PETALING JAYA: Sebanyak 17,134 kes baharu dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kes terkumpul Covid-19 negara meningkat kepada 2,956,332 kes.
Ini merupakan kali keempat berturut-turut kes harian mencecah lima angka selepas mencatatkan 10,089 kes pada Ahad lalu.
Berita berkaitan:
- Tidur terganggu kerana kejang otot pada waktu malam, ini punca dan cara untuk atasi – Pakar perubatan
- 15 khasiat luar biasa biji betik yang ramai tidak tahu
- Pilih doktor estetik bertauliah untuk dapat kulit cantik
- Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
- Rawat jerawat, pori dan garis penuaan dengan produk yang betul
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, hanya 86 kes atau 0.5 peratus daripada keseluruhan kes tersebut melibatkan pesakit dalam kategori 3,4 dan 5.
Kata beliau, baki 17,048 kes atau 99.5 peratus lagi merupakan pesakit dalam kategori 1 dan 2.
Pesakit dalam kategori 1 dan 2 merupakan kes positif Covid-19 yang tidak bergejala atau bergejala ringan tanpa melibatkan jangkitan pada paru-paru.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terbaharu berkaitan Covid-19 di laman web covidnow.moh.gov.my yang akan dikemas kini sekali gus selepas tengah malam. – RELEVAN


