Zubaidah Ibrahim

KES jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 14,944 kes semalam berbanding 11,994 kes kelmarin. Catatan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 4,307,529 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kategori 1 merekodkan jumlah tertinggi iaitu 9,341 kes atau 62.51 peratus manakala sebanyak 5,537 kes atau 37.05 peratus direkodkan dalam kategori 2. Jelas beliau, kategori 3 mencatatkan sebanyak 31 kes (0.20 peratus), 16 kes (0.11 peratus) dalam kategori 4 manakala 19 kes (0.13 peratus) bagi kategori 5. Semalam juga mencatatkan sebanyak 14,045 kes sembuh, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah sebanyak…

Read More

MEMILIKI kulit yang cantik dan berseri menjadi idaman setiap orang tidak kira lelaki mahupun wanita sehingga sanggup berhabisan duit untuk membeli produk mencantikkan kulit dan juga mendapatkan rawatan di klinik kecantikan. Kemahuan itu semakin melonjak tatkala hari raya bakal tiba yang mana masing-masing berlumba-lumba untuk berpenampilan menarik termasuklah memastikan kulit cantik berseri. Berita baik kepada anda semua, tidak perlu berhabisan ribuan ringgit untuk mendapatkan kulit yang cantik, tetapi hanya mengamalkan pemakanan daripada sumber semula jadi yang mengandungi karotenoid. Perkara itu dikongsikan oleh Saintis Pemakanan, Dr. Suri Roowi yang mendedahkan bahawa pengambilan makanan yang tinggi karotenoid akan menjadikan kulit lebih cantik…

Read More

SETELAH dua tahun kita terhalang untuk beraya dengan meriah ekoran pandemik Covid-19, kini semua orang mampu tersenyum riang dan tidak sabar meraikannya bersama sanak saudara selepas negara berada dalam fasa peralihan ke endemik yang membenarkan orang ramai beraya tanpa sekatan jalan raya dan bebas ke mana sahaja. Pastinya ramai yang ingin ‘melepas geram’ melaram di hari raya, namun harus diingat walaupun ingin beraya sakan jangan sampai berbelanja dengan boros dan akhirnya menjejaskan kewangan. Perancang Kewangan Berlesen, Zulkhairi Zulkifli, berkata, tidak salah untuk kita meraikan hari raya dengan meriah, tetapi jangan sampai menjerat diri dalam hutang demi memenuhi kehendak diri. “Perbelanjaan…

Read More

BUAH tembikai kelihatan sangat ‘menggoda’ sehingga ia cukup popular dijadikan minuman atau dimakan begitu sahaja untuk menghilangkan dahaga ketika cuaca panas mahupun dijadikan minuman berbuka puasa.  Bukan setakat mitos, buah tembikai sebenarnya mempunyai khasiat yang sangat baik untuk tubuh badan dengan memberikan tenaga dan menghilangkan dahaga selepas seharian berpuasa. Menurut Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad, mengikut kajian sains, buah tembikai ini sangat sesuai dijadikan hidangan pertama ketika berbuka puasa bersama dengan kurma. “Satu atau dua keping hirisan tembikai bersama beberapa biji kurma dan segelas air kosong cukup untuk memberikan tenaga segera bagi mereka yang berpuasa. “Namun harus diingat, tembikai…

Read More

ANAK-ANAK ibarat kain putih bersih dan ibu bapalah yang harus mencorak tingkah laku baik mereka dengan memberi bimbingan serta didikan sewajarnya agar membesar menjadi manusia berbudi pekerti mulia. Tugas itu bukan mudah kerana setiap anak mempunyai ragam dan kerenah yang menguji kesabaran ibu bapa apatah lagi jika mereka sukar untuk mendengar kata. Sehubungan itu, Relevan kongsikan strategi untuk memupuk minat anak-anak supaya mematuhi apa yang diperkatakan ibu bapa dan menjadi pendengar yang baik seperti disarankan oleh portal keibubapaan Verywell Family. 1. Lihat mata ke mata Rendahkan posisi badan anda ke paras mata anak dan meminta dia melihat terus kepada anda…

Read More

SEBANYAK 10,002 kes jangkitan baharu Covid-19 dicatatkan semalam berbanding 12,380 kes kelmarin. Jumlah kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 4,256,469 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kategori 1 mencatatkan sebanyak 5,495  kes atau 54.94 peratus manakala sebanyak 4,418 kes atau 44.17 peratus direkodkan dalam kategori 2. Tambah beliau, kategori 3 pula mencatatkan sebanyak 30 kes (0.30 peratus), 33 kes (0.33 peratus) dalam kategori 4 manakala 26 kes (0.26 peratus) bagi kategori 5. Semalam juga mencatatkan sebanyak 23,302 kes sembuh, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah sebanyak 4,041,723 kes.…

Read More

SETIAP anak-anak mempunyai kerenah masing-masing dan ibu bapa perlu menghadapi perangai mereka dengan bijaksana serta kesabaran yang tinggi dalam proses membesarkan anak-anak. Bukan mudah untuk mendidik anak-anak agar mereka mendengar apa yang kita perkatakan dan ia merupakan cabaran besar buat ibu bapa untuk memastikan mereka mengikuti segala arahan. Sebenarnya, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan anak-anak tidak mendengar mahu mendengar kata seperti dikongsikan oleh laman web keibubapaan, Verywell Family 1. Anda terlalu banyak cakap Terangkan sesuatu dengan ringkas yang menjurus kepada satu atau dua perkara sahaja merupakan polisi terbaik ketika berkomunikasi dengan kanak-kanak. Menyenaraikan semua tugas yang mereka perlu lakukan, seperti…

Read More

SEMALAM mencatatkan sebanyak 14,692 kes jangkitan baharu Covid-19 berbanding 17,476 kes kelmarin. Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 4,234,087 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kategori 1 mencatatkan sebanyak 8,557 kes atau 58.24 peratus manakala sebanyak 6,056 kes atau 41.22 peratus didiagnosis dalam kategori 2. Jelas beliau, kategori 3 pula mencatatkan sebanyak 27 kes (0.18 peratus), 19 kes (0.13 peratus) dalam kategori 4 dan 33 kes (0.23 peratus) bagi kategori 5. Semalam juga mencatatkan sebanyak 20,383 kes sembuh, menjadikan kumulatif kes kesembuhan adalah sebanyak 3,997,786 kes. Dalam…

Read More

MALAYSIA mencatatkan sebanyak 17,476 kes jangkitan baharu semalam berbanding 18,560 kes kelmarin. Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 4,219,395 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kategori 1 mencatatkan sebanyak 9,813 kes atau 56.15 peratus manakala sebanyak 7,552 kes atau 43.22 peratus didiagnosis dalam kategori 2. Jelas beliau, kategori 3 mencatatkan sebanyak 37 kes (0.21 peratus), 37 kes (0.21 peratus) pula dalam kategori 4 dan 37 kes (0.21 peratus) bagi kategori 5. Semalam juga mencatatkan sebanyak 17,321 kes sembuh, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah sebanyak 3,997,40 kes. Dalam…

Read More

BARU-BARU ini tindakan aktor terkenal Will Smith menampar muka seorang pelawak, Chris Rock di atas pentas Oscar menjadi bualan ramai gara-gara berjenaka tentang kebotakan isterinya, Jada Pinkett Smith. Wanita tersebut sebenarnya mengalami masalah kebotakan rambut disebabkan oleh penyakit autoimun yang dipanggil alopecia areata sehingga menyebabkan sistem imun itu menyerang folikel rambut dan mengalami keguguran rambut. Jada yang juga merupakan seorang aktres, telah mendedahkan kepada umum mengenai penyakit keguguran rambut itu pada 2018.  “Saya sedang bergelut dengan alopecia dan sudah tiba masanya untuk saya mendedahkan perkara ini kerana tidak mahu bersembunyi lagi serta membiarkan orang ramai terus berteka-teki. “Pada mulanya ia…

Read More