Facebook Twitter
    Trending
    • Makan durian sambil beringat
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Filet ikan salmon berasaskan tumbuhan, sama seperti salmon sebenar

    Filet ikan salmon berasaskan tumbuhan, sama seperti salmon sebenar

    By March 10, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SYARIKAT pemula dari Kanada mendakwa telah menghasilkan teknologi untuk mencipta filet salmon berasaskan tumbuhan yang mana bukan sahaja kelihatan tetapi mempunyai rasa dan tekstur seperti salmon liar sebenar.- FOTO OLEH NEW SCHOOL FOODS

    SEBUAH syarikat pemula (startup) dari Kanada mendakwa telah menghasilkan teknologi untuk mencipta filet salmon berasaskan tumbuhan yang mana bukan sahaja kelihatan tetapi mempunyai rasa dan tekstur seperti salmon liar sebenar.

    Alternatif daging berasaskan tumbuhan telah wujud sejak beberapa tahun dan kini terdapat jenama terkenal seperti Beyond Meat atau Impossible Foods yang semakin berkembang.

    Tetapi alternatif ikan dan makanan laut tidak mendapat perhatian seperti daging.

    Sebaliknya, kemajuan dalam bidang ini sangat mengagumkan dengan satu syarikat pemula mendakwa telah mencipta filet salmon berasaskan tumbuhan mentah yang kelihatan, mengelupas dan rasanya seperti salmon liar.

    New School Foods yang berpangkalan di Toronto baharu sahaja ditubuhkan selama tiga tahun, tetapi ia sudah menjadi salah satu syarikat yang paling banyak diperkatakan dalam industri alternatif makanan laut.

    Syarikat pemula dari Kanada itu memperoleh AS$12 juta (RM54 juta) pembiayaan dana untuk projek penghasilan ikan salmon tersebut.

    “Teknologi mereka tidak seperti apa yang pernah kami lihat dalam industri dari segi benar-benar meniru tekstur, rasa dan pengalaman memasak serta memakan keseluruhan potongan daging,” kata Rakan Kongsi Umum di Lever Ventures, Nick Cooney.

    Walaupun produk inovatifnya belum lagi sedia dipasarkan, New School Foods mendakwa bahawa salmon berasaskan tumbuhan itu mempunyai hampir semua sifat sebenar.

    Ringkasnya, syarikat tersebut mendakwa telah mencipta teknologi yang diperlukan untuk menghasilkan gentian otot berasaskan tumbuhan yang mana kelihatan, rasa dan mengelupas seperti salmon sebenar.

    Seperti salmon sebenar, alternatif ini tinggi protein dan sepadan dengan tahap asid lemak Omega 3 yang sama.

    Berbanding rawatan suhu tinggi yang digunakan oleh syarikat lain untuk mencipta alternatif makanan laut pra-masak buatan mereka, New School Foods bergantung pada satu siri proses berasaskan sejuk untuk mencipta filet salmon mentah yang boleh dimasak dalam pelbagai cara.

    “Cabaran seterusnya bagi alternatif daging ialah potongan keseluruhan dan sejak hari pertama kami memahami bahawa New School Food perlu menyelesaikan dua isu yang sangat berkaitan: kualiti alternatif daging dalam pasaran dan kit alat terhad yang digunakan industri kami untuk menghasilkannya,

    “Apa yang ditawarkan untuk pengguna ketika ini ialah produk bergetah, dikisar dan pra-masak yang tidak meyakinkan pelanggan untuk mengubah tabiat sepanjang hayat mereka,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas , New School Foods, Chris Bryson

    Oleh itu, pada tahun ini New School Foods merancang untuk menguji filet salmon berasaskan tumbuhan yang inovatif di restoran terpilih menerusi program perintis.- RELEVAN

    featured ikan salmon zubaidah
    Artikel Terkini

    Makan durian sambil beringat

    July 4, 2025

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.