Zubaidah Ibrahim

PERKATAAN narsistik sering dikongsikan oleh orang ramai di media sosial. Namun, sejauhmana kita faham mengenainya? Menurut WebMD, narsisisme ialah penglibatan diri yang melampau sehingga menyebabkan seseorang itu mengabaikan keperluan orang di sekelilingnya. Walaupun setiap orang mungkin menunjukkan tingkah laku narsistik sekali-sekala tetapi narsistik sejati sering mengabaikan orang lain atau perasaan mereka. Narsistik juga tidak memahami kesan tingkah laku itu terhadap orang lain. Adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa narsisisme adalah sifat tetapi ia juga boleh menjadi sebahagian daripada gangguan personaliti yang lebih besar. Tidak semua narsistik mempunyai Gangguan Personaliti Narsistik (NPD) kerana narsisisme adalah spektrum. Orang yang menunjukkan tanda-tanda narsisisme…

Read More

SELEPAS menikmati cuti persekolahan yang panjang, anak-anak kini perlu kembali kepada realiti kehidupan apabila tidak lama lagi sesi persekolahan baharu akan dibuka.  Ada yang bersedih kerana tidak puas bercuti, tidak kurang juga ada anak-anak yang teruja kembali ke sekolah kerana dapat bertemu semula dengan rakan-rakan dan guru serta menimba ilmu baharu. Sebagai ibu bapa kita perlu bersedia menangani emosi anak-anak untuk mempersiapkan fizikal dan mental mereka bagi menempuh sesi persekolahan baharu selepas berehat panjang. Usah khuatir, di sini Relevan kongsikan tujuh tip untuk membantu ibu bapa mempersiapkan anak-anak kembali ke sekolah dengan lebih semangat dan menyeronokkan. 1. Latihan rutin tidur…

Read More

SEBUAH syarikat pemula (startup) dari Kanada mendakwa telah menghasilkan teknologi untuk mencipta filet salmon berasaskan tumbuhan yang mana bukan sahaja kelihatan tetapi mempunyai rasa dan tekstur seperti salmon liar sebenar. Alternatif daging berasaskan tumbuhan telah wujud sejak beberapa tahun dan kini terdapat jenama terkenal seperti Beyond Meat atau Impossible Foods yang semakin berkembang. Tetapi alternatif ikan dan makanan laut tidak mendapat perhatian seperti daging. Sebaliknya, kemajuan dalam bidang ini sangat mengagumkan dengan satu syarikat pemula mendakwa telah mencipta filet salmon berasaskan tumbuhan mentah yang kelihatan, mengelupas dan rasanya seperti salmon liar. New School Foods yang berpangkalan di Toronto baharu sahaja…

Read More

BULAN Mac cukup bermakna buat para wanita di seluruh dunia kerana tanggal 8 Mac setiap tahun merupakan sambutan Hari Wanita Sedunia dan pada kali ini mengangkat tema Hayati Ekuiti. Sambutan ini adalah bagi menghargai sumbangan dan pencapaian wanita dalam pelbagai bidang seperti budaya, politik, pendidikan, kesihatan serta sosioekonomi. Hari Wanita Sedunia juga merupakan seruan untuk dunia mengenai kesaksamaan gender yang bebas daripada berat sebelah, stereotaip, diskriminasi serta meraikan perbezaan. Mengulas mengenai tema pada tahun ini, laman web Hari Wanita sedunia berkata, tumpuan kepada ekuiti jantina perlu menjadi sebahagian daripada DNA setiap masyarakat. “Adalah penting untuk memahami perbezaan antara ekuiti dan…

Read More

KESEDARAN mengenai faedah pengesanan awal gangguan genetik dan genom untuk pencegahan penyakit semakin meningkat. Justeru, semakin ramai pengguna memilih ujian analisis genetik untuk mengesan dan mengurangkan risiko kesihatan sejak di awal usia. Dengan objektif untuk memperluaskan akses kepada maklumat genetik, Synapse telah melancarkan myPreciseDNA iaitu sebuah ujian analisis genetik langsung yang bermatlamat mendemokrasikan saringan genetik untuk masyarakat awam di Malaysia. Menurut Pengasas dan Pengarah Urusan Synapse, Dr. Rachna Kairon, setiap orang mempunyai genom unik yang terdiri daripada data profil asid deoksiribonukleik (DNA) yang ada dalam gen seseorang. “Oleh itu, ujian analisis genetik dapat membantu mengenalpasti varian genetik yang berkaitan dengan…

Read More

JANGKITAN baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 170 kes semalam berbanding 204 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,043,626 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 178 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,997,422 kes. Sifar kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, begitu juga tiada kematian sebelum tiba di hospital (BID). Ia sekali gus menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,965 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,876 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 9,239 kes dengan 8,934 kes…

Read More

SEBANYAK 204 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam berbanding 244 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,043,456 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 213 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,997,244 kes. Sifar kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, begitu juga tiada kematian sebelum tiba di hospital (BID). Ia sekali gus menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,965 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,876 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 9,247 kes dengan 8,909 kes…

Read More

ANGKA jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 190 kes semalam berbanding 207 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,042,585 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 177 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,996,409 kes. Tiada kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam. Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,957 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,873 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 9,219 kes dengan 8,888 kes atau 96.4 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah…

Read More

Pada 24 Februari lalu, Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2023 yang dirumuskan sebagai Belanjawan Madani. Melihat kepada pembentangan belanjawan itu, mesti ramai di antara kita yang membuat perbandingan antara Belanjawan 2023 dan Bajet 2023 terutamanya melibatkan perkara utama dalam peruntukan kerajaan untuk kesejahteraan rakyat. Berikut Relevan perincikan tujuh perbandingan perkara utama dalam Bajet 2023 dan Belanjawan 2023 yang perlu diberi perhatian. 1. Perbelanjaan mengurus dan pembangunan Belanjawan 2023: RM289.1 bilion diperuntukkan untuk belanja mengurus manakala RM99 bilion bagi belanja pembangunan dan termasuk dua bilion ringgit simpanan luar jangka. Selaras dasar fiskal…

Read More

SEBANYAK 173 kes jangkitan baharu Covid-19 dicatatkan semalam berbanding 204 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,042,188 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 219 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,996,057 kes. Tiada kematian dilaporkan semalam. Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,957 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,873 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 9,174 kes dengan 8,845 kes atau 96.4 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes…

Read More