Facebook Twitter
    Trending
    • Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya
    • Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?
    • Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya
    • Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu
    • 9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023
    • 4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia
    • Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti
    • 5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

      September 25, 2023

      Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

      September 22, 2023

      Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

      September 21, 2023

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023

      1 daripada 5 orang alami masalah pendengaran di seluruh dunia

      September 16, 2023
    • Kewangan

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023

      Hampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya

      September 13, 2023
    • Pendidikan

      Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

      September 25, 2023

      Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

      September 19, 2023

      Aplikasi kesihatan mental:  90% rakyat Malaysia berisiko kehilangan data

      September 13, 2023

      UPM terbit modul perintis nano untuk pelajar sekolah menengah

      September 13, 2023

      Cara buat pengesahan setuju terima dan permohonan rayuan UPU

      September 7, 2023
    • Kerjaya

      9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

      September 21, 2023

      4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

      September 21, 2023

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023

      5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  

      September 20, 2023

      Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi

      September 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mengapa Hari Wanita Sedunia disambut? Ini sejarah ringkas

    Mengapa Hari Wanita Sedunia disambut? Ini sejarah ringkas

    By Zubaidah IbrahimMarch 8, 2023Updated:March 8, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    HARI Wanita Sedunia juga merupakan seruan untuk dunia mengenai kesaksamaan gender yang bebas daripada berat sebelah, stereotaip, diskriminasi serta meraikan perbezaan.- GAMBAR HIASAN/ADRIENN/PEXELS

    BULAN Mac cukup bermakna buat para wanita di seluruh dunia kerana tanggal 8 Mac setiap tahun merupakan sambutan Hari Wanita Sedunia dan pada kali ini mengangkat tema Hayati Ekuiti.

    Sambutan ini adalah bagi menghargai sumbangan dan pencapaian wanita dalam pelbagai bidang seperti budaya, politik, pendidikan, kesihatan serta sosioekonomi.

    Hari Wanita Sedunia juga merupakan seruan untuk dunia mengenai kesaksamaan gender yang bebas daripada berat sebelah, stereotaip, diskriminasi serta meraikan perbezaan.

    Mengulas mengenai tema pada tahun ini, laman web Hari Wanita sedunia berkata, tumpuan kepada ekuiti jantina perlu menjadi sebahagian daripada DNA setiap masyarakat.

    “Adalah penting untuk memahami perbezaan antara ekuiti dan kesaksamaan.

    “Matlamat tema kempen #EmbraceEquity IWD 2023 adalah untuk dunia bercakap tentang mengapa peluang sama rata tidak mencukupi?

    “Ekuiti menyedari bahawa setiap orang mempunyai keadaan berbeza dan memperuntukkan sumber serta peluang tepat yang diperlukan untuk mencapai hasil  sama,” jelas laman web itu.

    Sementara itu, menurut Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), sambutan Hari Wanita Sedunia adalah rentetan daripada aktiviti pergerakan buruh pada permulaan abad kedua puluh di seluruh Amerika Utara dan Eropah.

    “Hari Wanita Sedunia pertama kali diraikan di Amerika Syarikat pada 28 Februari 1909 yang didedikasikan oleh Parti Sosialis Amerika sebagai penghormatan kepada mogok pekerja pakaian 1908 di New York yang mana wanita memprotes syarat kerja yang keras.

    “Pada tahun 1917, wanita di Rusia memilih untuk memprotes dan mogok di bawah slogan “Roti dan Keamanan” pada hari Ahad terakhir bulan Februari yang jatuh pada 8 Mac pada kalendar Gregorian).

    “Pergerakan mereka akhirnya membawa kepada penggubalan hak pilihan raya wanita di Rusia,” terang UNESCO.

    Pada tahun 1945, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjadi perjanjian antarabangsa pertama untuk mengesahkan prinsip kesaksamaan antara wanita dan lelaki. Kemudian, pada 8 Mac 1975, PBB meraikan Hari Wanita sedunia secara rasmi buat kali pertama.

    Selepas itu, pada Disember 1977, Perhimpunan Agung PBB menerima pakai resolusi yang mengisytiharkan Hari PBB untuk Hak Wanita dan Keamanan Antarabangsa yang perlu diraikan pada mana-mana hari dalam setahun oleh Negara Anggota di bawah tradisi sejarah dan kebangsaan mereka.

    Akhirnya, selepas diterima pakai oleh PBB pada tahun 1977, Hari Wanita Sedunia telah ditandakan pada 8 Mac sebagai cuti rasmi PBB untuk hak wanita dan keamanan dunia.- RELEVAN

    featured sambutan sedunia wanita zubaidah
    Artikel Terkini

    Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

    September 25, 2023

    Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

    September 25, 2023

    Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

    September 22, 2023

    Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

    September 21, 2023

    9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

    September 21, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.