Facebook Twitter
    Trending
    • Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya
    • Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?
    • Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya
    • Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu
    • 9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023
    • 4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia
    • Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti
    • 5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

      September 25, 2023

      Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

      September 22, 2023

      Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

      September 21, 2023

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023

      1 daripada 5 orang alami masalah pendengaran di seluruh dunia

      September 16, 2023
    • Kewangan

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023

      Hampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya

      September 13, 2023
    • Pendidikan

      Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

      September 25, 2023

      Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

      September 19, 2023

      Aplikasi kesihatan mental:  90% rakyat Malaysia berisiko kehilangan data

      September 13, 2023

      UPM terbit modul perintis nano untuk pelajar sekolah menengah

      September 13, 2023

      Cara buat pengesahan setuju terima dan permohonan rayuan UPU

      September 7, 2023
    • Kerjaya

      9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

      September 21, 2023

      4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

      September 21, 2023

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023

      5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  

      September 20, 2023

      Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi

      September 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 tip bantu anak bersedia kembali ke sekolah

    7 tip bantu anak bersedia kembali ke sekolah

    By Zubaidah IbrahimMarch 14, 2023Updated:March 14, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PERSEDIAAN mental dan fizikal anak-anak sangat penting agar mereka bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan baharu.- GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    SELEPAS menikmati cuti persekolahan yang panjang, anak-anak kini perlu kembali kepada realiti kehidupan apabila tidak lama lagi sesi persekolahan baharu akan dibuka. 

    Ada yang bersedih kerana tidak puas bercuti, tidak kurang juga ada anak-anak yang teruja kembali ke sekolah kerana dapat bertemu semula dengan rakan-rakan dan guru serta menimba ilmu baharu.

    Sebagai ibu bapa kita perlu bersedia menangani emosi anak-anak untuk mempersiapkan fizikal dan mental mereka bagi menempuh sesi persekolahan baharu selepas berehat panjang.

    Usah khuatir, di sini Relevan kongsikan tujuh tip untuk membantu ibu bapa mempersiapkan anak-anak kembali ke sekolah dengan lebih semangat dan menyeronokkan.

    1. Latihan rutin tidur

    Kembalikan rutin tidur anak-anak agar mereka boleh bangun awal pagi untuk ke sekolah selepas menikmati cuti persekolahan yang panjang. 

    Mulakan tiga hingga empat malam sebelum mereka kembali ke sekolah. Buat rutin sebelum tidur yang menenangkan untuk membantu mereka berehat dan tidur lebih awal. 

    Cuba malapkan lampu, mainkan muzik yang menenangkan dan perlahankan suara sejam sebelum tiba masanya untuk masuk tidur. 

    Mandi air suam dengan sedikit minyak lavender diikuti dengan tuala yang lembut, baju tidur yang lembut dan hangat serta memberus gigi akan memberi isyarat deria bahawa sudah tiba masanya untuk bersiap untuk tidur.

    2. Bercakap tentang sekolah

    Anda perlu bercakap dan memberitahu mereka tentang kembali ke sekolah. Pastikan penjelasan itu pendek dan manis.

    “Esok awak akan ke sekolah berjumpa cikgu dan kawan-kawan.

    “Kita akan bangun pagi, bersarapan, mengenakan pakaian sekolah dan ayah akan membawa kamu ke sekolah.”

    3. Dengar luahan anak

    Terima semua luahan perasaan anak. Mereka mungkin menunjukkan kekecewaan, ketakutan, keseronokan atau kebimbangan untuk kembali ke sekolah.

    Tidak kira apa perasaan yang mereka tunjukkan, beritahu mereka bahawa semua akan baik-baik sahaja, jangan bimbang anda pasti akan seronok apabila bersama kawan-kawan serta guru di sekolah nanti.

    Jika mereka masih menunjukkan perasaan kecewa dan enggan ke sekolah,  beritahu mereka bahawa ibu dan ayah memahami perasaan itu. Kemudian tetapkan had dengan tegas tetapi penuh kasih sayang.

    4. Cepat beredar 

    Jangan berlama-lama di pintu bilik darjah. Ia tidak membantu anak anda malah mereka semakin gelisah dan mahu mengikuti ibu bapa pulang ke rumah. Keadaan itu juga membuatkan kesakitan perpisahan dengan ibu bapa menjadi berlanjutan. 

    Sediakan mental anak-anak terlebih dahulu dengan mengatakan bahawa anda akan memberi mereka pelukan dan ciuman kemudian akan meninggalkan mereka di bilik darjah untuk sesi pembelajaran. 

    5. Galakkan bertanya soalan

    Galakkan anak-anak bertanya soalan tentang sesi baharu persekolahan dan apa jua yang berkaitan dengan persekolahan.

    Paling penting, beritahu anak anda bahawa mereka bebas untuk membincangkan apa sahaja topik atau permasalahan.

    Sediakan masa untuk berbual sepanjang penggal persekolahan. Ia boleh membantu mengatasi masalah kembali ke sekolah.

     6. Wujudkan semangat kekitaan di sekolah

    Ibu bapa boleh membentuk sikap positif tentang sekolah dengan menetapkan nada yang menggalakkan apabila bercakap mengenainya.

    Tunjukkan juga minat dalam kehidupan sekolah dan kerja serta bersedia untuk menyokong anak anda dari segi akademik dan sosial.

    Lebih separuh daripada ibu bapa dalam satu tinjauan berkata, kerja rumah (homework ) dan kerja sekolah adalah pemacu tekanan terbesar dalam kalangan pelajar.

    Apabila ibu bapa terlibat dalam kerja sekolah anak-anak, mereka akan menyokong anak-anak melaluinya dengan lebih baik.

     7. Perhatikan tanda-tanda tekanan

    Ibu bapa perlu perhatikan dan memahami tekanan yang dihadapi oleh anak-anak tetapi harus diingat tanda-tanda itu berbeza mengikut usia.

    Berikut antara tanda-tanda tekanan secara umum:

    • Enggan berpisah dengan ibu bapa dan merengek atau ‘buat perangai’ lebih daripada biasa atau cuba melarikan diri dari bilik darjah
    • Kelihatan resah dan gelisah atau menangis
    • Mengelak melakukan aktiviti
    • Menghisap ibu jari

    Jika tingkah laku ini berterusan selama untuk tempoh yang lama. Anda perlu berbincang dengan guru kelas tentang perkara tersebut. Mungkin ada sesuatu yang berlaku di sekolah seperti buli.- RELEVAN

    baharu featured kembali sekolah sesi zubaidah
    Artikel Terkini

    Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

    September 25, 2023

    Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

    September 25, 2023

    Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

    September 22, 2023

    Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

    September 21, 2023

    9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

    September 21, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.