan PAKK pernah dilaporkan Utusan Malaysia pada 2018 dan 2020 lalu dan sehingga kini ia belum dapat diselesaikan.

    Punca utama isu tersebut ialah ruang penempatan untuk graduan bidang itu yang sangat terhad.

    Walaupun universiti melahirkan ratusan graduan dalam bidang itu setiap tahun, hanya sebilangan kecil yang mendapat penempatan menyebabkan berlaku lambakan graduan yang menunggu penempatan.

    RELEVAN difahamkan, penempatan untuk pemegang ISMP PAKK hanya terhad untuk pengambilan program Genius yang sangat terhad dan sudah beberapa tahun tiada kekosongan.

    Untuk prasekolah, penempatan dikhaskan untuk graduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) PAKK lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) manakala untuk taska dan tabika Kemas, ia khusus untuk pemegang Diploma PAKK.

    Lebih menyedihkan, ruang untuk graduan ISMP PAKK menjadi pengasuh di taska swasta juga terhad kerana perlu bersaing dengan lepasan Kursus Asuhan Permata (KAP) yang sebahagian besarnya bukan pemegang ijazah.

    Seperti yang ditetapkan dalam Peraturan 54 Peraturan-Peraturan Taska 2012, kelayakan untuk seseorang bergelar pengasuh adalah dengan hadir dan lulus KAP sahaja.

    Wakil Gerakan Graduan Pendidikan Universiti Awam (GGPUA), Chonnel George berkata, situasi tersebut menyukarkan graduan ISMP PAKK untuk memohon sebagai pengasuh taska swasta kerana pemilik taska lebih cenderung memilih pengasuh yang tiada ijazah supaya boleh bayar gaji yang lebih rendah.

    “Walaupun mereka melengkapi diri dengan ilmu PAKK selama empat tahun pengajian, mereka tidak sesuai jadi pengasuh taska kerana terlebih layak (overqualify).

    “Satu-satunya peluang yang mereka ada adalah dengan menyambung pelajaran ke peringkat sarjana dan doktor falsafah kemudian menjadi pensyarah. Namun, bukan semua orang mampu buat begitu. Ramai yang terdesak mahukan pekerjaan selepas tamat ijazah supaya boleh tampung diri dan keluarga,” katanya. – RELEVAN

    Previous ArticleVaksin ‘selamatkan’ ibu hamil
    Next Article 26,832 kes baharu dicatatkan semalam, 37 kematian

    Artikel berkaitan

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026

    Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

    June 22, 2026

    Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

    June 22, 2026

    5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

    June 19, 2026

    6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

    June 17, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.