KES baharu jangkitan Covid-19 mencatatkan sebanyak 6,069 kes semalam berbanding 7,140 kes kelmarin. Pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 4,402,234 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kategori 1 mencatatkan sebanyak 2,598 kes atau 42.81 peratus manakala sebanyak 3,426 kes atau 56.45 peratus direkodkan bagi kategori 2. Jelas beliau, kategori 3 mencatatkan sebanyak 21 kes (0.35 peratus) manakala 10 kes (0.16 peratus) pula direkodkan bagi kategori 4 dan 14 kes (0.23 peratus) untuk kategori 5. Semalam juga mencatatkan sebanyak 10,619 kes sembuh, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah…
Zubaidah Ibrahim
JANGKITAN baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 7,140 kes semalam berbanding 6,623 kes kelmarin. Pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 4,396,165 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 308 kes dimasukkan ke hospital semalam. “Daripada jumlah tersebut sebanyak 171 kes atau 55.5 peratus adalah kategori 3,4 dan 5, “Selebihnya 137 kes atau 44.5 peratus adalah dalam kategori 2,” jelasnya. Semalam juga mencatatkan sebanyak 14,423 kes sembuh, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah sebanyak 4,264.127 kes atau 97.0 peratus. Menurut data laman web CovidNow, semalam turut merekodkan 16 kematian dengan…
BERMULA sekadar hobi dan mengisi masa lapang, siapa sangka membuat kek dan pastri kini menjadi kerjaya sepenuh masa kepada Emylya Othman, 47, yang diusahakannya sejak tahun 2009. Bukan itu sahaja, wanita kelahiran Pahang itu kini turut mempunyai studio untuk dijadikan tempat membuat kek dan mengajar sesiapa sahaja yang berminat dalam bidang tersebut. Membangunkan jenama Calla Lily & Co. Baking Studio sejak 13 tahun lalu, Emylya tidak menoleh ke belakang dengan menghasilkan pelbagai kek, skon, biskut dan aneka pencuci mulut lain yang berasaskan adunan tepung. Ibu kepada empat orang cahaya mata itu tidak menyangka produk keluarannya mendapat sambutan yang sangat baik…
BARU-BARU ini media melaporkan anak kedua pasangan selebriti Amar Baharin dan Amyra Rosli mengalami demam teruk sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital kerana dijangkiti virus Kawasaki. Rata-rata netizen menyuarakan kebimbangan kerana virus tersebut jarang kedengaran dan agak asing dijangkiti kanak-kanak di negara ini malah, mereka juga khuatir virus tersebut akan menjangkiti kanak-kanak lain. Menurut MyHeart Community virus Kawasaki pertama kali direkodkan pada tahun 1967 di Jepun oleh Dr. Tomisaku Kawasaki. Lebih 75 peratus pesakit Kawasaki ialah kanak-kanak berumur bawah lima tahun dan selalunya menyebabkan penyakit jantung dalam kalangan kanak-kanak. Jika penyakit itu dapat dikesan dan mendapat rawatan awal, biasanya dapat pulih…
KES harian Covid-19 mencatatkan sebanyak 9,705 kes semalam berbanding 9,673 kes kelmarin. Pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 4,382,402 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kategori 1 mencatatkan sebanyak 4,653 kes atau 47.95 peratus manakala 5,003 kes atau 51.55 peratus direkodkan untuk kategori 2 Jelas beliau, kategori 3 mencatatkan sebanyak 16 kes (0.16 peratus) manakala 15 kes (0.15 peratus) pula direkodkan bagi kategori 4 dan 18 kes (0.19 peratus) untuk kategori 5. Semalam juga mencatatkan sebanyak 14,346 kes sembuh, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah sebanyak 4,238,471…
JANGKITAN baharu kes Covid-19 kembali di bawah angka 10,000 semalam dengan mencatatkan sebanyak 9,673 kes berbanding 10,413 kelmarin. Pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 4,372,697 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kategori 1 mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 5,394 kes atau 55.76 peratus manakala sebanyak 4,231 kes atau 43,74 peratus direkodkan bagi kategori 2. Jelas beliau, kategori 3 mencatatkan sebanyak 21 kes (0.22 peratus) manakala 17 kes (0.18 peratus) pula direkodkan bagi kategori 4 dan 10 kes (0.10 peratus) untuk kategori 5. Semalam juga mencatatkan sebanyak 14,267 kes…
GOLONGAN B40, M40 dan pekerja sektor tidak formal kini mampu memiliki rumah sendiri menerusi Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya) yang diperkenalkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini. Inisiatif i-Biaya merupakan program di bawah Home Ownership Programme (HOPE) sebagai usaha untuk meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat Malaysia dan merealisasikan matlamat satu keluarga satu rumah. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan sering mendengar keluhan golongan B40 dan M40 yang masih menghadapi cabaran untuk memiliki kediaman sendiri. “Sehubungan itu, menerusi i-Biaya ini, mereka bakal memperoleh manfaat di bawah tiga skim pembiayaan iaitu Skim Jaminan…
ANUGERAH RISE Educator kembali buat tahun kedua bagi meraikan pendidik luar biasa yang telah memberi sumbangan cemerlang bukan sahaja kepada pendidikan pelajar di dalam kelas, tetapi juga dalam pembangunan sosial terutama ketika pandemik ini. RISE atau nama lengkapnya Remarkable Impact in Student Education merupakan anjuran Taylor’s College dan The Risers yang memberi peluang kepada pelajar atau ibu bapa pelajar di semua prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan ataupun persendirian di Malaysia untuk mencalonkan guru pilihan mereka bermula dari 1 hingga 22 April. Ibu bapa dan pelajar perlu menjelaskan bagaimana usaha serta inisiatif guru berkenaan yang memberi kesan positif kepada…
KEKEJANGAN otot kaki kerap terjadi dalam kalangan ibu hamil dan atlet. Pastinya ia terasa sangat menyakitkan bagi mereka yang pernah mengalaminya dan seboleh-bolehnya tidak mahu perkara itu berulang. Sehubungan itu, pada kali ini Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad akan menerangkan lebih lanjut mengenai kekejangan otot dalam tiga keadaan iaitu kekejangan otot kaki pada waktu malam, dalam kalangan atlet dan ibu hamil. Punca serta sebabnya hampir sama. 1. Kekejangan otot kaki pada waktu malam “Ia dikenali sebgai nocturnal leg cramps iaitu pengecutan otot secara tidak terkawal berlaku pada waktu malam dan selalunya ketika tidur, biasanya otot yang terlibat ialah otot…
SEMALAM mencatatkan penurunan kes jangkitan baharu Covid-19 iaitu sebanyak 10,177 kes berbanding 14,944 kes kelmarin. Pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 4,317,706 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kategori 1 merekodkan 5,767 kes atau 56.67 peratus manakala sebanyak 4,347 kes atau 42.71 peratus direkodkan dalam kategori 2. Jelas beliau, kategori 3 mencatatkan sebanyak 31 kes (0.30 peratus), 14 kes (0.11 peratus) dalam kategori 4 manakala 19 kes (0.13 peratus) bagi kategori 5. Semalam juga mencatatkan sebanyak 15,132 kes sembuh, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah sebanyak 4,128,963…